Saturday 31 December 2011

happy 2012

Selamat melangkah tahun 2012 in just approximately one hour from NOW.. from both of us. UNtuk hari terakhir 2011, M.U baru je kalah, what the FLICK!
Sekian, terima kasih... hahaha

Monday 26 December 2011

my next year's resolution

TADA!!!!!!!!!! For the first time ever, aku ada New Year's resolution! Ini sangatlah ajaib dalam hidup aku sebab sebelum-sebelum ni tak pernah ada ape-ape resolution, and everytime ada orang tanye, APA AZAM BARU tahun depan? My answer wud be just as simple as 'TO HAVE A RESOLUTION', hehehe..
Since I was a small kid, memang selalu pergi jenjalan ngan mama and abah, sebab abah worked with Malaysia Airlines and automatically, we were entitled to get free ticket sorang, and you can choose to go wherever you wanna go, like for real. Banyak countries sudah pergi dan ada yang sudah lupa sebab time tu sangat-sangatlah kecik kenit, I couldn't recall a single shit pun. Been to London (3 freaking times,haha), L.A, Maldives, South Africa, Australia, Italy, Paris, Nice, bla, bla, bla..Bila da dewasa ni slow down sebab abah da tak keje dah..hehe..
Dan tahun depan adalah tahun untuk mula save up money untuk melancong, cause I'm a TRAVELLING FREAK! Numbers of places aku dah listdown (Sorry Ajad, u akan pengsan dan berpeluh bile baca checklist ni, I guess).


1. Phuket
2. Repeat Bali (this time we'll backpacked)
3. Bandung
4. Pangkor
5. Penang (mesti ada dalam list every year,haha) - DONE!
6. S'pore - DONE!
7. Repeat Italy
8. Hatyai - DONE!

Mari mulakan tahun 2012 dengan Hatyai first,hehehe..Then Pangkor, then Penang..The other places, harus berlanjutan sampai beberapa tahun lagi kot. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama mengumpul duit dan menjadi kedekut bila melihat shopping complexes.. (itu masalah aku, bukan masalah Ajad sebab dia tak minat shopping complexes), benci kasut, benci baju, benci handbags dan lain-lain. WARGH!!!

Friday 23 December 2011

aku bukan politician

Memang aku tak berapa into nak masukkan entry-entry yang ada hubung kait ngan politik. Sebab kalau nak buat entry berkenaan menda paling bangsat dalam kehidupan manusia ni, kenalah ada masa yang agak free, bahan yang tepat (supaya aku tak payah pergi wat sumpah laknat kat masjid bile ada orang kata aku buat fitnah nanti), dan blog ni bukanlah blog politik pun. Tapi, tak bermakna aku tak mengikuti hal ehwal mendealah ni, sebab sebagai salah seorng rakyat yang sayangkan negaranya, of course aku mengikuti.
First of all, aku sangat-sangat bersyukur dilahirkan dalam family yang tergolong dalam golongan BENCI KAPITALIS. Mak aku adalah seorang Government SERVANT yang memang aku dah tau ape yang akan dia vote untuk setiap PRU. Nope, bukan seperti kebanyakan Government servants lain punye votes. Mak aku lain.. Bapak aku, try la korang nak argue ngan dia, kot -kot nyesal tak kesudah. Aku selalu kata bapak aku sepatutnya jadik seorang lawyer. Kalau bab politik, toksah nak KONA-KONA ngan bapak aku, memang korang kene setepek, dua tepek dan bertepek-tepek, hehehehe.. So, kitorang satu family kecik ni memang akan kate sape yang nak PRO, pegilah mampus, aku peduli ape!
Lately, kecoh sangat pasal kes student UPSI yang turunkan bendera Najib kat PWTC. Dan reaksi pelbagai tu lah yang membuatkan aku tergerak (chewah, ayat tak tahan) nak masukkan entry ni. Sebelum tu, biar aku bagi info sket - Aku adalah seorang mantan mahasiswa (USM Penang) yang terikat dengan AUKU selama 2 tahun, sebab aku wat degree dua tahun je, alkisah aku lagi bijak dari student-student yang wat degree 3 tahun and above. So, kalau korang yang baca ni nak kate aku berlagak ke ape ke, dengan segala hormatnye, aku persilakan untuk teruslah mengutuk aku, aku tak pedulik pun. Dalam setiap universiti ni memang ada PARTI POLITIK students yang satu akan menang setiap pilihanraya kampus (ASPIRASI) dan satu lagi akan kene BOO, kene KUTUK, kene CARUT, kene sisih, dan ditakuti oleh freshies sebab budak-budak Aspirasi ni selalu akan bayangkan puak 'PPI' ni macam geng tabligh yang datang dari pintu ke pintu bilik sebab derang ni kebanyakannya geng bertudung labuh.
Aku memang ada kenal dengan bebudak Aspirasi ni yang tak silap aku merangkap ahli MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) yang sepatutnya jadik WAKIL kepada suara PELAJAR-PELAJAR, bukanlah jadi ahli MPP untuk senang dapat sticker parking kereta dalam kampus, yang dapat gi lawatan sana-sini sampai ke UK bagai tapi satu haram jadah pun tak berkhidmat untuk pelajar. Kalau korang nak sokong bebudak  MPP ni, aku pun tak pedulik. Ni hak aku. Hak korang korang punye pasal. Jadik wakil pelajar tapi konvo time SEM 8 watpe? Blajar bodoh, tapi nak jadik wakil pelajar, tak paham aku. Ini realiti. Kalau belajar pun dok sangkut, ada hati nak kutuk maki orang lain, aku rasa sangatlah tak tau malu dan tak sedar diri. Dan lebih mengecewakan, bila dah habis belajar, akan keluar jadik 'Pemimpin' yang akan bodohkan orang lain untuk menjadi lebih bodoh dari mereka-mereka ni.
Berbalik pada budak UPSI ni, lepas je kes dia turun bendera tu, aku pasti memang ramai yang tengok video PANGLIMA-PANGLIMA dari PJU yang dok sebok nak LUDAH mamat ni. Satu menda aku susah nak paham sebab otak aku susah nak cerna memenda bodoh camni, ialah, ape jadah korang meludah pastu claimed diri korang panglima? Panglima Melayu lak tu. Ada ape ngan Melayu? (Hah ni kalau geng panglima baca ni mau ada group FB sejuta rakyat malaysia benci Atiqah) Kalau korang bebetul panglima Melayu, Melayu ni takleh diusik langsung, asal mase Mahathir baca sajak MELAYU MUDAH LUPA tu korang tak ludah muka dia? Takde neraka dan syurga yang KHAS untuk MELAYU, so tak payahlah ko nak pride sangat. Pada pendapat aku, statement jadik kuda pembangkang, macai pembangkang tu pejadahnye? Semua benda korang nak politikkan, sebab tu aku kate POLITIK ni KOTOR. Ini suara STUDENTS la sengal!! Tu lah, muka masing-masing stok blajar meludah je pandai, tu la jadiknya. Pas meludah, takbir lak. Dah tetibe panglima melayu jadik Islamic. Fucking hell! Nak kata memalukan mak bapak, korang ke mak bapak dia? Kalau aku jadik mak bapak, aku lagi malu kalau anak-anak aku mengaku jadik PANGLIMA LUDAH, hak thuih!!!
Cukup-cukuplah korang nak bodohkan rakyat, especially students. Aku mase kat U dulu kena pergi BTN (Biro Tatanegara), wajib katenye kalau tak takleh dapat skrol (babi tak babi la). Bila aku pegi, tatanegara apenye, brainwash kaw-kaw! "JANGAN GIGIT TANGAN YANG BERI KITE MAKAN". Excuse me, korang yang makan duit mak bapak aku, ada hati nak kate tu duit korang? "JANGAN TERPENGARUH DENGAN POLITIK PEMBANGKANG". Hotak korang. Untuk menda camni yang korang wajibkan? "ORANG YG MENGHISAP ROKOK ADALAH ORANG YANG PATUT DIBENCI, SIAPA BENCI PEROKOK, ANGKAT TANGAN". Whole dewan angkat tangan kecuali AKU. Bile mamat BTN tu tanye kenapa, aku jawab dengan jujur dan tepat (tak payah ludah-ludah) "KALAU SAYA BENCI PEROKOK,MAKNANYA SAYA BENCI BAPAK SAYA". Clear enough. Benci perokok apenye, cukai rokok tu la korang dok amek and naikkan tiap tahun. Bila keluar dari dewan, satu je dalam otak aku, INI BIRO TATANEGARA, buang masa gile! Hidup sebagai mahasiswa yang terikat dengan memenda camni adalah fucked up sangat bagi aku.

