Saturday 31 December 2011

happy 2012

Selamat melangkah tahun 2012 in just approximately one hour from NOW.. from both of us. UNtuk hari terakhir 2011, M.U baru je kalah, what the FLICK!
Sekian, terima kasih... hahaha

Monday 26 December 2011

my next year's resolution

TADA!!!!!!!!!! For the first time ever, aku ada New Year's resolution! Ini sangatlah ajaib dalam hidup aku sebab sebelum-sebelum ni tak pernah ada ape-ape resolution, and everytime ada orang tanye, APA AZAM BARU tahun depan? My answer wud be just as simple as 'TO HAVE A RESOLUTION', hehehe..
Since I was a small kid, memang selalu pergi jenjalan ngan mama and abah, sebab abah worked with Malaysia Airlines and automatically, we were entitled to get free ticket sorang, and you can choose to go wherever you wanna go, like for real. Banyak countries sudah pergi dan ada yang sudah lupa sebab time tu sangat-sangatlah kecik kenit, I couldn't recall a single shit pun. Been to London (3 freaking times,haha), L.A, Maldives, South Africa, Australia, Italy, Paris, Nice, bla, bla, bla..Bila da dewasa ni slow down sebab abah da tak keje dah..hehe..
Dan tahun depan adalah tahun untuk mula save up money untuk melancong, cause I'm a TRAVELLING FREAK! Numbers of places aku dah listdown (Sorry Ajad, u akan pengsan dan berpeluh bile baca checklist ni, I guess).


1. Phuket
2. Repeat Bali (this time we'll backpacked)
3. Bandung
4. Pangkor
5. Penang (mesti ada dalam list every year,haha) - DONE!
6. S'pore - DONE!
7. Repeat Italy
8. Hatyai - DONE!

Mari mulakan tahun 2012 dengan Hatyai first,hehehe..Then Pangkor, then Penang..The other places, harus berlanjutan sampai beberapa tahun lagi kot. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama mengumpul duit dan menjadi kedekut bila melihat shopping complexes.. (itu masalah aku, bukan masalah Ajad sebab dia tak minat shopping complexes), benci kasut, benci baju, benci handbags dan lain-lain. WARGH!!!

