Monday 31 December 2012

here comes 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 pada semua..
Hari ni adalah hari last aku berpantang,huahuahuahua...
Dan hari ni pergi bawak Shakira cucuk Hepatitis B untuk umur sebulan kat Klinik Kesihatan Cheras.
Kesian gile tengok dia nangis bile kena cucuk, pujuk-pujuk terus tido lena,huhuhu..
Tapi paling fakap bila klinik kerajaan yang kononnya untuk rakyat Malaysia, penuh ngan pendatang Vietnam.
NICE!!! Ni lah namanye RAKYAT DIDAHULUKAN, tapi bukan rakyat Malaysia, RAKYAT ASING.
Aku dah rase macam ada kat Klinik Kesihatan 1Vietnam dah..haram sungguh!
Ape-apepun, tahun 2013, mari mulakan dengan pegi carik stroller untuk Shakira, sebab banyak sungguh plan nak menghabiskan cuti pada tahun 2013 ni..hehehehe...
Shakira dah bertambah berat..tadi timbang dah 3.9kg, dari mase mula lahir 2.65kg.. Hopefully dia akan membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang..
OTW gi Klinik

Abah mithali kate ko...




Monday 17 December 2012

2013 in hands

Berapa hari lagi 2012 akan diganti dengan 2013..Fuh, what a life! Kejap je dah nak habis dah 2012 ni... Aku pun dengan eksaitednye nak menyambut kedatangan tahun baru sebab tepat 1 Januari 2013 tu aku dah habis pantang dah... Dan dengan bestnya aku dah berjaya turunkan dalam 10kg skarang..Ammak!! Kira pun dah makin cerdik..Dah kurang meragam malam dah..harap-harap berterusan lah camgitu (crossed-fingers)..
Asal nak masuk tahun baru je, memang orang dok sebok cite pasal AZAM. The truth is, aku tak pernah ada azam,wahahahaha..Kalau adepun, macam berjaya je aku nak mencapainye..Cuma untuk tahun 2013 ni, mungkin akan lebih focus pada my precious diamond - Kira..
Nak plan ape-ape vacation ngan outing pun kenalah fikir bersesuaian ke tak nak bawak dia skali.. Opkos tahun 2013 ni, plan ke Penang tetap ada..Aku pun tataulah aku kena ngan aku ni, tetiap tahun mesti pegi Penang,hahahaha!!! Tempat jatuh tergolek doq lagi dikenang, ini lak tempat aku menimba ilmu..Nasib aku belajo kat Penang je, buatnye blajo kat UK ke, Ostolia ke, Russia ke, tak ke jenuh nak bikin comeback?Hahahaha..
Dan memang aku plan nak gi Bandung tahun depan, tataulah ade peluang ke tak..Alkisah sebelum ni dah nak book tix pegi Bandung, tapi Kira lom lahir lagi...so,celah mane aku nak isi column tarikh lahir dia tu kan?Kehkehkeh..Sesungguhnya memang aku rindukan dunia luar.. Hari-hari keje aku mengadap sliding door ni, tengok Momel Momot aku yang baru tuko tayar ngan spotrim tu, tapi aku sempat merasa beberapa jam je..Sebab esoknya tu aku dah kene kuarantin 44 hari,hahaha... Takpe takpe, sabor ye..tinggal brape hari je lagi.. Pastu bolehlah aku bawak Kira jenjalan naik Momel Momot.. (betapa aku merindui dunia luarku,hahaha)..
2013 jugak adelah tahun yang penuh ngan wedding (again....) Jadik, harus terus maintain berat badan dan terus menerus kempiskan perut ni (perut aku lagi kempis dari sebelum preggy skarang hokeh,chewahhh!!!) Kalau tak, tak glamour la mak noks..hahahaha!!~~ Dan 2013 adalah tahun aku start lik bekerja setelah 2 bulan tersepuk kat rumah ni.. Honestly, aku tak rindu langsung opis aku,hahahaha!! Fake kot sesape yang kuar statement rindukan opis! But life must go on..rezeki harus dicari demi sesuap nasik (wah gitu).. Lainlah kalau laki aku ada dapat dana RM250juta buat bisnes Ada Lembu Nak Jaga kan..huhuhu..
Keseluruhannya, cycle tahun-tahun sebelum ni tetap akan berulang dalam 2013 ni, cuma ada tambah lagi sorang yang sangat sangat berharga dalam life aku, si Lucy In The Sky With Diamonds ni.. Sebab pe aku dok keep on panggil Kira ngan tajuk lagu The Beatles ni ialah...aku memang minat Dakota Fanning, and dalam I Am Sam, dia nye nama Lucy Diamond Dawson.., bersempena lagu The Beatles tu... Harap-harap Kira dah besar pun comel macam Dakota,wahahahaha!!!
OK la, ade mase aku sambung lagi merepek meraban dalam ni.. Finally, Selamat Menyambut Tahun 2013 yang bakal tiba..Dan, 2012 adalah bukan The End Of The World~~ Ngeeee!!!
"Walk On...Walk On..." kate Abahnye



Thursday 29 November 2012

Berpantang dan kisah si LITSWDku..