Ni, baca yang kat bawah ni, aku malas nak panjang lebar dah. Rasenye tak pernah aku taip entry panjang camni.

Thursday 22 December 2011

Video Pre & Solemnization

Few days back dapat SMS dari videographer wedding kami, Moji. Katenye, video nikah dah hampir siap. OK, MOHON LOMPAT BINTANG!! YAY!!!~ Semestinya eksaited tahap cipan sebab dah sebulan lebih kitorang kawen and setakat sebelum ni, satu end product pun lom dapat dilihat. Mak bapak aku pun dah mula bising GAMBAR DAH SIAP?GAMBAR DAH SIAP??? Kalau dah banyak kali, fenin lalat jugak nak menjawabnye.. hehehe..
So, hari ni sampai opis, rutin biasa log-in FB, Twitter and livescore (tengok result match malam tadi).. AND.... TADAAAAAAAAAAA..... dah ada tagged post kat FB. Memula rase agak pelik sebab nak tengok muka sendiri dalam video and rasa sangat segan bile tengok muke sendiri dalam video tu, haha! Tapi memang dah bitau awal-awal kat Moji yang kitorang ni tak romantik langsung, and kalau nak buat-buat romantik tu adalah sangat bukan diri kitorang.
Aku nak describe sket cite pasal video kitorang ni, chewahhh... video ni memang last minute shoot sebab kitorang sangatlah tak cukup masa (padahal sakan berjalan kesana kemari bagai) and kebetulan Moji was in Hungary for his YOYO Tour..Best kan? Agak-agak kalau aku ni champion main congkak ada tak orang nak sponsor aku gi men congkak kat Rome ke, Venice ke..hehehe.. jadiknye, dah dekat tarikh nikah tu barulah Moji balik ke tanahair dan terus shoot video pre-wedding kat Taman Tasik Shah Alam. Masa jumpe Moji kat belakang BB sebelum tu, aku beria berkeras kata "I nak siapkan dalam masa sehari, by hook or by crook".. Dan kitorang berjaya habis shoot video pre-wedding tu dari petang sampai ke malam (double yay for us!)
Lagu dan konsep memang aku and Ajad yang suggest, and akhirnya memakan diri,hahaha.. Gatal sangat nak konsep jogging bagai, amek ubat, 2 orang budak gemok sakit-sakit badan lepas tu.. But most of the concept memang adalah terkandung dalam proses sepanjang aku kenal Ajad..
Overall, Moji did a GREAT JOB!!! THUMBS UP ke Moji..Harganya sangat berpatutan, dan Moji sangat-sangatlah teliti, selagi dia tak dapat ape yang dia nak, ko ulang lah kat situ,hahaha... Thanks a lot Moji, tak sabar nak tengok video receptionnya pulak nanti.. Ngeee...~
P/S : sesiapa yang berhasrat nak dapatkan info dari videographer ni, leh add FB nya: ApertureKU


Dan inilah hasilnya... =)

Atiqah & Azad | 11.11.11 from Nazri Moji on Vimeo.

