Friday 7 June 2013

creamy carbonara 1st attempt


Salam Jumaat! hahaha...
Pepagi dah nak hapdet blog sebab mata ni bagai digam-gam..Mane taknye bangun-bangun nak gi keje je tengok kereta basah..Ntah pukul brape hujan aku pun tatau..OK, berhenti mengarut, sekarang ni aku nak berkongsi cara yang paling SONANGBAITU untuk menyediakan "Creamy Carbonara Pasta" atau biasenya aku sebut spaghetti carbonara je..Bende alah ni memang paling feveret dalam kumpulan pasta, dan aku adelah salah seorang penggemar pasta.Ingat kopi je ade coffee lover, ha ni pasta lover habaq mai,hahahaha..
Honestly, aku memang anti betul ngan sos pasta segera yang berlambak jual kat pasaraya tu. Over-rated habis, if you know what I meant - YES, SOS PREGGO! Serius menyampah! Tapi kalau korang ni pengguna sos preggo, lantak korang le, duit korang yang beli, tekak korang yang merasa, temolok korang yang melantaknye,hehehehe.. Sebab bile aku searched resepi creamy carbonara ni, memang majority pakai sos Preggo.Hello, ko pakai sos instant, lagi nak hapdet resepi? Hampir 7-8 blog aku selongkar, semua guna sos Preggo..Untung Preggo, tak memasal dapat up sales.
So, kali ni aku nak share resepi yang aku dapat dari hasil menyelongkar taste.com.. Cara yang sangat-sangat senang ganda 1000 kali senang! Takde alasannye nak kate leceh atau payah,sebab ini budak umur 7 tahun pun leh buat, huhuhuhu...
OK, mari lihat apekah bebenda yang diperlukan untuk buat carbonara ni..

Bahan-bahannya : (untuk setengah kotak pasta)
> Spaghetti, takpun fettuccine
> Thickened cream
> Minyak zaitun
> Bawang putih dalam 3-4 ulas (dicincang halus)
> Pepperoni atau payah sangat daging tu korang hiris nipis(kalau yang non-muslim boleh switch to panchetta)
> Parmesan cheese yang dah diparut
> Lada hitam
> Garam
> Parsley
> Telur ayam 3 butir

Cara menyediakannya (amboi macam chef lak aku,wakakakakaka) :
> Rebus spaghetti atau fettuccine, jangan lupe sesudu minyak zaitun supaya tak melekat
> Panaskan kuali, goreng pepperoni dengan minyak zaitun. Kalau takde minyak zaitun, ko bedallah minyak sawit pun takde hal.. Masukkan bawang putih yang dah dicincang tu.. Goreng jangan sampai bawang tu terhangit lak.
> Bila pepperoni dah digoreng, tutupkan api dan ketepikan.
> Kemudian, campurkan telur ayam, cream, parmesan cheese, lada hitam dan garam dalam sebuah mangkuk dan kacau-kacau mesra sampai sebati.
> Bila spaghetti dah siap direbus, toskan air rebusan tu..dalam periuk yang same, korang tuang bancuhan cream, telur, cheese semua tadi tu.
> Pastu masukkan lak pepeproni ngan bawang putih yang digoreng sebelum tadi tu ke dalam periuk.
> Dengan api kecik, gaulkan spaghetti dengan cream sauce tu sampai agak-agak pekat sket..
> Masukkan daun parsley... Last skali korang rase la cukup ke garam,cukup ke lada hitam tu..
> TADA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dah siap, boleh dihidang dan dimakan..

PS: Kalau korang nak tambah bawang besar pun boleh, bawang besar dadu halus, goreng skali ngan bawang putih dan pepperoni tadi, boleh tambah manis-manis sikit. Carbonara ni seusai makan time panas, sebab dia creamy..kalau dah sejuk, macam muak lak nanti.. Selamat mencuba! Betul tak aku kate sos Preggo over-rated? huhuhu... Akhir sekali mari kita layan gambar!~
One more thing, boleh je kalau korang taknak guna pepperoni atau daging, sebab sangat sedap jugak kalau letak salmon, udang, kupang, sotong..perghh!!! Macam creamy seafood pasta kat Dome wa cakap lu...

Grated parmesan, Tickened cream, Pepperoni
Chopper Tupperware yang memudahkan kerja cincang menyincang
Inilah hasilnya.Confirm!certified sedap,hahahaha