Masuk hari ni, dah DOBLAS hari aku berpantang dan tinggal 32 hari lagi untuk aku tempuh menjadi seorang yang busuk bangau, bersanggul Mak Bedah, berkain batik sopan santun, jalan terkepit-kepit, minum air akar kayu yang pergh!! sangatlah SEDAP, dan merenung kereta yang cantik bergaya kat depan rumah ni hah! So far, memang sangatlah mencabarnye keobsesian aku terhadap segala aktiviti luar rumah aku selama ni.. Memanglah orang kate jangan dok countdown tempoh berpantang ni..tapi aku memang tak tertahan nak mengountdown, hahaha.. So far, rutin harian aku, bangun pagi, siapkan mandian Shakira, mandikan dia, siap-siapkan dia, sambil tu rebus air akar kayu,breakfast sket, aku lak siap sedia mandi, bertunku, berparam pilis segala, then bermulalah aksi yang paling mencabar iaitu memakai bengkung.. Bengkung yang aku pakai ni stok lilit tocang kat perut punye..Dan tiap pagi lah Ajad jadik pelilit sebelum dia siap-siap gi opis..Tapi ada gak yang aku ngelat tak pakai bengkung tu, aku pakai korset time aku kawen dulu je,hahaha!! Setakat ni, aku still lom timbang lagi berapa berat badan aku sekarang..berbanding sebelum bersalin ni aku dah nak sampai 70kg ye adik-adik sekelian.. Jadik, nak dapatkan lik berat badan lama memang masih di awangan lagi, tapi aku tetap berusaha. Satu lagi rutin wajib aku ngan Ajad sejak ada Shakira ni ialah, berjaga tiap malam ke pagi sebab time-time tu la dia kerap bangun nak menyusu, nak berak, dan pastu susah nak tido lik.. Kekadang aku sua botol, sedar-sedar puting botol tu dah ade kat pipi dia,kesiannnnnlah kat Shakira mamanye terlena,huhuhu..!!~
Stress memang stress sebab kekdahnye aku dan Ajad banyak kene memandai sendiri.. Aku dah le takde pengalaman nak handle baby baru lahir ni..Sebab aku ni anak tunggal..So kitorang berdua buat-buat bijok je la...Sama-samalah menimba pengalaman..
Dikala perintah berkurung ni jugaklah, aku dah mula ternampak-nampak lambaian The Curve, IKEA, The Street dan Sunway Pyramid(yea, aku memang muka shopping complex).. Kemahen lagi derang melambai kat aku..Sabo je la kan..Kalau tak pikir effectnya di kendian hari, ntah-ntah kereta aku pun dah takde kat parking ni lagi dah,hahahaha!!~Lagipun orang kate bersalin anak sulung ni la yang kena jaga.. Aku pun memang nak jaga sebab banyak sungguh baju ngan suor yang aku kena muatkan lik..hohoho!! 
Alkisah Lucy In The Sky With Diamonds aku pulak (LITSWD), dah nampak progress dia dari hari 1st dia lahir.. OK, lahir-lahir je Kiera dah ada airmata, which is kinda weird to me, sebab selalunya babies perlukan masa untuk develop airmata.. Orang yang nengok pun pelik. Kiera dah mula tersengih sengih dari hari 1st lagi, dan tali pusatnye pun dah selamat gugur pada hari ke-5 dia dilahirkan.. Kata orang, kalau gugur awal tu, maksudnya tak degil..(kata orang dedulu laaaa).. Si Kiera ni jugak sangatlah penggeli. Jenis tak reti tunggu kejap bile dah berry-berry..So, kalau kate kol 2pagi dia berry, kol 2pagi la jugak dia akan start engine suh aku bangun tukar diaper dia.., boleh? Haiiii macam-macam hal, baru je brape hari..Tak menyabo nak tunggu dia membesar, sekarang pun dah start rasa kepadatan isinya..lenguh dah tangan bile pegang dia lelame.. Membesar dengan sihat okeh Sayang.. Nanti Mama ngan Abah bawak gi jenjalan shopping.. Kita gi beli stroller yang tak sempat nak beli tu hokeh..,hehehe..
OKlah, lain kali aku sambung lagi bila ada kelapangan.. Bye Bye!!~ =)