Friday 23 December 2011

aku bukan politician

Memang aku tak berapa into nak masukkan entry-entry yang ada hubung kait ngan politik. Sebab kalau nak buat entry berkenaan menda paling bangsat dalam kehidupan manusia ni, kenalah ada masa yang agak free, bahan yang tepat (supaya aku tak payah pergi wat sumpah laknat kat masjid bile ada orang kata aku buat fitnah nanti), dan blog ni bukanlah blog politik pun. Tapi, tak bermakna aku tak mengikuti hal ehwal mendealah ni, sebab sebagai salah seorng rakyat yang sayangkan negaranya, of course aku mengikuti.
First of all, aku sangat-sangat bersyukur dilahirkan dalam family yang tergolong dalam golongan BENCI KAPITALIS. Mak aku adalah seorang Government SERVANT yang memang aku dah tau ape yang akan dia vote untuk setiap PRU. Nope, bukan seperti kebanyakan Government servants lain punye votes. Mak aku lain.. Bapak aku, try la korang nak argue ngan dia, kot -kot nyesal tak kesudah. Aku selalu kata bapak aku sepatutnya jadik seorang lawyer. Kalau bab politik, toksah nak KONA-KONA ngan bapak aku, memang korang kene setepek, dua tepek dan bertepek-tepek, hehehehe.. So, kitorang satu family kecik ni memang akan kate sape yang nak PRO, pegilah mampus, aku peduli ape!
Lately, kecoh sangat pasal kes student UPSI yang turunkan bendera Najib kat PWTC. Dan reaksi pelbagai tu lah yang membuatkan aku tergerak (chewah, ayat tak tahan) nak masukkan entry ni. Sebelum tu, biar aku bagi info sket - Aku adalah seorang mantan mahasiswa (USM Penang) yang terikat dengan AUKU selama 2 tahun, sebab aku wat degree dua tahun je, alkisah aku lagi bijak dari student-student yang wat degree 3 tahun and above. So, kalau korang yang baca ni nak kate aku berlagak ke ape ke, dengan segala hormatnye, aku persilakan untuk teruslah mengutuk aku, aku tak pedulik pun. Dalam setiap universiti ni memang ada PARTI POLITIK students yang satu akan menang setiap pilihanraya kampus (ASPIRASI) dan satu lagi akan kene BOO, kene KUTUK, kene CARUT, kene sisih, dan ditakuti oleh freshies sebab budak-budak Aspirasi ni selalu akan bayangkan puak 'PPI' ni macam geng tabligh yang datang dari pintu ke pintu bilik sebab derang ni kebanyakannya geng bertudung labuh.
Aku memang ada kenal dengan bebudak Aspirasi ni yang tak silap aku merangkap ahli MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) yang sepatutnya jadik WAKIL kepada suara PELAJAR-PELAJAR, bukanlah jadi ahli MPP untuk senang dapat sticker parking kereta dalam kampus, yang dapat gi lawatan sana-sini sampai ke UK bagai tapi satu haram jadah pun tak berkhidmat untuk pelajar. Kalau korang nak sokong bebudak  MPP ni, aku pun tak pedulik. Ni hak aku. Hak korang korang punye pasal. Jadik wakil pelajar tapi konvo time SEM 8 watpe? Blajar bodoh, tapi nak jadik wakil pelajar, tak paham aku. Ini realiti. Kalau belajar pun dok sangkut, ada hati nak kutuk maki orang lain, aku rasa sangatlah tak tau malu dan tak sedar diri. Dan lebih mengecewakan, bila dah habis belajar, akan keluar jadik 'Pemimpin' yang akan bodohkan orang lain untuk menjadi lebih bodoh dari mereka-mereka ni.
Berbalik pada budak UPSI ni, lepas je kes dia turun bendera tu, aku pasti memang ramai yang tengok video PANGLIMA-PANGLIMA dari PJU yang dok sebok nak LUDAH mamat ni. Satu menda aku susah nak paham sebab otak aku susah nak cerna memenda bodoh camni, ialah, ape jadah korang meludah pastu claimed diri korang panglima? Panglima Melayu lak tu. Ada ape ngan Melayu? (Hah ni kalau geng panglima baca ni mau ada group FB sejuta rakyat malaysia benci Atiqah) Kalau korang bebetul panglima Melayu, Melayu ni takleh diusik langsung, asal mase Mahathir baca sajak MELAYU MUDAH LUPA tu korang tak ludah muka dia? Takde neraka dan syurga yang KHAS untuk MELAYU, so tak payahlah ko nak pride sangat. Pada pendapat aku, statement jadik kuda pembangkang, macai pembangkang tu pejadahnye? Semua benda korang nak politikkan, sebab tu aku kate POLITIK ni KOTOR. Ini suara STUDENTS la sengal!! Tu lah, muka masing-masing stok blajar meludah je pandai, tu la jadiknya. Pas meludah, takbir lak. Dah tetibe panglima melayu jadik Islamic. Fucking hell! Nak kata memalukan mak bapak, korang ke mak bapak dia? Kalau aku jadik mak bapak, aku lagi malu kalau anak-anak aku mengaku jadik PANGLIMA LUDAH, hak thuih!!!
Cukup-cukuplah korang nak bodohkan rakyat, especially students. Aku mase kat U dulu kena pergi BTN (Biro Tatanegara), wajib katenye kalau tak takleh dapat skrol (babi tak babi la). Bila aku pegi, tatanegara apenye, brainwash kaw-kaw! "JANGAN GIGIT TANGAN YANG BERI KITE MAKAN". Excuse me, korang yang makan duit mak bapak aku, ada hati nak kate tu duit korang? "JANGAN TERPENGARUH DENGAN POLITIK PEMBANGKANG". Hotak korang. Untuk menda camni yang korang wajibkan? "ORANG YG MENGHISAP ROKOK ADALAH ORANG YANG PATUT DIBENCI, SIAPA BENCI PEROKOK, ANGKAT TANGAN". Whole dewan angkat tangan kecuali AKU. Bile mamat BTN tu tanye kenapa, aku jawab dengan jujur dan tepat (tak payah ludah-ludah) "KALAU SAYA BENCI PEROKOK,MAKNANYA SAYA BENCI BAPAK SAYA". Clear enough. Benci perokok apenye, cukai rokok tu la korang dok amek and naikkan tiap tahun. Bila keluar dari dewan, satu je dalam otak aku, INI BIRO TATANEGARA, buang masa gile! Hidup sebagai mahasiswa yang terikat dengan memenda camni adalah fucked up sangat bagi aku.

Ni, baca yang kat bawah ni, aku malas nak panjang lebar dah. Rasenye tak pernah aku taip entry panjang camni.