P/S : Credit to Irina Yasmin sebab rekemen Moji yang sangat best, sporting dan banyak membantu kitorang yang tak brape pandai nak berlakon ni,hehehe =)

Monday 19 December 2011

Konsert Fenomena Search 30 tahun

Sabtu hari tu (17-12-11) berpeluang pergi ke Konsert Fenomena Search 30 tahun kat MIECC, The Mines. Eksaited habis sampai sekarang masih terbayang Amy nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu. Walaupun aku bukanlah fan berat Search yang tahu semua lagunye, tapi most of it memang aku sangatlah suka, hehe.. Pergi dengan Ajad and his friends (aku adalah peserta wanita tunggal sebab Hana tak dapat pergi, ada function katenye).
Event yang disponsored besar-besaran oleh DEFINE memang best. Redeem tix je dapat complimentary T-shirt yang terus dipakai lepas dapat. Free flow iced lemon tea dan ada ice cream kiwi yang tak brape nak kiwi sangat lah. Memula konsert macam agak kurang semangat sket sebab kitorang tercampak agak kebelakang, takde feel sangat lah. Selit punya selit at last dapat jugak depan sket, dekat ngan runway stage gitu, hehehe..
Time tu, barulah rase vibe nya..
Kali ni tengok konsert dalam keadaan sedikit selesa sebab venue nye air-conditioned dan carpeted. Payah jugak nak berpeluh,hehehe.. Tapi Amy tak nyanyi one of my fav, lagu Teguh. And sebelum ni, ingatkan sempena anniversary Search ni, ada jemput semua vocalists Search dulu - Roy, Awie, Mok. Sekali, Amy saje, dan M Nasir sebagai jemputan. Urmm..rasa macam ada kureng sket kat situ.
Tetengah konsert, Amy bagi 2 biji bola yang ada signature semua ahli Search.. And the lucky throw dapat ditangkap oleh keeper terbaik SportsPlanet Sunway, hahahaha... Apepun, memang enjoy dan Amy masih nampak muda, energetic, hensem, bercelak, dan pakai jacket macam Brandon Flower.
Tolonglah Gary!

Yay!!!





Keeper of my heart

BUUUULAN MADU DI AWAN BIRU

Sebelum start show

dan seperti biasa,di mana ada konsert di situ ada sampah

Monday 12 December 2011

11.12.11

Semalam sudah sebulan kitorang berdua jadik Isteri dan Suami. A LONGGGGGG journey ahead..Ngee~~~







Thursday 8 December 2011

7 Disember itu tahun kedua

Yeap yeap tahu hari ni dah 8 Disember, entry delayed sehari..hehehe.. Jadiknya, semalam genap 2 tahun aku kenal Ajad, dalam ertikata kenal dengan rapat, atau dengan bahasa lebih miang, kenal dengan lebih intimate. Hahaha!!~ Dah DUA tahun, weeee... SELAMAT TUJUH HARIBULAN GUMMY GUMMY!!~ Nothing much, sebab adalah hari bekerja dan aku diserang radang usus hasil dari food poisoning, dah 5 hari muntah dan terbuang air. Kurang 3kg dalam 5 hari, tak payah pegi London Weight Management bagai. Jadiknya, takde la celebrate ke ape ke..terpaksa la tunda ke hari lain.. To Ajad, thanks.. I love you... ermmm.... ok, I love you. Hehehehe...

Thursday 1 December 2011

APE KE FUCKNESS NYE WIFI DI KAWASAN GOMEN?

Hallo...
Yeap, hari ni aku mengambil keputusan muktamad untuk pegi ke Klinik Kesihatan Gomen after berbulan-bulan dapat bertahan dengan masalah Carpal Tunnel Syndrome ni. Sebab skarang sudah sumpah sangat sakit, so, terpaksa jugaklah aku membuang masa berjam-jam untuk dapatkan giliran jumpe doktor. PS: Orang Gomen tidak suka buang masa ye.. Klinik KEsihatan Putrajaya as usual, penuh pesakit (kat sini derang panggil pesakit as pelanggan, meaning PATIENTS adalah CUSTOMERS). Aku kurang bersetuju dengan penggunaan panggilan PELANGGAN instead of PESAKIT. Sape datang sini untuk beli MILO 3 in 1, atau Beras Jasmine Super 5, atau untuk check-in rumah urut? Datang untuk mendapatkan rawatan sebab KURANG SIHAT adalah lebih sesuai jika dipanggil sebagai PESAKIT. Tu pendapat aku lah kan, pendapat orang lain PEGILA MAMPUS. Sampai-sampai je, teruja sebab handphone baru je upgrade ke version yang lebih canggih manggih, so nak test kepantasan Wifi kat sini. KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA ada perkhidmatan WIFI percuma, kelassssssssssssssssss kau Jah...~~ Connected to Wifi, terus nak update FB and Twitter. HARAM JADAH kene blocked! Memula aku ingatkan handphone ni yang sengal, terlintas di hati kecilku ni nak tempeleng handphone aku dalam sedas dua.. Skali aku try bukak fantasypremierleague, leh la pulak. Aku memang sedikit buta IT, so try lagi sekali untuk bukak FB dan Twitter. Kali ni kompom memang kene blocked.
Budget-budget bijok, aku try kat laptop lak. Pesanan kepada sesiapa yang menyerah diri ke klinik kerajaan, silalah bawa sebarang bentuk hiburan kecuali raket badminton (takkan korang nak main badminton kat sini lak), sebab sangatlah bosan, penuh pesakit dari pekerja-pekerja Gomen, lebih parah kalau hari Khamis ni, sebab pekerja Gomen lelaki kena pakai baju batik. FUCKNESS habis! Dan seperti biasa golongan ber T-shirt, jeans dan berkasut canvas akan dipandang lekeh, macamlah derang style sangat. Juboq hangpa la. So, aku on laptop, cucuk broadband dengan harapan dapat get through. Tunggu punya tunggu, skali broadband terus takleh detect connection, lagi cilake kan.
Nasib baiklah dapat bukak blogspot ni. Ade jugak tempat aku leh merepek meraban tak tentu ke arah. Skarang aku tau kenapa pemikiran derang ni tersangatlah KUNO, ORTODOX dan digelar SERVANTS. Pakai batik, ingat smart ke? Pastu pandang orang lain macam ape je. Bila staf klinik datang nak on TV, eksaited la konon kan. Skali sepanjang 3 jam aku menunggu giliran, asyik tengok rancangan Kementerian Kesihatan yang tahun bile punye ntah, time tu Yusmal pun takde uban lagi, dan aku rasa Maznah Zulkifli pun baru 1st period. Fucking kuno gile, end of show kekunun ada kuiz, hadiah TV Box 16 inci, korang bayangkan la tahun bile nye rancangan tu. TOLONGLAH!!!!!!! Jangan sempitkan minda diorang ni, kesian aku tengok..Dahlah bodoh, belagak lak tu!  BODOH tak habis-habis!

