Friday 27 January 2012

PMS punye hal

Finally Jumaat sudah sampey. Hari ni mood aku ada sikit wacky dan haywire at the same time. Dah 3-4 hari asyik dilanda Sindrom Pre-Menstruasi yang melampaui batasan fitrah seorang wanita, chewah situ... Yeap, kali ni teruk sangat PMS nya. Pening mual bagai..Mulut ada rasa payau payau gitu, tapi selera makan aku tak pernah luntur, hehehe..Itu sudah semestinya..
So semalam pergilah Klinik Keluarga dekat Taman Kota Cheras untuk mintak ubat. Luckily ubat yang doktor bagi tu,setakat ni mengurangkan rasa nausea aku ni. Oh PMS, why oh why...!!~ Tak pernah kena PMS yang teruk sampai macam ni. Hopefully semuanya akan kembali normal pada bulan-bulan akan datang..
Jadi untuk Jumaat ni, mari enjoy dengan lagu ni : 

Monday 16 January 2012

Mari Menambah Ilmu

Aku memang ada satu tabiat yang suka masuk bookstores dan belek-belek buku. Time sekolah dulu memang almost every week aku melapuk berjam-jam kat Kinokuniya KLCC, dan sampai sekarang aku merasakan bau kedai buku memang best. The truth is, kat Malaysia, buku-buku sangatlah mahal harganya, except for kalau korang berminat untuk purchase buku yang tak membina minda, sorry to Ahadiat Akashah and the geng. I'm not into local novels, lantaklah kalau ada yang nak cop aku TAK SEDAR KE DIRI, duit aku bukan duit korang pun. Latest, pergi ke Borders The Gardens dan nampak satu buku yang menarik dan harganya oh murah! Aku budget harganya turun sebab nak habiskan stok kut..Sorry to say, aku faham kenapa rakyat Malaysia tak rajin membaca, cause of the price, fucking mahal! Satu novel RM40-50, gile kau! OK, adalah mahal bagi aku.. And yet, the government sebok gile kempen suruh rakyatnye membaca, nak baca ape menda? MANGGA? URTV? Yang tu murah lah, ceritanya pun murahan.
Buku yang aku beli ni, tebalnya Nauzubillah..jenuh nak habiskan ni..Dah seminggu aku beli, but baru masuk chapter 2.. Yeap,pelan-pelan kayuh,hehehe. It's a biography, tulisan Philip Norman bertajuk JOHN LENNON - The Life. John Lennon from The Beatles. Aku sebenarnya not fanatically (ada ke perkataan ni?)  into The Beatles, but I do listen to their songs.. And opportunity untuk memiliki biography John Lennon dengan harga murah adalah satu peluang keemasan. Harganya cuma RM29.90!!! YAY!!!!
Jadi, sikit demi sikit lah aku membaca buku tebal ni, dari tak baca langsung kan.. Dan dari aku baca gossip-gossip artis yang murahan, baik aku baca memenda camni, chewah!! 

weekend di Al-Diafah

Sabtu baru ni, mama yang pemurah belanja kitorang lunch dekat Restoran Al-Diafah, Sri Petaling (near Endah Parade) - restoran nasik Arab yang ngam ho! Ini adalah lawatan kali kedua, first time mama belanja mase kitorang belum kawen lagi,hehehe.. Kebetulan mama baru dapt naik pangkat and berhasrat nak belanja. Al-Diafah memang restoran yang gile best, sebab makanan dia sangatlah sedap, interior yang selesa dan decorations yang buat aku ngan mama keep on saying "WAAAHHHH...KALAU DAPAT BELI NI...KALAU DAPAT BELI TU..." Yes, kami adalah perangai perempuan. That's why lepas makan je, terus turun bawah and singgah kedai sebelah untuk merambangkan mata.., sebab Al-Diafah ni ada kedai la pulak jual barang-barang perhiasan dan makanan dari Timur Tengah macam kurma, aprikot, teh arab, kerusi, meja, cawan, teko, telefon antik segala.
Worait, tanak cite banyak, layan gambo jom..~~

Luar kedai ada kipas comel
Bekas harta karun ni ada 4 kat umah kitorang beli,haha
saksikan aku syok sendiri
Mama and Abah
hamek kambing sekor
Appertizer - fresh kurma cicah sos herba ape ntah
Muka aku menerai appertizer ni, lain macam rasenye
Errr...pelik sungguh rase kurma cicah ni
Interior deco
Ajad buat-buat poyo
ni aku..hehehe
nice and cosy environment
tukang belanja and abah
Ni aku nye : Al-Diafah rice with mendy lamb (RM35)
Mama nye : Al-Diafah rice with mendy chicken (RM20)
Abah nye : Mendy rice with mendy lamb (RM35)
Ajad nye : Mendy rice with kebab (RM35)
Hah! Hamek ko!
Bawang je tinggal hah
Gaya orang kekenyangan 
Mama ngan abah tengah busy
Teh Arab,complimentary katenye. Ada campur daun pudina sket
Jangan tertipu,waiter ni bukan orang Arab,hehehe
Separuh dari hasil tangkapan kami, hehehe

Sememangnya sangat-sangatlah puas hati sebab sedap.. Aku kuat rekemen ameklah nasik Al-Diafah, memang sedap..nasik dia pun PANJANGGGGG~~~ Daging kambingnya, sumpah lembut.. senang gile nak makan.. Hopefully dapat datang sini lagi lain kali. Thanks mama..!!~