Thursday 22 November 2012

Lucy In The Sky With Diamonds

Hidup ini indah bila ada pelengkap dalam suatu perhubungan berkeluarga, and itu yang aku dan Ajad baru tempuhi few days ago.. Aku dah selamat melahirkan seorang BAYI PEREMPUAN yang sihat dan comel, hehehe.. (Opkos akan kata anak sendiri comel ok).. Ikutkan due date, sepatutnya aku bersalin 25.11.12, tapi disebabkan Ajad tak menyempat nak ada anak (hahaha), so sepanjang 17.11 tu dok keep on pujuk "KELUARLAH BABY...KELUARLAH BABY..".. Sekali hamek ko, petang 17hb tu Aku, Ajad, Mama and Abah pegi Rawang untuk tukar tayar dan spotrim kete, dan mase tu macam dah kerap rasa perut ni menegang, so aku anggap it was just braxton hicks. Malam tu, kat rumah tengah tengok match Liverpool vs. Wigan, contraction makin kerap, tapi aku relax lagi sebab kengkononnya dah kompiden akan ikut due date. Skali pegi toilet tengok dah ade blood spots. SUMPAH aku termenung masa tu. Pastu panggil Ajad, bitau dia dan muka dia masa tu.... hahahaha, kalau dapat rakam memang hari-hari aku replay. Ajad tanye nak gi hospital ke tak, sebab doktor memang ade pesan,once ade blood spots atau leakage je, terus gi sepital.. Aku buat-buat cool kate "takpe, tak payah, I nak naik atas rehat la..." So aku pun terus naik rehat, terus terbantut tengok bola,hahaha..
Dalam nak rehat tu, contraction yang relax relax dah bertukar jadik contraction sebenar.. Sakit-sakit dah datang, memula sejam sekali, tukar jadik setengah jam sekali, last skali dalam kol 7 pagi tu dah start 10 minit sekali... Kalau dalam buku Diari Hamil yang aku baca tu, katenye bila ade blood spots, dalam 2-3 hari tu bersalin lah.. Aku pun relax lagi. Bila mama dapat tau je, ape lagi, memekik la orang tua tu, hahaha... Dia bising kate aku leh relax lagi..terus paksa aku pergi bersiap gi hospital. So aku pun gerak la Ajad bangun, pegi Hospital Putrajaya. Sampai kat sane, terus derang suruh masuk bilik nak check.. Bermulalah upacara wajib seluk menyeluk saku, hahaha... Check-check, dah bukak 3cm kate doktor tu... Oh Tuhan!!! Dah nak bersalin rupanye aku...
Sepanjang baring dalam bilik tu, macam-macam yang aku dengar.. Dan mostly adalah JERITAN BATINKU yang memang sungguh NGERI, DRAMATIK, NGILU, dan opkos MENAKUTKANNN!!! Tapi aku awal-awal lagi mama dah warning, jangan sesekali menjerit, walau sakit cemane pun.. Dari kol 10 pagi sampai lah kol 4petang camtu aku dok melayan contractions, tetibe nurse datang masukkan ubat, dia kate nanti akan jadik lebih sakit..Memang gile punya sakit, aku dah meleleh airmata dok mengucap, istighfar non-stop.. Nasib Ajad ade kat sebelah dok keep on bagi dorongan. Bila doktor masuk pasang oksigen ngan bagi aku gas, sedut gas sampai stim...terus aku rasa macam nak meneran.
Automatically rasa meneran tu dok semakin kuat, so aku pun bitau nurse yang aku rasa macam dah ready nak push. Nurse terus panggil doktor, doktor datang checked, dah bukak 8cm! Maknenye memang bila-bila mase je aku akan bersalin.. Maka, bermulalah proses push mengepush aku. Masa tu, yang aku pikir cuma nak cepat berakhir dengan selamat, so aku push sekuat kuat hati.. Dan doktor keep on kata yang aku buat menda yang betul, meaning cara aku meneran tu betul.. Dan, atas kuasa Allah, dalam 5-6 kali push, maka terlahirlah Shakira Alisya ke dunia.. Dan tiada moment yang paling manis bila mendengar tangisan bayi dan Ajad yang bergenang airmata mase tu.. Syukur Alhamdulillah..Hanya perkataan tu je yang terucap di bibir dan dalam hati aku.. 
Huh! kalau nak cite memang satu novel tak cukup, pengalaman bersalin anak sulung memang pengalaman paling berharga dalam hidup aku... Terima Kasih Tuhan~~ *BLISS*
beberapa jam selepas dilahirkan...smilling Kira

Tuesday 13 November 2012

Hatyai versi lambat develop film

Ini adalah gambar-gambar zaman Tok Kadok yang baru dideveloped. Hahaha..semuanya sebab,malas nak gi ngantor filem ke kedai.