Thursday 24 November 2011

NI APE KEHALNYE NI

Kan aku dah kate aku dah lama tak online..Maknenye Fesbuk pun tergolong la sekali..Alkisah aku super busy gile dengan urusan wedding kedua-dua belah pihak. Tup-tup bukak FB arini, ada PM dari member aku time kat Methodist KL dulu.. Sia-sia aku kene sound bertepek tepek sebab katenye dia salah tengok date, pastu aku tak remind dia. Istighfar bebanyak ATIQAH... (Islamic sket aku). Udah lah jenuh aku nak membaca typo error nye MAHA BANYAK (mungkin dia tapi dalam keadaan yang meluap luap marah ke aku gamaknye). Tapi hati aku double meluap bile baca. Dahlah banyak salah taip, pening aku nak faham, pastu sedap-sedap je nak hamput aku kan.MAK SENTAP HABIS NI! Tak tentu pasal kan. Ini lah padahnya kalau hidup dalam kegelapan, sendiri SHOT, sendiri PARANOID, sendiri sakit jiwa! Buktinya masih terang jelas aku jemput, mentioned tarikh dan tempat, siap time lagi. Dah aku mintak alamat nak pos kad, tanak bagi, konon dok bersepah la. At last aku  jugak yang disalahkan. AKAKKKKKKKKK JUGAK YANG KENA KANNNN!!!!
click untuk enlarge.TAK KOSE MAK TAU!
Susah nak faham kan? Sape yang one shot leh faham memang aku sujud syukur. Tak pasal-pasal je aku kena baca semua ni. ARGH!!! Bloody hell!

kembali ke asal

Lama dah tak berblogging, berfesbuking, bertwittering, dan ber segalanye tentang internet ni. Skarang aku sudah jadik bini orang yang sah. Masih lagi ada feeling "JAPGI YOU KENE LIK SUNWAY", masih lagi terkejut bile bangun tido ada orang kat sebelah, masih lagi rasa pelik dengan status MARRIED. Tatau la kalau menda ni sama dialami oleh newlyweds yang lain.
Apapun, gambar-gambar dah video masih dalam proses..cuma tengok gambar-gambar yang orang lain tag jelah kat fesbuk..Sumpah naik pelamin sangatlah penat, mata berat, tak cukup tido, muke sembab dan aku harap ni yang 1st dan terakhir aku aik pelamin.. Ajad ada lagi chance 3x..hahaha..

12.11.11-Dewan Serbaguna Alam Damai, Cheras

11.11.11 - Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai

Saturday 5 November 2011

mohon debar 6 hari

Semalam last aku kerja, maksudnya sekarang aku tengah bercuti 3 minggu..Hari-hari yang penuh kelam kabut, penat lelah dan saat-saat semua orang akan mula tinggikan suara sudah bermula,hehehe..Semalam aku ngan Ajad pergi ke Selayang untuk berjumpa dengan person in-charge kompang ngan tarian. Sorry, hanya tarian traditional ok, tiada tarian ala-ala K-Pop sebab aku FUCK K-pop seumur hidup aku. Walaupun aku memang asal KL, tapi percayalah aku memang tak tahu area Selayang, selain dari pasar borong yang kalau korang nak parking kena bayar RM1. Jadik, Ajad terpaksalah jadik kompas rakyat untuk aku kali ni, yes, blame on me for not having a GPS. Pinjam Myvi cousin sebab kereta aku masih dalam tahanan. Janjinya jam 9pm, so kitorang keluar dari Cheras around 6.30 camtu. Ye, awal kan.. Tapi percayalah kami reached Selayang kol 9.30pm. Woohoo!!!! 
Jammed macam apa.. Dan seperti kewajipan bandar Kuala Lumpur yang jammed akan bertambah jammed dengan perangai pengguna-pengguna jalanraya yang BODOH, MENYUSAHKAN ORANG, SELFISH, BODOH, BODOH, BODOH, dan MELAYU! True, sangat true. Road users Melayu selalu akan poyo, bodoh sombong dan akan dragged orang lain dalam masalah sebab dia fikir macam dia je nak cepat sampai. Tak tahu la brape bakul sumpah seranah keluar dari mulut saje, belum yang dalam hati ni. Perjalanannya sampai 3 jam, tapi jumpenye, yeap, tak sampai 30 mins pun.. Tak sempat panas pungkoq kat kedai makan tu,hehehe. Then, bergerak ke Ampang sebab Ajad suddenly teringin ke Suzy's untuk briyani claypot. Suzy's memang seperti biasa, akan ada golongan Melayu yang budget urban, up to date, rasa cantik dan handsome, moden, K-pop, mat salleh habis, dan shuffle for living. Sorry, aku memang susah nak accept golongan yang macam ni.. Borak sebatu dengar, gelak kalah mak lampir dan rasa diri derang best bile buat camtu. Seriously tak respect orang lain. 
For them, da stailo habis la bile jadi macam tu, tapi, bagi aku, aku kesian kat golongan yang macam ni. Panggil aku konservatif or what, tapi aku memang tak berkenan. Hopefully, bile aku ada anak nanti, anak-anak aku takkan dididik untuk jadi attention seeker camni. Rasanya dah sampai masa untuk kita mengkaji kenapa golongan camni semakin bercambah dan diterima masyarakat, KECUALI AKU. Secara random, observation aku comes to an end. Rasanya golongan attention seeker ni memang golongan yang paling senang cite GOLONGAN KURANG KASIH SAYANG. They have money, not love. Environment yang tak sihat untuk membesar I think. And will do anything to get attention. Sumpah menggelupur sungguh. Meja sebelah aku and Ajad semalam paling ultimate. Lepas kitorang wampai, Adibah Noor and friends ada sampai, supposedly derang nak duduk kat sebelah meja geng-geng KKS (Kurang Kasih Sayang) tu, tapi Adibah decided to move to another table faraway from them, bile dia terpandang perempuan yang kat meja tu. Meluat kot I think. 
Jadik, rasanya budaya ni memang da jadik penyakit dan takde sapepun bother. Aku memang rasa sangat risau bile fikir yang aku bakal ada family, meaning bakal ada kids yang akan membesar dalam masyarakat yang tengah sakit ni. What shall I do..
Dan yang paling mutakhir, tinggal ENAM hari saja lagi untuk aku bergelar seorang PUAN. Ya Tuhan, semakin takut, semakin nervous.. Hopefully semuanya berjalan dengan baik, selamat dan ALMOST SEMPURNA.. Takkan ada yang sempurna kerana kita hanya manusia, tapi yang penting jangan jadi GOLONGAN KKS, hehehehe.. Bye bye!!~

