Thursday 25 July 2013

Menu simple berbuka puasa

Lelame aku rase blog aku ni doks ebok post resepi je pulak..oh no no no!hahahaha.
Apepun, resepi ni aku post atas permintaan beberapa orang..
aku yang tak reti masak ni pun leh buat dengan jayanye..rasenye pasni aku nak meniaga makanan lak la kot..wahahaha...
Ni adelah menu berbuka aku ngan Ajad semalam..sebab kitorang makan berdua je semalam,aku pun takdelah beria nak masak lelebih kan. Makan satu dua juadah je dah kenyang sampai ke sahur (amboiiii melampau)hahahaha..
Maka,check this menu out :

Yee Mee versi sizzling tak brape nak sizzling (for 2 pax)
- Yee Mee (2 gulung)
- Bawang putih 3-4 ulas (cincang)
- Halia (hiris nipis)
- Ayam potong cecomel
- Cendawan shitake (aku carik tak jumpe kat supermarket,so aku pakai je brown button mushroom)
- Kicap cair (dalam 2 sudu besar)
- Kicap Pekat (dalam 2 sudu besar)
- Sos tiram (dalam 2 sudu besar jugak)
- Air (dalam 2 cawan camtu)
- Lada hitam
- Garam
- Sawi
- Telor (jika perlu)
- Minyak bijan
- Tepong jagung
- Cili kering (potong 2-3)

Cara-caranya ye puan-puan
- Tumis bawang putih ngan halia.
- Masukkan ayam. Goreng sekejap.
- Masukkan air, sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Biarkan mendidih sekejap.
-Masukkan cendawan, lada hitam, cili kering dan perasakan dengan garam..
- Taruk sikit minyak bijan
- Bancuhkan tepong jagung ngan air dulu,kalau korang masukkan terus nanti jadik berketul-ketul lak.
- Dah bancuh tepong jagung, tuang dalam kuah, kacau sampai pekat..
- Last skali masukkan yee mee, sawi dan telor..Dalam 2-3 mins camtu, dah boleh hidang!

SENANG GILE KAN? aku ade tambah sket cili boh sebab nak bagi pedas sket,tapi sebenarnye lada hitam dah cukup dah kot,hahaha.. Inilah hasilnya!


Friday 7 June 2013

creamy carbonara 1st attempt


Salam Jumaat! hahaha...
Pepagi dah nak hapdet blog sebab mata ni bagai digam-gam..Mane taknye bangun-bangun nak gi keje je tengok kereta basah..Ntah pukul brape hujan aku pun tatau..OK, berhenti mengarut, sekarang ni aku nak berkongsi cara yang paling SONANGBAITU untuk menyediakan "Creamy Carbonara Pasta" atau biasenya aku sebut spaghetti carbonara je..Bende alah ni memang paling feveret dalam kumpulan pasta, dan aku adelah salah seorang penggemar pasta.Ingat kopi je ade coffee lover, ha ni pasta lover habaq mai,hahahaha..
Honestly, aku memang anti betul ngan sos pasta segera yang berlambak jual kat pasaraya tu. Over-rated habis, if you know what I meant - YES, SOS PREGGO! Serius menyampah! Tapi kalau korang ni pengguna sos preggo, lantak korang le, duit korang yang beli, tekak korang yang merasa, temolok korang yang melantaknye,hehehehe.. Sebab bile aku searched resepi creamy carbonara ni, memang majority pakai sos Preggo.Hello, ko pakai sos instant, lagi nak hapdet resepi? Hampir 7-8 blog aku selongkar, semua guna sos Preggo..Untung Preggo, tak memasal dapat up sales.
So, kali ni aku nak share resepi yang aku dapat dari hasil menyelongkar taste.com.. Cara yang sangat-sangat senang ganda 1000 kali senang! Takde alasannye nak kate leceh atau payah,sebab ini budak umur 7 tahun pun leh buat, huhuhuhu...
OK, mari lihat apekah bebenda yang diperlukan untuk buat carbonara ni..

Bahan-bahannya : (untuk setengah kotak pasta)
> Spaghetti, takpun fettuccine
> Thickened cream
> Minyak zaitun
> Bawang putih dalam 3-4 ulas (dicincang halus)
> Pepperoni atau payah sangat daging tu korang hiris nipis(kalau yang non-muslim boleh switch to panchetta)
> Parmesan cheese yang dah diparut
> Lada hitam
> Garam
> Parsley
> Telur ayam 3 butir

Cara menyediakannya (amboi macam chef lak aku,wakakakakaka) :
> Rebus spaghetti atau fettuccine, jangan lupe sesudu minyak zaitun supaya tak melekat
> Panaskan kuali, goreng pepperoni dengan minyak zaitun. Kalau takde minyak zaitun, ko bedallah minyak sawit pun takde hal.. Masukkan bawang putih yang dah dicincang tu.. Goreng jangan sampai bawang tu terhangit lak.
> Bila pepperoni dah digoreng, tutupkan api dan ketepikan.
> Kemudian, campurkan telur ayam, cream, parmesan cheese, lada hitam dan garam dalam sebuah mangkuk dan kacau-kacau mesra sampai sebati.
> Bila spaghetti dah siap direbus, toskan air rebusan tu..dalam periuk yang same, korang tuang bancuhan cream, telur, cheese semua tadi tu.
> Pastu masukkan lak pepeproni ngan bawang putih yang digoreng sebelum tadi tu ke dalam periuk.
> Dengan api kecik, gaulkan spaghetti dengan cream sauce tu sampai agak-agak pekat sket..
> Masukkan daun parsley... Last skali korang rase la cukup ke garam,cukup ke lada hitam tu..
> TADA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dah siap, boleh dihidang dan dimakan..