Monday 12 November 2012

11 November datang lagi


Haliu...
Semalam adalah hari yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT bermakna dalam perjalanan hidup aku sebab diam tak diam dah setahun aku dan Ajad jadik isteri dan suami yang sah. Happy Anniversary to both of US, hehehehe... And the happiest moment yet to come, very very soon - that is our BABY!! Ngeee...~ Dalam condition aku yang sangatlah sarat ni, memang takde chance lah nak berseronok sakan bagai, sebab segalanya lebih tertumpu pada persediaan akhir untuk menyambut 'ORANG  BARU' dalam family kami. Rasanye moment ni akan menjadi hadiah teristimewa untuk aku dan Ajad, sebagai satu hadiah paling bermakna selama setahun kami berkahwin.
Takde ape-ape specific celebration pun disebabkan condition aku yang tak mengizinkan ni..Just kuar makan je,dan aku seperti biase, asalnye teringin sesangat nak makan meatballs kat IKEA,tetibe dah sampai sane, laju je melencong gi The Street.. At last, kitorang makan kat Bumbu Desa, makan nasik jugak yang kenyang untuk orang yang dah gemok macam aku ni, hahahaha!!~ Dan kaedahnye, mase aku nak bagi hadiah kat Ajad tu, aku pun terus terang la penipuan dan pembohongan sunat yang aku dah buat mase hari Jumaat lepas.. Amboiii, memula muka dia serious kemahen.. Bila aku kate "Sebenarnya semalam I tipu U...", hahaha!!!~ Yang aku geram tu, tetibe je time aku dah nak bayar kat cashier, dia leh called tanye katne. Chitt! Semangat aku lari masuk fitting room konon nak kate dalam kete la mase tu..hahaha!! Dah le sebelum tu  aku tak brape nak tau area Pavillion tu, jenuh gak mencarik sensorang.
Itulah namenye instinct melampaui batas..tak memasal tetibe tepon aku time-time tu.. Barulah aku tau bile dah kawen ni memang susah nak ngelat,hahaha..Tapi, bile dia dah dapat hadiah tu, mukapun ada SUNYUM!! Ngee~~
To my dearest husband,
Thanks for this wonderful year, I Love You and that will remain the same for the next years ahead.. You adalah lelaki yang tak romantic langsung, predictable dan gile kartun punye orang..But, that's what I found attractive in you (chewahhhh)... Let's grow old together and share everything together.. Dan ada satu lagi.., marilah kita kurus sesame pasni,hahahaha!!~Love You Husband..~






Monday 5 November 2012

I got over-excited

With few days left, semakin bedebor-debor aku menantikan moment aku menjadi seorang MAMA,hehehehe... Dan diatas ter'over-excited'nya aku, beria beli pacifier untuk bakal Si Kenit nanti. Sebenarnye, pacifier ni dah lame aku nampak kat Sunway Pyramid..mase memula kawen dah nampak and terus aimed. Sekali mase nak beli, dah takde stock lagi dah..Jenuh carik kat semua outlet Anakku tapi takde jugak..Yang ade pun design yang tak best dan sikit pun aku tak berkenan.. (Alasan sebab dah LOVE AT THE FIRST SIGHT yang awal tu)..
Akhirnya disebabkan kemaruk nak jugak pacifier yang tu, terpaksalah aku order kat e-Bay.. (tak ke semangat sangat aku kan?padahal puting je pun) Order kat e-Bay murah sikit dari market price kat Malaysia ni, lagilah aku suke kan..
And MAMA is a Vampire Diaries freak (Yiiieeeeharghhh I'm team Stephen Salvatore), so opkos la akan pilih design yang camgini:-
Yay!!! Hidup team fangs!! Mengada sangat aku kan...Hihihihi..Lepas received menda alah ni,rase sangatlah puas hati sampai 3 hari 3 malam dok tenungggg je,hahahaha!!!

Wednesday 24 October 2012

I'm a FAT pregger

Haliuuu!!!~
I'm 36 weeks pregnant now and got few more weeks to count. *ERK!*
Ini adalah pengalaman pertama aku dan opkos la sangat neves cam nak gile,tapi pada mase yang same eksaited tak tertahan tahan,hahaha!!
Sejak mula tahu aku pregnant (that was like.... ermmmm 8 months ago), aku dah gained more than 12kilos dari berat asal aku.. TWELVE freaking KILOS ok adik adik sekelian!!!Berat asal aku sebelum pregnant adalah lebih kurang 56kg dan semalam pegi timbang, WALLLLAAAA!!!! dah 68.5kg. Ini adalah rekod paling berat,paling gemok,paling dahsyat disaster habis-habisan dalam hidup aku, BUT (a big but there,hehehe), it's all because of I'm carrying a baby inside me. (alasan paling munasabah untuk elak dari dikate gemok,sekian!) Dan aku masih boleh jalan lebih lenggok dari Rosmah,hehehe!!~
Disebabkan kegemokkan aku ni lah, tak banyak gambo time aku pregnant,haha.. Selera makan tak payahlah cite..Tiap kali aku lapor je, alasan BABY YANG NAK MAKAN... Sampai Ajad pun dah tau ape alasan aku nak bagi kat dia tiapkali aku mention "LAPAR",hehehe... And everytime aku bising kate aku dah gemok, dia keep on kate "Takpe...nanti u leh kurus lik...", "Nak makan,makan je..nanti perot masuk angin susah...", "Pas bersalin kita work out sesame" and "U tak gemok laaaa..ni semua sebab ada baby".. Thanks di atas sokongan yang sangat MEMBINA itu! hahaha!!! I eat like nobody's business, pastu sebok tengok baju ngan jeans kat dalam bilik yang dah tak muat nak pakai sambil berharap akan muat semula SATU MASA NANTI..
Semalam berat baby dah almost 2.5kg dan berada dalam keadaan yang sihat dengan jayanye. Cuma doktor kata waterbag aku ade terlebih sikit, so next week aku kena jugak minum AIR GULA yang sangat tak sedap tu..Aku fikir dah dekat nak deliver ni dapatlah aku escape terus minum air gula..Skali kena jugak, CHITT!!! Sebab doktor kate excessive water adalah petanda DIABETIS. Hopefully NOT! So dengan positive secara sendirinya aku berfikir berat aku ni kalau ditolak ngan berat Baby,berat Air, dan berat Uri, takde la gemok mane kan?wakakakaka!!!~ (taknak jugak ngaku memang dah gemok)
Whatever it is, lepas deliver memang aku kena work out like HELL sebab berkodi-kodi, berkoyan-koyan baju ngan suor yang aku kena muatkan semula, tu belum tambah dengan segala keinginan aku nak menyopping lagi.. Ajad sila jangan pening tengok stok baju I okeh, hehehe... Keinginan shopping selama 9 bulan yang tertangguh memang hal yang takleh wat main-main..,hihihi~Oleh yang demikian, to all preggers MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERAZAM UNTUK KURUS SELEPAS BERSALIN, HIYARGH!!!!!!