Thursday 3 November 2011

mohon debar 8 hari

lenaku tidak keseorangan lagi

Threadzoo Street Bazaar, The Strand

Last weekend, dapat invitation dari bestfriend, Puan Irina untuk melawat gerai kat The Strand Kota Damansara. Street market ala-ala The Street kat The Curve kaedahnya. Event ni dianjurkan oleh Threadzoo, opkos la da namenye pun Threadzoo Street Bazaar. Jadi Irina ada menyewa satu tapak kat situ untuk let go baju-baju, aksesori dan macam-macam lagi. Kebetulan kami memang menghala ke Damansara untuk jumpa vendor kat Ikano, so singgah sekejap untuk support member.
Untuk pertama kali, sumpah tak pernah tau ada tempat nama The Strand sebelum ni kat Damansara. Ignore my jakunness sebab aku dari Cheras, bukan dari Damansara,hehe. carik punya carik, nampak Sunway Giza (ok, yang ni aku tau), but still tak tau mane ke ceruknya The Strand tu. At last, gunakan khidmat kompas rakyat, singgah kat petrol station dan tanye.. Bila sampai je The Strand, terus carik red carpet area sebab bazaar nye ada kat situ. Jumpa je red carpet, terus carik mane satu gerainya OH,HI,HELLO. Kecoh sangat sampai tak perasan, nasib baik Azri panggil kitorang..Diorang da spotted kitorang dulu rupenye,hehehe.. 
Syok jugak tengok orang berbazaar ni, tapi Irina nye badan adalah kecik molek, dan pastinya aku takkan dapat fit in saiz dia, sorry for being plump. Belek-belek akhirnya aku grabbed kaftan selai, a very nice kaftan. Sorry tak sempat snapped gambo kaftannye,hehehe.. 
By the way, pada hari tu, Yuna jugak ada bukak satu gerai. Opkos la gerainya akan ramai orang,public figure kot. First impression, OK Yuna sangat kurus dan tinggi. Second thought, OK lapangan terbang, dan third thought, kalau Qi ada, mesti akan amek gambo ngan Qi, hehehe...Apapun, Yuna was friendly..Can see from her sincere smile.. Lepas ni kalau ada lagi event cenggini, boleh consider untuk singgah lagi..Baju murah-murah ok, as lowest as RM5.. To Irina, berbazaar la lagi, anda punya baju 3 almari kat rumah,hehehehe!!~
Nampak itu Yuna punya senyum?

Situasi The Strand

Nampak kulit aku yang maha gelap tu

OH HI HELLO

Kami datang support

Tengok si Irina ni sempat posed lagi

The accessories



PS : Gambar-gambar di grabbed dari FB Irina.. =)

Wednesday 2 November 2011

mohon debar 9 hari

Yeap, SEMBILAN hari saje lagi. Sangat-sangat risau, berdebar, takut, gemuruh, peluh merecik, basah ketiak bagai bile terfikir pasal ni. Nak senyum pun susah.. Adakah memang normal? Sebelum ni eksaited kemahen..gatei sangat.. Bile da dekat, hamek habuan. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Minggu ni last bekerja..Bukan aku resigned, maksudnye last week bekerja sebelum cuti kawen selama 3 minggu..SAKAN memang sakan..Kerja yang menanti pun SAKAN jugak.. Dalam keadaan patah kaki ni, memang susah nak kesana kemari.. Tetibe lak Sarjan kat BP Kajang tu kata, full result report tak boleh owner yang amek sendiri, kene orang insurance yang datang amek. HELLO, nak ape sebenarnya, cakap terus terang saje Sarjan. I'm not stupid ok. Make sense sket boleh. There's no such thing. Ni bukan pertama kali kereta aku accident, so I know the procedures. Nilah dia contoh POLIS yang tau nak pocket money je. SOOOO MELAYU. Kata alasan naik gaji, naik elaun untuk reduce bribery. To hell la! Amek duit tu bagi anak bini makan, busung la perot masing-masing. (HAH, MARAH SANGAT AKU NI SAMPAI KELUAR DARI TOPIC ASAL).
Apepun, memang gemuruh aku semakin kritikal sejak dua menjak ni..Ada saje yang tak kena, mood swing pun berubah-ubah.. Kesian jugak tengok Ajad yang terpaksa bertahan dengan aku, even kekadang tak tertahan jugak..hehehe, sorry ye. Mari kita kongsi same-same debaran dan gemuruh ni..Moga semuanye akan OK.. (crossed fingers)**