Thursday 22 December 2011

Video Pre & Solemnization

Few days back dapat SMS dari videographer wedding kami, Moji. Katenye, video nikah dah hampir siap. OK, MOHON LOMPAT BINTANG!! YAY!!!~ Semestinya eksaited tahap cipan sebab dah sebulan lebih kitorang kawen and setakat sebelum ni, satu end product pun lom dapat dilihat. Mak bapak aku pun dah mula bising GAMBAR DAH SIAP?GAMBAR DAH SIAP??? Kalau dah banyak kali, fenin lalat jugak nak menjawabnye.. hehehe..
So, hari ni sampai opis, rutin biasa log-in FB, Twitter and livescore (tengok result match malam tadi).. AND.... TADAAAAAAAAAAA..... dah ada tagged post kat FB. Memula rase agak pelik sebab nak tengok muka sendiri dalam video and rasa sangat segan bile tengok muke sendiri dalam video tu, haha! Tapi memang dah bitau awal-awal kat Moji yang kitorang ni tak romantik langsung, and kalau nak buat-buat romantik tu adalah sangat bukan diri kitorang.
Aku nak describe sket cite pasal video kitorang ni, chewahhh... video ni memang last minute shoot sebab kitorang sangatlah tak cukup masa (padahal sakan berjalan kesana kemari bagai) and kebetulan Moji was in Hungary for his YOYO Tour..Best kan? Agak-agak kalau aku ni champion main congkak ada tak orang nak sponsor aku gi men congkak kat Rome ke, Venice ke..hehehe.. jadiknye, dah dekat tarikh nikah tu barulah Moji balik ke tanahair dan terus shoot video pre-wedding kat Taman Tasik Shah Alam. Masa jumpe Moji kat belakang BB sebelum tu, aku beria berkeras kata "I nak siapkan dalam masa sehari, by hook or by crook".. Dan kitorang berjaya habis shoot video pre-wedding tu dari petang sampai ke malam (double yay for us!)
Lagu dan konsep memang aku and Ajad yang suggest, and akhirnya memakan diri,hahaha.. Gatal sangat nak konsep jogging bagai, amek ubat, 2 orang budak gemok sakit-sakit badan lepas tu.. But most of the concept memang adalah terkandung dalam proses sepanjang aku kenal Ajad..
Overall, Moji did a GREAT JOB!!! THUMBS UP ke Moji..Harganya sangat berpatutan, dan Moji sangat-sangatlah teliti, selagi dia tak dapat ape yang dia nak, ko ulang lah kat situ,hahaha... Thanks a lot Moji, tak sabar nak tengok video receptionnya pulak nanti.. Ngeee...~
P/S : sesiapa yang berhasrat nak dapatkan info dari videographer ni, leh add FB nya: ApertureKU


Dan inilah hasilnya... =)

Atiqah & Azad | 11.11.11 from Nazri Moji on Vimeo.

P/S : Credit to Irina Yasmin sebab rekemen Moji yang sangat best, sporting dan banyak membantu kitorang yang tak brape pandai nak berlakon ni,hehehe =)

Monday 19 December 2011

Konsert Fenomena Search 30 tahun

Sabtu hari tu (17-12-11) berpeluang pergi ke Konsert Fenomena Search 30 tahun kat MIECC, The Mines. Eksaited habis sampai sekarang masih terbayang Amy nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu. Walaupun aku bukanlah fan berat Search yang tahu semua lagunye, tapi most of it memang aku sangatlah suka, hehe.. Pergi dengan Ajad and his friends (aku adalah peserta wanita tunggal sebab Hana tak dapat pergi, ada function katenye).
Event yang disponsored besar-besaran oleh DEFINE memang best. Redeem tix je dapat complimentary T-shirt yang terus dipakai lepas dapat. Free flow iced lemon tea dan ada ice cream kiwi yang tak brape nak kiwi sangat lah. Memula konsert macam agak kurang semangat sket sebab kitorang tercampak agak kebelakang, takde feel sangat lah. Selit punya selit at last dapat jugak depan sket, dekat ngan runway stage gitu, hehehe..
Time tu, barulah rase vibe nya..
Kali ni tengok konsert dalam keadaan sedikit selesa sebab venue nye air-conditioned dan carpeted. Payah jugak nak berpeluh,hehehe.. Tapi Amy tak nyanyi one of my fav, lagu Teguh. And sebelum ni, ingatkan sempena anniversary Search ni, ada jemput semua vocalists Search dulu - Roy, Awie, Mok. Sekali, Amy saje, dan M Nasir sebagai jemputan. Urmm..rasa macam ada kureng sket kat situ.
Tetengah konsert, Amy bagi 2 biji bola yang ada signature semua ahli Search.. And the lucky throw dapat ditangkap oleh keeper terbaik SportsPlanet Sunway, hahahaha... Apepun, memang enjoy dan Amy masih nampak muda, energetic, hensem, bercelak, dan pakai jacket macam Brandon Flower.
Tolonglah Gary!

Yay!!!