Baju yang sama,saiz perot yang berlainan,hahaha


Friday 28 September 2012

32 weeks and counting

Sejak bulan puasa aritu,memang takde masa langsung nak update ape-ape dalam blog ni..(che....buat-buat bizi lak aku kan).. But seriously memang takde mase. Trimester ketiga memang paling mencabar bagi aku..sebab angan-angan sickness akan berlalu tu cuma tinggal angan-angan kosong semata. Memang ngada sungguh makhluk yang berada dalam rahim aku ni kan? Sejak lepas cuti raya memang aku tak dapat langsung bangun pagi pegi keja..Rasenye team leader aku pun dah meluat tahap gaban laut kat aku,hahahaha...!! Nak wat cemane, dah pembawakannye camgitu. Asal bangun pagi je, confirm wekkk wekkkk...dan opkos la lepas tu aku lembik melepek..,ade hati lagi nak pegi opis?And lately,aku mengalami masalah susah tido..Ye!!!!Jangan tak pecaya,aku yang tido macam gajah mati ni pun,leh bertukar tabiat jadik susah tido. Kol 2pagi kol 3 pagi dok terkebil-kebil lagi..belum campur dengan bangun sebab kaki cramp, pastu pegi toilet lagi,sebab dok nak terKENC... Start kol 11 malam je, confirm perot aku bergendang-gendut tali kecapi. Active kemahen...Bila dalam situation macam ni,kuat je rasa macam nak amek unpaid leave sebulan,haha.
Bila dah masuk 3rd trimester ni memang tak dapat lari dari mula membuat persiapan untuk menyambut kehadiran orang baru dalam family. Time ni barulah aku tau,barang-barang baby memang mahey kemahen hokeh! Tengok baju,alaaaaaa kecikkkkk je,brape sangatlah kain ngan benang yang pakai, tapi regenye...amboiiii!! Sabo je la hakak!!Time ni pun mulalah ramai yang nak bagi pendapat itu ini...Over-concerned kengkadang,hahaha.. Kadang-kadang terganggu emosi bila banyak sangat pendapat dan pandangan.. Ye la, macam aku tatau ape-ape lak kan? Nasib Ajad supportive dan sentiasa sedia menadah telinga untuk mendengar,hehehe..tenkiu love, sebab hari-hari sudi mendengar dan hari-hari urut kaki I yang lenguh bawak kete, walaupun tak payah tekan clutch,hahaha.. Dan sanggup berjalan seiringan dengan I yang kejap-kejap nak berhenti berehat carik kerusi.. Dahlah jalan slow,sikit-sikit penat..What to do.., tak lame je lagi ok =Tapi melalui semua proses ni, tak penah buat aku rasa membebankan..And I'm sure bile dah deliver nanti, memenda ni la yang aku akan rindu.. The kicks, the moves, the nauseas, the pain, everything.. Sindrom selepas bersalin mesti ade..ngeeee~~~
Start this month, aku mula check-up kat Hospital Putrajaya, since I wanna deliver there. Takde lagi check up kat Klinik Alam Damai..Hopefully I'll get the best treatment there... (crossed-fingers) Dan semalam saje ngada-ngada nak tengok dengan lebih jelas muka baby kitorang..So, aku pun buat online appointment kat Klinik An-Nisa kat Sri Kembangan untuk 4d scan, dah inilah dia few pictures from the scanning.. Jenuh nak buat dia bangun, padahal sebelum masuk klinik tu kemahen active! Geram aku, hahaha!! Apepun, glad to see she's/he's doing so fine and healthy..dan sangat tembam.. ;) AGAK-AGAK MUKA SAPE GAMAKNYE YE??HIHIHIHI...
Hwargh!!!!! Beria bukak mulut