Friday 28 October 2011

mohon debar 14 hari

Yeap! It' s freaking 14 more days to go.. Jantung adakala berhenti bila teringat tinggal belas-belas hari saje lagi untuk aku jadik bini orang. Now I'm confused, is it a good thing or what? Maksudnye debar ni bagus atau tidak. Ramai sudah received kad jemputan, dan ada jugak yang tak received-received even dah pos 3 minggu lepas, THANKS TO POS MALAYSIA BERHAD for being so fucking money eater. Setem 60sen tapi bendanya tak sampai. Bila cerita pasal kahwin ni memang takkan lari dari perasaan campur baur, especially kalau anda seorang PEREMPUAN. Dan aku, adalah the only PEREMPUAN dalam family, mahupun the only CHILD jugak dalam family. It's not easy, honestly untuk dilepaskan dari tanggungan family dalam beberapa hari saje lagi, dan mulakan hidup dalam family sendiri. NOT EASY! Ramai orang kata kahwin tu best, tunggu nanti aku explore cemane..Hehehe..
Sejak makin dekat ni, makin macam-macam dugaannya, sometimes rasa nak give up but yeah, as days passes me by, nak give up kejadahnye, tinggal 14 hari je lagi gile! So redah kasik pecah, dan go with the flow.. I don't really know apa Ajad sedang rasai sekarang, esok, mahupun hari-hari yang bakal datang. Dia nampak relax je, don't know inside cemane. Kat opis, kat FB, kat gmail, friends keep on asking me, dah ready?dah ready? Pergh!!!! Cukup dengan DUA perkataan tu, DAH dan READY, buat aku nyaris perlukan CPR, sebab I don't know..Adakah aku dah ready atau belum. But, whatever it is, perlu lalui jugak.. Bak kate Incubus, IF NOT NOW, WHEN? Chewah!!
To Ajad, this is what we're heading to, together. From day 1 we're together, I hope, I really hope you can accept me for who I am, who I really am. We loved, we cared, we missed, we fought, we cursed, we sulked, and we talked a lot these days.. And in few days, we're gonna do the same cycle for the rest of our life. I do accept you through joy and pain because you're the one I'm gonna be with. I might not the best you've ever had, but every single day, I'm trying so hard to be one. Please be with me, through thick and thin. When I'm healthy, when I'm sick, I hope you are the one who is sitting next to me. When I can't sleep, I hope you can sing a lullaby, instead of snoring so loud to my ears ;) I hope you can eat whatever I cook, cause I'm not good in cooking (ehem).., and hold my hands till we are old. This might sounds too demanding but yes, I really wish for it.. I love you and from the bottom of my heart, every tears I've cried, IT'S ALWAYS YOU THAT I WANT FOR THE REST OF MY LIFE.. Itu saja..

Wednesday 26 October 2011

Selamat Hari Tosey dan Muruku

Di hari Deepavali ni, seperti tahun-tahun yang sudah, aku adalah rakyat BUKAN 1MALAYSIA sebab kena bekerja membanting tulang-tulang jari jemari aku ni,hehe. Anyways, SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI pada yang meraikannya. Raikan hari memperingati Sita dan Rama dengan meriah dan penuh makna. Di sebalik itu, telah terluah satu perkataan untuk beberapa belas hari saja lagi, TAKUT. Yeap, sangat sangat takut, dalam masa yang sama eksaited pun ade jugak. Jadi, mari melayan The Killers walaupun takde kena mengena dalam ape jua hal,hahaha..!!~

“Any of you people ever loved somebody?
Sometimes it comes very quickly, very easily.
As easy as the way a beautiful English girl’s hair falls across her shoulder,
and sometimes it disappears just as quick.
You wake up one morning,
the butterflies stop fluttering,
but you want it back and you want to fight for it.
You wanna breathe that fire again
so you call for it, you call out.”The Killers For Reasons Unknown


Monday 24 October 2011

18 hari lagi!!!!

MACAM-MACAM HAL WEY

Sejak beberapa menjak ni memanglah sangat bz. Bz itu bz ini, kekadang bzbody pun ade jugak (yang ni memang  takleh tinggal). Dup dap dup dap tinggal 18 hari lagi countdown untuk aku meninggalkan gelaran 'CIK', even tho selama ni memang ramai dah panggil aku PUAN, motip?? Preparations yang kelam kabut sebab aku memang dilahirkan seorang procrastinator. Memang banyak lagi yang tak settle dan takkan dapat aku nak list-down kat sini, sebab sebelum ni aku memang sedikit meluat baca update bakal-bakal pengantin, so tak rase aku nak buat benda yang sama,hehehe...
Banyak sangat yang jadi these few weeks dan ada yang tak dapat nak recall. Latest, mengecat rumah ala-ala pro painter, tapi baru 2-3 sapu dinding, tangan da lenguh beria. Hehehe..Nak wat macamane, amatur..Anyways, end productnye, cantik ke tak cantik ke, sendiri bikin, jadik sangat sangatlah berpuas hati. Ehem, belum fully siap, sebab terpaksa juggle dengan macam-macam hal lagi. These few weeks jugak, setiap weekend ada wedding invi.. Syukur, semua wedding invi tu dapat dipenuhkan (Islamic tak aku). Sambil-sambil distribute SURAT SAMAN pada memember yang ada time kenduri kahwin orang lain, boleh?
Awal bulan aritu, dapat peluang dating dengan teman-teman istimewa di Mid Valley..Thanks to Nani, Irina and Acom sebab sudi jumpa..Memang asal ada yang nak kahwin je, barulah ada peluang gather up kan? Love all of you wanita-wanita cantik,chewahhh!!~ Much much thanks to Irina and Acom yang teman kawanmu ini carik kasut untuk reception. Ye, aku tau memang sangatlah susah dan leceh shopping kasut ngan aku..,thanks sangat-sangat sebab bersabar. Sumpah kasut tu cantik dan sexy, tapi bile try kat rumah and berdiri sebelah Ajad, aku tertinggi sikit dari dia, haha..Hopefully setanjak will help him looks taller on that day.
Dan latest, kereta baru je dilanggar (AGAIN), semalam. Time tu da dekat nak sampai rumah Semenyih, dekat persimpangan Broga kena langgar dari belakang
Traffic light turned red, aku stopped before yellow box, belakang seekor WajaLUTION merah yang tailgate dan berhenti sangatlah rapat, finally belakang WajaLUTION datang Volvo. So, Volvo brake kecemasan, dan kedengaran bunyi tayar, hentam WajaLUTION, dan... YAY!! WajaLUTION hentam kereta aku. Tak pasal-pasal kan. Dan seperti biasa bila accident, mesti longkai akan sampai macam Superman penyelamat umat manusia. Aku yang gabra, (nasib Ajad ada) terus called abah, dan abah sampai around 10 mins later. Made police report kat Kajang, dan hari ni abah pegi Suzuki untuk assess berapa costing untuk tukar bumper belakang. Percayalah bumper Suzuki tidaklah murah, total mencecah almost 3K. Si owner Volvo yang sengal suruh anak dia yang lesen P untuk pandu kereta, memula kate nak bank in cash dan settle luar, at last kate suruh claim insurance dia lak. Nasib dah buat police report. Jadik, untuk beberapa hari ni sangatlah patah kaki. Segala urusan last minute untuk preparation 11 & 12 Nov terpaksa lah di ubah suai.. Haish..~~