Keeper of my heart

BUUUULAN MADU DI AWAN BIRU

Sebelum start show

dan seperti biasa,di mana ada konsert di situ ada sampah

Monday 12 December 2011

11.12.11

Semalam sudah sebulan kitorang berdua jadik Isteri dan Suami. A LONGGGGGG journey ahead..Ngee~~~







Thursday 8 December 2011

7 Disember itu tahun kedua

Yeap yeap tahu hari ni dah 8 Disember, entry delayed sehari..hehehe.. Jadiknya, semalam genap 2 tahun aku kenal Ajad, dalam ertikata kenal dengan rapat, atau dengan bahasa lebih miang, kenal dengan lebih intimate. Hahaha!!~ Dah DUA tahun, weeee... SELAMAT TUJUH HARIBULAN GUMMY GUMMY!!~ Nothing much, sebab adalah hari bekerja dan aku diserang radang usus hasil dari food poisoning, dah 5 hari muntah dan terbuang air. Kurang 3kg dalam 5 hari, tak payah pegi London Weight Management bagai. Jadiknya, takde la celebrate ke ape ke..terpaksa la tunda ke hari lain.. To Ajad, thanks.. I love you... ermmm.... ok, I love you. Hehehehe...

Thursday 1 December 2011

APE KE FUCKNESS NYE WIFI DI KAWASAN GOMEN?

Hallo...
Yeap, hari ni aku mengambil keputusan muktamad untuk pegi ke Klinik Kesihatan Gomen after berbulan-bulan dapat bertahan dengan masalah Carpal Tunnel Syndrome ni. Sebab skarang sudah sumpah sangat sakit, so, terpaksa jugaklah aku membuang masa berjam-jam untuk dapatkan giliran jumpe doktor. PS: Orang Gomen tidak suka buang masa ye.. Klinik KEsihatan Putrajaya as usual, penuh pesakit (kat sini derang panggil pesakit as pelanggan, meaning PATIENTS adalah CUSTOMERS). Aku kurang bersetuju dengan penggunaan panggilan PELANGGAN instead of PESAKIT. Sape datang sini untuk beli MILO 3 in 1, atau Beras Jasmine Super 5, atau untuk check-in rumah urut? Datang untuk mendapatkan rawatan sebab KURANG SIHAT adalah lebih sesuai jika dipanggil sebagai PESAKIT. Tu pendapat aku lah kan, pendapat orang lain PEGILA MAMPUS. Sampai-sampai je, teruja sebab handphone baru je upgrade ke version yang lebih canggih manggih, so nak test kepantasan Wifi kat sini. KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA ada perkhidmatan WIFI percuma, kelassssssssssssssssss kau Jah...~~ Connected to Wifi, terus nak update FB and Twitter. HARAM JADAH kene blocked! Memula aku ingatkan handphone ni yang sengal, terlintas di hati kecilku ni nak tempeleng handphone aku dalam sedas dua.. Skali aku try bukak fantasypremierleague, leh la pulak. Aku memang sedikit buta IT, so try lagi sekali untuk bukak FB dan Twitter. Kali ni kompom memang kene blocked.
Budget-budget bijok, aku try kat laptop lak. Pesanan kepada sesiapa yang menyerah diri ke klinik kerajaan, silalah bawa sebarang bentuk hiburan kecuali raket badminton (takkan korang nak main badminton kat sini lak), sebab sangatlah bosan, penuh pesakit dari pekerja-pekerja Gomen, lebih parah kalau hari Khamis ni, sebab pekerja Gomen lelaki kena pakai baju batik. FUCKNESS habis! Dan seperti biasa golongan ber T-shirt, jeans dan berkasut canvas akan dipandang lekeh, macamlah derang style sangat. Juboq hangpa la. So, aku on laptop, cucuk broadband dengan harapan dapat get through. Tunggu punya tunggu, skali broadband terus takleh detect connection, lagi cilake kan.
Nasib baiklah dapat bukak blogspot ni. Ade jugak tempat aku leh merepek meraban tak tentu ke arah. Skarang aku tau kenapa pemikiran derang ni tersangatlah KUNO, ORTODOX dan digelar SERVANTS. Pakai batik, ingat smart ke? Pastu pandang orang lain macam ape je. Bila staf klinik datang nak on TV, eksaited la konon kan. Skali sepanjang 3 jam aku menunggu giliran, asyik tengok rancangan Kementerian Kesihatan yang tahun bile punye ntah, time tu Yusmal pun takde uban lagi, dan aku rasa Maznah Zulkifli pun baru 1st period. Fucking kuno gile, end of show kekunun ada kuiz, hadiah TV Box 16 inci, korang bayangkan la tahun bile nye rancangan tu. TOLONGLAH!!!!!!! Jangan sempitkan minda diorang ni, kesian aku tengok..Dahlah bodoh, belagak lak tu!  BODOH tak habis-habis!