Friday 10 August 2012

Dugaan di bulan Ramadhan

Rabu yang baru ni,aku tetibe bikin gempak lak sakit perut beria kat opis. Start dari jam 2.40ptg tu tetibe je perut aku memulas ya amat..,so aku ingatkan aku nak terberry-berry,pegi toilet,rupe-rupenye nak muntah. Lepas je muntah dan-dan tu jugaklah sakitnye perut aku ni,sampai takleh bangun..Dekat 10 minit jugak aku berlutut dalam toilet. FYI, ini adalah kali pertama aku kena sakit macam ni, so aku memang tak tau nak bezkan sakit perut biase dengan sakit perut contraction. Lagipun, aku baru je pregnant 6 bulan, so aku memang tak budget langsung akan mengalami early contracion macam ni.
Lepas rasa lega sikit,aku pun keluar dari toilet,nak sambung buat keje..Tak sampai berapa seconds, sakit tu datang balik, now even worst. Aku beria pergi toilet lagi tapi kali ni memang tak dapat nak tahan dah. SANGAT-SANGAT sakit okeh! Still berlutut dalam toilet,tapi kali ni memang dah sangat tak tahan..Kat bibir aku ni takde ayat lain yang keluar time tu kecuali "MAMA SAYANG BABY...MAMA SAYANG BABY" Emosi pulak aku time tu kan!Tapi aku rase sesape pun yang mengalami akan hanye fikir pasal baby dalam kandungan je.
Keluar dari toilet je terus tepon Ajad mintak dia datang amek aku kat opis, tepon mama and mama suruh terus pegi GH Putrajaya. Nasib baik buku merah tu memang aku bawak ke hulu ke hilir. Setengah jam tunggu Ajad sampai, aku rasa macam dah nak pengsan dah. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Sepanjang perjalanan nak ke Putrajaya tu aku rasa macam aku pegi naik beca, rase alaaaaaaa.....lambatnye nak sampai!!!!! Antara aku ngan Ajad, aku tatau sape sebenarnye yang lebih panic. Tapi aku cuba untuk remained silent sepanjang perjalanan so dia tak bertambah panic.
Sampai je kat Emergency GH Putrajaya, Hospital Assistant (HA) ada 2 orang datang kat kete and bawak aku masuk. Memula derang suruh aku terus naik Wad Bersalin, tapi aku kata nama aku dah ade kat Emergency. Then, barulah derang kata, "Oh...ni Puan Atiqah ye".. Emergency GH Putrajaya sentiasa la ramai orang, dan ramai jugaklah yang memandang aku yang masuk dengan wheelchair bagai. Dan opkos aku menjadi perhatian sebab aku potong habis giliran semua orang kat situ. Sorry ye,saya memang sangat sakit, bukan mengada-ngada nak potong Q. Pastu HA tu terus tolak aku masuk ke bahagian Semi Kritikal, so Ajad had to wait outside. For the first time 4 orang doktor keliling aku dok tanye itu ini..Derang keep on scanning my baby dan tunjuk kat aku itu ini..Aku yang teramat sakit time tu dah tak peduli dah ape derang nak tunjuk,aku ngangguk je. Lepas tu, sorang doktor ni nak checked urine aku..berwheelchair la aku gi toilet. And for the first time urine aku tak normal. Kalernya sangat pekat, Amberish, and doktor tu kate urine aku tak sihat. So derang decided nak drip aku, sebab aku dah dehydrated, and amek darah 4 tubes.
Bile dah dripped je, aku tau yang aku akan lambat settled, and derang dah pakaikan aku tag nama kat tangan, meaning bebila je aku akan diadmit. Dalam hati aku keep on kate, tolonglah jangan admit saya...
Lepas botol yang kedua, kena test urine lagi skali.., kali ni kaler lebih jernih, so I felt a bit relieved. Time tu dah kol 6lebih camtu, kuor dari toilet je, Timb Pengarah GH Putrajaya datang jumpe, hamboih kan aku! Dia just turun untuk tanya aku ada rasa much better ke tak lepas masuk air.. Memang banyak beza kot..aku dah boleh bangun pegi toilet sendiri, tak payah guna wheelchair lagi. Gile magic!
Habis botol kedua, aku kena transfered dari Semi kritikal ke Wad Bersalin. Sebab derang kata doktor kat sana lagi pro pasal kes aku ni, and device derang lagi lengkap. Aku telan air liur ble dengar WAD BERSALIN! Kat Wad Bersalin tu, aku dah masuk botol ketiga. Sepanjang dalam wad tu aku dengar ada bunyi baby menangis..baby yang baru dilahirkan..Oh Tuhan!!!~ Time tu dah kol 7pm, aku dok fikir, apelah Ajad nak makan untuk berbuka kat situ. Memang nak cepat-cepat settled, nak lik rumah. Bile doktor wad bersalin datang je, dia scanned lagi skali, kali ni lebih lama, and lebih detail. And for the first time, aku dapat dengar denyutan jantung baby aku.. And doktor tu kata "Puan, U skarang sedang sarat mengandung, so I suggest you jangan paksa diri untuk puasa" OK, SARAT! Tak sangka aku dah masuk stage SARAT..For all of these times, memang aku tak sedar hakikat tu.. And skarang ni aku tak berpuasa lah jawabnye.. aku sendiri dah paranoid, asyik minum air je kejenya. Finally, kol 8 lebih camtu baru aku dibenarkan balik. Phew!!! More than 4 hours Ajad kena tunggu aku..kesian dia kena tunggu and tatau ape-ape perkembangan  pasal aku. Dan terpaksa berbuka ngan roti je..
Apepun yang paling buat aku relieved ialah, baby aku sihat dan active. Berat dah 777g (nice number eyh) and aku jadi lebih bersedia untuk menghadapi proses yang lebih sakit lepas ni, hope so. Dan aku anggap ni sume proses dan dugaan yang aku kena tempuh, nak pulak di bulan Ramadhan ni..Thanks Ajad sebab sanggup tunggu aku more than 4 hours,  sorry sebab buat you tunggu lama..Nanti birthday you I blanje makan ok,hehehehe...