Moral of the story : JANGANLAH KATA NANTI BOLEH BUAT, MALANG TAK BERBAU KECUALI KENTOT. BILA JADIK MEMENDA CAMNI, SENDIRI PENING CEMANE NAK HANDLE!! ARGH!!!!!!






Monday 3 October 2011

aku sibuk sekali

Sejak 2 menjak ni, memang aku tersangatlah bz dan kelam kabut, akibat last minute baru nak tergedek gedek prepare segala. Kekadang memang procrastination membakar diri, but that's me,hehehe. Tup tap tup tap, tinggal lebih kurang sebulan lebih je hari-hari perlu dihitung untuk aku menamatkan zaman joli sakan aku, meaning aku nak kawen. Entry ni bukanlah untuk cerita pasal sape designer baju, sape design pelamin, sape caterer, atau brand ape kasut aku nanti. NOPE! Just a simple story untuk relaxkan otak aku yang baru lepas bertungkus lumus tulis kad jemputan untuk teman-teman yang sudi bagi alamat derang kat aku..Ada yang menyerah sendiri alamat derang tanpa diminta, sangat sangat berterima kasih..Memang kalau boleh nak jemput kesemuanya..Tapi, alasan manusia, akan tertinggal jugak beberapa nama..
Jadiknya, makin dekat makin bertimpa pulak dugaan. Opkos la nak kawen ni memang banyak pakai duit kan.., (hello, nak masuk jamban pun kene bayar 30sen ok). Tetibe lak kete wat hal..Dan kalau takde kete, alamatnye patah sayap malam la aku..sobs sobs..,Siang tadi bawak gi check kat Suzuki Service Center kat Connaught, mechanic tu check, katenye mounting dah pecah, dan Spark Plug Coil pun da rosak.. Nak tukar 2-2 tu ongkosnya nearly 1k. (sawan berbuih mulut aku dengar).. Dan yang lebih best, spareparts untuk Suzuki hanya ada kat Suzuki saja, meaning kalau korang memandai nak buat kat workshop Ah Tong ke, workshop Nathan ke, memang adelah sparepart tidak original. Sigh~~ Makanye, terpaksa jugaklah aku buat kat Suzuki, but shhh....underground sket la..,at least leh dapat murah sket kan..hehehe..
Jumaat yang lepas, aku ngan Ajad pegi studio photoshoot kat Sri Kembangan (adeh susah nak mencari studionye, sesat sangat hari tu). Murah je, RM58 sebab coupon yang dibeli dari Milkadeal. Jadiknye, ni ade beberapa sneak preview aksi-aksi poyo kami berdua. Well, ada sikitttttt tak puas hati sebab almost semua pose adalah diarahkan oleh photographer. Nak dijadikan cerita si Ajad lak sakit gusinya, nak tumbuh wisdom, ketat je mukanye,hehe.. Tapi, kami pandai posing OK,hehehe..Apepun, thanks pada Milkadeal dan Act.Studio diatas peluang ini..Ngeeheehee, ucapan menang award sangat aku kan..
orang sakit gusi kena pose rockstar katenye

motip? paha aku Ya Allah..

semangat sangat curl rambut kan aku

ngeeheehee...

tengok lengan aku tu, ya ampoon...

ni la motip posing ternampak spende tak ditegur oleh photographer

Wednesday 14 September 2011

memori RUMAH HIJAU ep. 1

Walaupun aku da masuk kategori SENJA NAN MERAH macam lagu Ziana Zain ngan Awie tu kan, tapi opkos lah kenang masa zaman kanak-kanak riang ria susah nak tinggalkan. Dan pasti semua pun macam tu jugak, rite? Tapi mungkin zaman aku tu tak semeriah zaman orang lain, sebab aku ni jatuh dalam kategori budak sunyi yang tidak suka bersosial dengan kanak-kanak seusianya. Bersosial maksudnya bukanlah gi lepak tak tentu arah kat Berjaya Times Square ataupun Pavilion macam bebudak sekarang ni. Maksud aku bersosial, jalan-jalan keliling kampung, mandi sungai pas balik mengaji gitu.. Sebabnya sungai yang ada belakang rumah kitorang dulu, hanyalah Sungai Hulu Kelang, yang dah jadik MRR2 ke Zoo Negara skarang ni..Kelas kan, dulu kat Highway tu la rumah kitorang semua..hehe.
Zaman tu dalam lingkungan hujung 80s ke awal 90s cenggitu, aku masih boleh ingat orang kampung (time tu nama tempat tu Kg. Selamat) panggil aku BUDAK TAK JEJAK TANAH. Agak cool jugak nama tu,hehe. Kg. Selamat ni memang kampung penempatan setinggan stail macam cite SETINGGAN tu jugaklah, jenis bekalan air pun kena gilir-gilir ikut time. Time tu, memang kitorang satu family dok area dekat-dekat. Aku ngan parents aku serumah ngan atok ngan opah. Makcik aku satu family jalan sket je kat blakang tu. Rumah makcik aku dekat sket ngan Rumah Bakti Hulu Kelang.  Opah aku memang takde sape panggil opah, dari anak-anak ke cucu-cucu semua panggil MAK. MAK pernah cite ada jiran-jiran time setinggan dulu berebut air sampai berparang-parang (dia pon join sekaki gamaknye).
Time tu, walaupun makcik aku satu family dok rumah asing, tapi aktiviti harian dia anak beranak memang berlekak je kat rumah Mak ngan atok. Rumah tu kitorang panggil RUMAH HIJAU. Memang best dok rumah tu, walaupun bile hujan lebat, banjirnya ada yang sampai cecah separuh rumah. Itupun rumah hijau tu agak tinggi tangganya dari tanah. Keliling rumah tu paling best, memang penuh pokok. Arwah atok memang hobi suka bercucuk tanam. Time tu arwah atok Bendahari Masjid Hulu Kelang, Imamnya Ustaz Hassan, merangkap bapak kepada Jalaluddin Hassan dan Musa Hassan.Atok memang takleh dok diam, ketuk ketik ketuk ketik je kejenya. Maklumlah, pencen PELEM NEGARA bak kata mak. Keliling rumah tu penuh pokok, ada pokok pinang, pokok puding, pokok mangga, pokok nanas, tembikai, perghhh memang banyak la.. Dan yang paling EPIC ialah pokok KACANG KELO..Korang tau kacang kelo?Ada orang panggil kacang Munggai, buat masak lemak takpun kari, memang menjilat sampai ke siku kanan dan kiri la dia punya sedap.
Lepas makan mengadap TV la memasing. Kat rumah tu ada TV Singer yang ada pintu tu.., kalau sekarang ramai yang dah convert TV tu jadik aquarium. Tapi selalunya aku memang takde chance la nak tengok TV, sebab sepupu-sepupu aku semuanya beza umur agak jauh, jadik derang da hijack dulu. Aku cuma jadik mangsa suruh tukar channel je, maklumlah, mane ade remote control lagi time tu Jah oii..
sumber dari Pak Google
Bye bye for now~ (sambung episod 2 pulak OK)