Thursday 12 January 2012

keinginan mengada-ngada

Ohohoiii...
Sejak bermenjak menjak ni selalu je mengada ngada nak makan itu, dan nak makan ini. Tet!!!!!!!!!!! Ini bukannya tujuan bercerita tentang mengandung, sebab aku masih BELUM PREGNANT (bold ngan underlined lagi kau). Aku rasa ni mesti effect dari sudah berkahwin, dan alasan untuk mengada ngada ngan Ajad,hehehe..Sorry dear... =)
Mula dari teringin nak makan ketam, ya rabbi...Sangatlah nak makan ketam sampai bangun tidor je sebut KETAM!KETAM!KETAM! dan KETAM! Ajad sangat baik hati bawak aku, Gary and Apit gi makan seafoods kat Jeram. Tuhan je yang tahu cemane rasa bestnye dapat makan ketam..(Tengah taip ni pun kecur air liuq).
Pastu few weeks back, mimpi makan Garrett Popcorn la pulak.. GEDIK KAN AKU. Sejak mimpi tu asyik teringan Garrett, Garrett, dan Garrett.. Hakikat Grrett Popcorn hanya leh dapat kat Suria KLCC (selain dari Chicago, Dubai, Hong Kong segala) dan aku ngan Ajad memang bukan muka melapok kat KLCC. Tapi tetibe semalam dapat peluang, TING TING TING TING TING!!!!!! Ajad ada job kat Putrajaya and aku dapat settled kerja on time.. hakikat aku MALAS dan MENYAMPAH untuk berlama-lamaan kat office ni, aku dengan gigih, tabah dan penuh iman di dada, berjalan kaki dari office ke KLCC. Hebat kan aku? Jadik berjalan lah aku yang kebetulan berbaju kurung poyo-poyo je dari Menara Taipan Jln P Ramlee ke KLCC.
Dapat makan Garrett Popcorn terus puas hati cam hape je.. Trust me CHEESECORN + CARAMEL POPCORN memang superb sedap cam heaven on earth (overrated). Pastu malam lak, mengada nak Carbonara Spaghetti, once again Ajad yang baik hati suami contoh bawak gi makan kat Murni Sunway.. Lantak lah aku sepinggan trak carbonara sampai muak! Hehehehe..!!!~
Sementara honeymoon mode masih ada ni, memang banyak benor keinginan mengada aku.. Nasib baik Ajad sentiasa sudi melayan kerenah aku kan?Hehehe...Thanks Ajad!!~~~ Hopefully suami baik hati ni akan jadik baik hati sampai bile-bile.. Uuuuhhhh.... By the way segala aktiviti makan cam nafsu shiton ni, takde gambonye sebab cepat sangat dah settled. Tak sempat nak kuarkan camera pun dah selamat dalam perut comel aku ni,hehehe..
Suami baik hati..hehe

Tuesday 10 January 2012

bulan kedua

Tomorrow will be our second months' erm....shud I call anniversary? I don't think so..Anniversary tu ANNUAL kan? Senang cite, dah dua bulan kami kahwin..Still very new, still newlyweds rasenye,huhu..
Hopefully kami akan tetap merasa honeymoon mode ni for years and years and years.. So many things ahead yang masih kabur dan perlu dihadapi bersama..

Monday 9 January 2012

Sebarkan dalam hati nurani masing-masing

A.B.U

Siapa Gerangan Dirinya

Video reception kat Cheras dah siap akhirnya. *Mohon lompat bintang*. Bila tengok video tu, rasa macam baru minggu lepas kitorang kawen, chewah!! Seriously, lagu Padi - Siapa Gerangan Dirinya adalah lagu yang boleh diconsidered sebagai LOVE AT THE FIRST SIGHT, meaning, dengar skali terus SUKA KEMAIN,hahaha. Sebelum ni memang banyak sangat lah lagu yang ada dalam list (nasib baik time aku kawen takde lagi lagu 'A thousand years' tu, I bet ramai akan gune lagu tu skarang untuk video derang kan?)
Tapi, akhirnya lagu Padi ni jugak yang jadik pilihan.. As it's simple but sangat meaningful liriknya. Hakikat aku memang prefer guna lagu Indonesia rather than english songs sebab lirik-lirik derang ni selalunya dekat dengan fitrah manusia, straight forward but sangat bermakna (tu pendapat aku la)..
Again, Mojie did a fantabulous job, aku ngan Ajad sangat berpuas hati, dan sangatlah berterima kasih kat Moji sebab selitkan part memula aku dok mengumpat orang katering suruh gantung banner sendiri,hahaha!!! Sopan lak aku mengumpat, selalunya kalau namepun mengumpat, opkos la bahasanye kurang sopan untuk kanak-kanak yang belum akil baligh,haha!
Baju reception yang kitorang pakai tu adalah hasil gabungan idea aku and Aidit (wedding planner). Thanks Aidit, memula Aidit kinda gave up sebab katenye SANGAT-SANGAT susah nak carik kain colour peach seperti yang aku gile babi requested for. Tapi sebab aku ni kalau kate NAK, meaning NAK JUGAK!, so Aidit gagah la gi carik merata kedai..Thanks sangat-sangat Aidit.. =) Dengar cerita baju lom sempat siap dah ada yang nak sewa..Laku jugak idea aku,hehehe.. Even though rasa sayang nak lepaskan baju tu kat orang lain, tapi tak kuasa aku nak simpan dalam almari,huhu..
Jadi, inilah hasilnya.. Thanks Moji untuk video video yang OHSEM ni,hehehe~~


Atiqah & Azad | 12.11.11 Reception Highlights from Nazri Moji on Vimeo.