Wednesday 1 August 2012

week 23 di bulan Ramadhan

Hi,
I'm just a proud "mom-to-be" yang sudah masuk minggu ke-23..Of course super-eksaited tapi dalam mase yang same sangat-sangat nervous menanti hari-hari yang bakal datang. Isnin aritu pegi scanned dan sudah nampak muka dia sikit-sikit..(Ajad is so tak berimaginasi sebab takleh pick-up which one is mata,which one is hidung and which one is mulut).. Overall, semuanya normal, waterbag mencukupi, uri berada di tempat yang betul and the best part is.... kami sudah tau jantina baby kami..WEEEE!!!! Although bukan 100% confirmed,tapi doktor kata sudah 99% confirmed baby *TUTTTTT*, hahahaha~~
Sekarang ni hari-hari aku leka tengok perot sendiri, nak pulak bile dia menendang..Nampak perot terbonjol sane-sini..Sangat-sangat menghiburkan. I'm sure bile dia dah keluar nanti, aku akan mengalami Sindrom Selepas Bersalin. Mesti rindu dengan tendangan-tendangan wushu dia..
Week ke-23 ni jugak,aku kena amek suntikan ATT (which is untuk kancing gigi)..OK,call me whatever, tapi sumpah sakit. Aku pernah banyak kali kena cucuk jarum tapi yang ni memang sakit. Sampai sekarang rasa lagi sengal-sengalnye, urgh!!!! benci!benci!benci! Lebih membencikan, next month kena amek 2nd shot..haish!!~ What to do, anything for you Budak Kecik. Time nak amek ATT shot tu,doktor tu leh lak tanye, cucuk ni tak batal puasa kan..D'uh~~ OK,first aku rasa dia just nak test aku..Second, dia nak perli ke ape ke aku pun tak tau.. Doktor tu agak tak hygienic OK, sampai deodorant pun tak pakai gamaknye, sebab B.O dia sumpah dahsyat. Aku tetap berusaha untuk puasa..Setakat ni baru sehari terkantoi,tu pun sebab muntah-muntah..Kalau tak, pening-pening tu biase la, tapi masih mampu bertahan lagi..BERUSAHA!!! Sebab aku tak kuasa nak menggantinye nanti...
Apepun, lepas ni, memang preparation aku ngan Ajad akan lebih tertumpu pada si kecik ni.. Lepas raya je, memang focus pada baby shopping spree la jawabnye..Walaupun kitorang dah sedia maklum yang lebih eksaited bab-bab shopping ni adelah MAK aku,hahahaha!!~

Till then, selamat menjalani ibadah puasa hokeh!!Dan untuk pertama kalinye, aku mengreveal, inilah dia baby kami di usia 23 minggu,hehehe.. OK, lemme explain..Yang side kiri tu adelah muka dia, which is kalau korang leh imagine,leh nampak mata, hidung ngan mulut dia.. and the right side one adelah tulang paha dia.. =)






Friday 13 July 2012

11hb Julai adelah bulan ke 8

Dua hari lepas dah genap 8 bulan kami kawen.Wee...~~

Untuk kesekian kalinya, dear Ajad, thanks for all the warm hug and kiss to comfort me.. Thanks for always be by my side when I'm in need and for always keep cool when I'm trying to carik pasal..At the same time, aku yang sudah preggy 21 minggu sudah semakin susah nak tido lena..Asal kol 3pagi je 'dia' start la nguet nguet.. Ni ada harapan jadi penggerak setia time aku tido nanti nampak gayanye.. (Takpe, pass baton ke 'ABAH' nanti),wahahaha!!~

Til then, love you Ajad, much much dan marilah kite bersama-sama mengembangkan badan masing-masing, hihihi!!~
Aku dizaman sekeping
Konsert Morrissey in Spore - dua2 dah gemok!
 *P/S: Esok, 14 Julai 2012 adalah tarikh genap setahun arwah Avroco Nasir kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah~~
Avroco Nasir - R.I.P 14th July 2011