Sunday 11 September 2011

people are strange

Nothing much tapi aku sudah berjaya jumpa lagu yang dicarik carik sejak beberapa hari ni. Sumpah asyik carik The Clash.., akhirnya adalah lagu The Doors! Wakakaka!!! Google knows everything, memang cilake, akhirnya inilah lagu yang didambakan, woohoo!!!!!

People are strange When you're a stranger
Faces look ugly When you're alone

Women seem wicked when you're unwanted
Streets are uneven when you're down

When you're strange faces come out in the rain

When you're strange no one remembers your name

when you're strange when you're strangewhen you're strange 

All right yeah





Friday 9 September 2011

I'm officially 27

3 hari dah berlalu, dan dah 3 hari aku melangkah, menjejakkan dua belah kaki aku ni ke dalam CLUB 27. Tua da woi!!!! Ehemm, kedengaran tak best la pulak tua kan.., harus diganti dengan sudah dewasa.Ehehehe... Tarikh   6 September 1984, jam 11.45pm aku telah selamat melihat mukabumi ini (ayat puitis sket).. No wonder la aku gelap, pasal aku lahir tengah malam,ehehehe... Thanks pada yang wished kat FB, yeap aku tahu ramai yang tahu sebab ada notification birthday,haha!! Kalau tak, berapa kerat je la yang sudi wished kan.. It's ok, thanks a lot..
Malam tu, dinner treat oleh Ajad kat BUBBA GUMP SHRIMP, Sunway Pyramid. Dua-dua macam peghak dan jakun semacam sebab tak pernah masuk restoran tu.. Rupanya ia diadaptasi dari movie FORREST GUMP, filem lakonan Tom Hanks tu la. Harga makanan dia memang la agak ermm...MAHAL tapi sangatlah puas hati. SEDAP ok! Mulut aku confirm bau udang. Thanks to u, Ajad for the treat.. I suke, suke, suke... 
Tapi yang tak bestnya, diserang demam panas pulak malam tu. Sakit teruk on the day itself, memang buat aku rase down sangat..Nasib baik masa dinner treat tu, mulut masih ada deria rasa, sebab skarang ni semuapun dah jadik tak sedap..Payau je rasenye. Sampai sekarang still terbaring dalam bilik tak masuk opis.. (actually, YAY!! tak payah pergi keje~). Doktor kat Klinik TC tu kate demam sangatlah tinggi, no wonder la aku nak berjalan pun ketaq kepala lutut ni cheq oi...
Apepun, I'm getting better, cuma masih sedikit demam dan selemo non stop - hidung da bengkak macam jambu air ok.. Sape-sape nak merasa cendol, meh datang sini. Hehe.. By the way, birthday tahun ni aku telah diproposed oleh mak aku sendiri,haha.. Bangun tido tetibe ada beg Habib Jewels atas katil, kerlessss kan Jah!! Siap ada resit, ehemm, rega tak perlu dimentioned ye dak? Mama bagi surprise cincin berlian uolls..Haha, ingat Rosmah je ada cincin berlian? Bwek!!!
Ok, cukup entry peribadi. Masa untuk makan ubat dan sambung tido..That's what I've been doing these 3 days at home. Weehoo!!!~ Jangan lupa esok ada EPL..bersedia tukar player fantasy anda,hehe..
ok yang ni sedap

yang ni lagi sedap

hehe.., gedik kan aku

rupagaya sebelum demam teruk

Ajad dengan skinny jeansnya,auww mantap montot

Kak Mah, I pun ada cincin berlian ok
Bye Bye for now~

Monday 5 September 2011

pathetic LILO

LILO, I think it's better for you to look into the mirror and realise that you're so, so, so, so a FUGLY BIMBO. Just found out about this today and I really think you need counselling, or please find a psychiatrist to solve you mental disorder problem. Yes you are an attention seeker, and yes, you are pathetic.
The pictures shown below is two images of LILO, one is before the surgery, and another is after the surgery. Seriously MAKCIK TUA WANNABE, and fius otak kau da terbakar. Surgery yang paling gagal should I say..
I feel sorry for you AHSOH, you're rich but totally stupid to the max takleh nak nafikan lagi. I prefer ur freckles face rather than ur latest MAKCIK TUA face. 
Ni BAMBI bukan BIMBO

Freckles LILO
LILO and STITCH, or should I say, STITCH only?

Bye bye for now~