Friday 23 December 2011

aku bukan politician

Memang aku tak berapa into nak masukkan entry-entry yang ada hubung kait ngan politik. Sebab kalau nak buat entry berkenaan menda paling bangsat dalam kehidupan manusia ni, kenalah ada masa yang agak free, bahan yang tepat (supaya aku tak payah pergi wat sumpah laknat kat masjid bile ada orang kata aku buat fitnah nanti), dan blog ni bukanlah blog politik pun. Tapi, tak bermakna aku tak mengikuti hal ehwal mendealah ni, sebab sebagai salah seorng rakyat yang sayangkan negaranya, of course aku mengikuti.
First of all, aku sangat-sangat bersyukur dilahirkan dalam family yang tergolong dalam golongan BENCI KAPITALIS. Mak aku adalah seorang Government SERVANT yang memang aku dah tau ape yang akan dia vote untuk setiap PRU. Nope, bukan seperti kebanyakan Government servants lain punye votes. Mak aku lain.. Bapak aku, try la korang nak argue ngan dia, kot -kot nyesal tak kesudah. Aku selalu kata bapak aku sepatutnya jadik seorang lawyer. Kalau bab politik, toksah nak KONA-KONA ngan bapak aku, memang korang kene setepek, dua tepek dan bertepek-tepek, hehehehe.. So, kitorang satu family kecik ni memang akan kate sape yang nak PRO, pegilah mampus, aku peduli ape!
Lately, kecoh sangat pasal kes student UPSI yang turunkan bendera Najib kat PWTC. Dan reaksi pelbagai tu lah yang membuatkan aku tergerak (chewah, ayat tak tahan) nak masukkan entry ni. Sebelum tu, biar aku bagi info sket - Aku adalah seorang mantan mahasiswa (USM Penang) yang terikat dengan AUKU selama 2 tahun, sebab aku wat degree dua tahun je, alkisah aku lagi bijak dari student-student yang wat degree 3 tahun and above. So, kalau korang yang baca ni nak kate aku berlagak ke ape ke, dengan segala hormatnye, aku persilakan untuk teruslah mengutuk aku, aku tak pedulik pun. Dalam setiap universiti ni memang ada PARTI POLITIK students yang satu akan menang setiap pilihanraya kampus (ASPIRASI) dan satu lagi akan kene BOO, kene KUTUK, kene CARUT, kene sisih, dan ditakuti oleh freshies sebab budak-budak Aspirasi ni selalu akan bayangkan puak 'PPI' ni macam geng tabligh yang datang dari pintu ke pintu bilik sebab derang ni kebanyakannya geng bertudung labuh.
Aku memang ada kenal dengan bebudak Aspirasi ni yang tak silap aku merangkap ahli MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) yang sepatutnya jadik WAKIL kepada suara PELAJAR-PELAJAR, bukanlah jadi ahli MPP untuk senang dapat sticker parking kereta dalam kampus, yang dapat gi lawatan sana-sini sampai ke UK bagai tapi satu haram jadah pun tak berkhidmat untuk pelajar. Kalau korang nak sokong bebudak  MPP ni, aku pun tak pedulik. Ni hak aku. Hak korang korang punye pasal. Jadik wakil pelajar tapi konvo time SEM 8 watpe? Blajar bodoh, tapi nak jadik wakil pelajar, tak paham aku. Ini realiti. Kalau belajar pun dok sangkut, ada hati nak kutuk maki orang lain, aku rasa sangatlah tak tau malu dan tak sedar diri. Dan lebih mengecewakan, bila dah habis belajar, akan keluar jadik 'Pemimpin' yang akan bodohkan orang lain untuk menjadi lebih bodoh dari mereka-mereka ni.
Berbalik pada budak UPSI ni, lepas je kes dia turun bendera tu, aku pasti memang ramai yang tengok video PANGLIMA-PANGLIMA dari PJU yang dok sebok nak LUDAH mamat ni. Satu menda aku susah nak paham sebab otak aku susah nak cerna memenda bodoh camni, ialah, ape jadah korang meludah pastu claimed diri korang panglima? Panglima Melayu lak tu. Ada ape ngan Melayu? (Hah ni kalau geng panglima baca ni mau ada group FB sejuta rakyat malaysia benci Atiqah) Kalau korang bebetul panglima Melayu, Melayu ni takleh diusik langsung, asal mase Mahathir baca sajak MELAYU MUDAH LUPA tu korang tak ludah muka dia? Takde neraka dan syurga yang KHAS untuk MELAYU, so tak payahlah ko nak pride sangat. Pada pendapat aku, statement jadik kuda pembangkang, macai pembangkang tu pejadahnye? Semua benda korang nak politikkan, sebab tu aku kate POLITIK ni KOTOR. Ini suara STUDENTS la sengal!! Tu lah, muka masing-masing stok blajar meludah je pandai, tu la jadiknya. Pas meludah, takbir lak. Dah tetibe panglima melayu jadik Islamic. Fucking hell! Nak kata memalukan mak bapak, korang ke mak bapak dia? Kalau aku jadik mak bapak, aku lagi malu kalau anak-anak aku mengaku jadik PANGLIMA LUDAH, hak thuih!!!
Cukup-cukuplah korang nak bodohkan rakyat, especially students. Aku mase kat U dulu kena pergi BTN (Biro Tatanegara), wajib katenye kalau tak takleh dapat skrol (babi tak babi la). Bila aku pegi, tatanegara apenye, brainwash kaw-kaw! "JANGAN GIGIT TANGAN YANG BERI KITE MAKAN". Excuse me, korang yang makan duit mak bapak aku, ada hati nak kate tu duit korang? "JANGAN TERPENGARUH DENGAN POLITIK PEMBANGKANG". Hotak korang. Untuk menda camni yang korang wajibkan? "ORANG YG MENGHISAP ROKOK ADALAH ORANG YANG PATUT DIBENCI, SIAPA BENCI PEROKOK, ANGKAT TANGAN". Whole dewan angkat tangan kecuali AKU. Bile mamat BTN tu tanye kenapa, aku jawab dengan jujur dan tepat (tak payah ludah-ludah) "KALAU SAYA BENCI PEROKOK,MAKNANYA SAYA BENCI BAPAK SAYA". Clear enough. Benci perokok apenye, cukai rokok tu la korang dok amek and naikkan tiap tahun. Bila keluar dari dewan, satu je dalam otak aku, INI BIRO TATANEGARA, buang masa gile! Hidup sebagai mahasiswa yang terikat dengan memenda camni adalah fucked up sangat bagi aku.

Ni, baca yang kat bawah ni, aku malas nak panjang lebar dah. Rasenye tak pernah aku taip entry panjang camni.

No comments:

Post a Comment