Monday 9 July 2012

Malaysian attitudes on pregnant lady

Sejak jadik wanita hamil ni, aku memang over-concerned pasal attitude orang sekeliling, either positive or negative. (MOSTLY NEGATIVE LA, HUH!)Dan honestly, Malaysian memang ada masalah attitude dan takde civic awareness langsung, atau lebih pasar aku kata "BODOH KURANG AJAR". Disebabkan aku dah beberapa kali mengalami situasi yang sama, dan aku memang yakin the same thing happen to other preggers as well. Jom kite cekidout :

1. Kalau ko nak lintas jalan,even kat zebra crossing pun,jangan harapla kereta yang lalu tu nak berenti.
2. Time nak lintas, walaupun still jauh lagi, amboiiii terus tekan minyak nak wat-wat nak langgar. Ape ke  BARUAnye semua itu?
3. Kat shopping complex, beria tolak-tolak nak pilih baju, at last ko tak beli pun!
4. Perot yang dah kedepan ni pun still lagi ade mat mat rempit dok sweet sweet macam haram! Ingat aku suke ke?
5. Time ni la memang ramai yang nak wat-wat bijak,bagi tips itu ini. OK ada yang aku appreciate, tapi ada yang macam...WHAT THE HELL? Macam ko sorang je yang pernah beranak pinak lak kan!
6. Clearly perot aku memang sangat obvious kelihatan,but still have to asked for help mase nak beli katil kat IKEA. Kalau tak derang suh angkat sendiri.Do I have to make it clear.."saya pregnant, leh tak tolong angkatkan ke trolley?" HAIHHH~~~

Memang banyak lagi yang aku sendiripun tak ingat nak list downkan..But as usual, bersabar...dan bersabar... dan senyummmmm sampai lenguh. Kenapelah memenda simple camni pun we as malaysian takleh nak tanam dalam diri masing-masing? SEDIH!~ dan sangat Dunia ke-3! huh!

Wednesday 4 July 2012

20 weeks and Awan Mulan

Minggu ni adelah minggu yang ke-20 (approx) aku menjadi wanita hamil (ayat sopan gitu sebab taknak guna term MAK BUYUNG,hahaha)..So far,memang sickness tu dah banyak berkurangan berbanding awal-awal pregnancy, memang menyembah bumi aku, surrender habis. Cuma bila dah masuk 2nd trimester ni mulut tu tak berenti nak ngunyahhhh je. Lambat sket je ngunyah,siaplah aku, pening muntah bagai. Sepanjang aku mengandung ni,nasiblah takde ngidam ape-ape yang pelik, ngidam makan pulut kuning ke,ngidam handbag Hermes Berkin ke,hahahaha... Kalau ada pun,yang tak susah nak carik (Baik sungguh anak mama ni,tak mintak yang bukan-bukan,chewahhh)..
Apepun, dalam keadaan macam ni lah,banyak lak program dihujung minggu. Seperti biasa, aku joinkan aje.. At least ade jugak eksesais mendaki tangga kat Sg. Gabai ngan menikmati nature kat Awan Mulan,Jelebu. Cite pasal Awan Mulan, memang superb, tenang, cantik, dan hijau.. Cuma agak costly untuk golongan pertengahan macam aku ni kan,hehehehe... Rumah yang kitorang amek tu regenya RM600 satu malam untuk max 4 orang, tapi siyes cantik. Tido mengadap hutan,takde tingkap, memang ohsem. Rase macam aku nak request kat Ajad suh bina sebijik kat dusun pak mertua aku nanti,hahahaha...
Baru-baru ni, aku pergi monthly check-up routine kat Klinik Alam Damai dengan Ajad. Tiap kali datang hari check-up,kitorang berdua memang jantung berdebor-debor dong! dong! dong! dong! Untuk 1st baby memang camni kot perasaannye. Memang tak sabar nak tengok progress baby, kalau leh nak beli mesin scanner tu,aku nak scan hari-hari kat rumah,hehehehe... Dan yang lebih mendebarkan, kami masih belum dapat pastikan gender Si Kenit (gelaran mama aku bagi) dalam rahim aku ni, walaupun dah masuk 5 bulan. Ni kes malu ke kes saje nak bagi seprais,aku pun tatau. Ade jugak Dr. Mazlah bitau dalam 70% ialah baby *TUTTTTT*, tapi tu masih tak meyakinkan aku. Nampaknye kami terpaksa tunggu lagi beberapa minggu untuk memastikan lagi skali gender dia..Sigh~~~~
Tapi, the best part is, baby membesar dengan normal dan sihat, dah pandai luruskan kaki and asyik sujud je..Amboiii kuat sujud anak aku,hahahahaha... Berat badan aku pun dah 58.3kg (WAAAAAAA!!!!!), memang jenuhla aku nak kurus balik nanti...Dan dalam beberapa hari ni, aku dah mula rase perot ni dijentik-jentik..Adekah itu pergerakan dia? Waaahhhhhhh, siyes jadik jakun! Dan sangat happy,ngeee~~~
Akhir skali, kita layan gambar-gambar Awan Mulan dalam 3-4 keping,hehehehe...