PS: Kalau korang nak tambah bawang besar pun boleh, bawang besar dadu halus, goreng skali ngan bawang putih dan pepperoni tadi, boleh tambah manis-manis sikit. Carbonara ni seusai makan time panas, sebab dia creamy..kalau dah sejuk, macam muak lak nanti.. Selamat mencuba! Betul tak aku kate sos Preggo over-rated? huhuhu... Akhir sekali mari kita layan gambar!~
One more thing, boleh je kalau korang taknak guna pepperoni atau daging, sebab sangat sedap jugak kalau letak salmon, udang, kupang, sotong..perghh!!! Macam creamy seafood pasta kat Dome wa cakap lu...

Grated parmesan, Tickened cream, Pepperoni
Chopper Tupperware yang memudahkan kerja cincang menyincang
Inilah hasilnya.Confirm!certified sedap,hahahaha



Wednesday 22 May 2013

Kembalinya menunaikan janji

Dalam seronok-seronok dan hiruk pikuk hidup aku ni, terselit satu kisah paling menyedihkan dalam hidup aku, dan mungkin beberapa orang ahli keluarga terdekat.. Minggu lepas tanggal 14 May 2013, kembalinya sepupu tersayang ke Rahmatullah.. Benarlah seperti dikata..janji kita dengan Yang Maha Esa tak pernah mengenal erti lewat walau sesaatpun..Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seremban selepas almost 4 tahun bergelut dengan kanser pangkal rahim, meninggalkan seorang suami dan seorang anak berusia 6 tahun.. Dan aku sangat-sangat merasakan kehilangannya, sampai sekarang masih rase nak SMS dia, masih nak MMS gambar Shakira..tapi takde cara untuk aku lakukan.. Untuk Arwah, tenanglah kamu di sana... Sebelum arwah pergi, aku sempat bisik "Orang sayang ko sampai bila2..." dan memang sampai bilepun dia akan aku kenang dan sayang...
Mati itu pasti, akhirat itu pasti..Aku akan menyusulmu, nantikan aku di sana...Semoga kita dapat bertemu dan melepas rindu.. Al-Fatihah!~
27 April 1975 - 14 May 2013


Mari memasak cara pemalas seperti aku

Sebenarnye dah lame dah try wat mende alah ni.. Tapi sebab ade orang mintak resepi, aku pun post la ala-ala professional gitu..hahahaha
Ini sebenarnye resepi chicken cordon bleu tapi kalau bebetulnye kene baked dalam oven.Rajin lak aku nak setting oven, so aku goreng je.
Bahan-bahannye : 
> Ayam (senang beli yang boneless)
> Chicken ham (aku taruk turkey ham)
> Telor
> Tepung gandum
> Swiss Cheese (aku tak ketemu ini cheese,so aku pakai mozarella je,hahaha)
> Bread crumbs
> Minyak untuk menggoreng
> Cungkil gigi (bukan untuk cungkil gigi korang)

Dan inilah cara-caranye:
> Memula aku ketuk ayam bagi leper sebab senang nak stuffed kan intinya nanti.
> Goreng turkey ham tu tak payah sampai garing, goreng sesedap rase pun hokeh je..
> Pastu taruk turkey ham tu kat atas ayam, atas ham tu taruklah cheese selagi korang rase muat.Jangan sampai nak gulung nanti takleh lak.
> Lepas dah taruk ham ngan cheese tu, gulunglah ayam tu, dan kasik taruk itu cungkil gigi supaya tak terburai lak isi perut ayam tu nanti..
REMINDER!!! korang jangan lupe lak remove cungkil gigi tu pas adh goreng,ade lak kes tercekik cungkil gigi kene gi klinik lak kang!
> Memula memang renyah keja nak menggulung ni..tapi pas-pastu ok dah...
> Sediakan telor (pukul itu telor), tepung gandum, dan breadcrumbs
> Maka bermulalah sesi celop mencelop.. memula celup kat tepung gandum dulu, then celop kat telor last skali golek golek mesra kat breadcrumbs, dah tu goreng la...
> Sila gunakan api perlahan kalau korang menggoreng sebab satgi yang luar dah hangit, ayam kat dalam dok mantah lagi.
> Dah siap goreng, cabutlah cungkil gigi tu...
> SIAP!! leh dimakan dengan sos blackpepper atau sos cendawan... Disebabkan aku maha pemalasssss, aku cicah ngan mayo dan sos cili je,hahahahaha...
Yang feelnya, bila tarik cheese tu jadik cam iklan Pizza Hut, pergh!!!!
Mozarella Cheese, Turkey Ham dan Boneless Chicken
Tooo dia dah siap..kalau tak sedap jangan salahkan aku,hahaha




Friday 3 May 2013

Masak campak-campak

Rasenye lama sangat dah aku tak memasak kat rumah..Ye la, pagi-pagi dah bangun gi keje, sampai rumah around 4.30pm camtu, terus focus on Shakira.. Jadik, semalam tetibe aku terajin sket nak masak lak..Lepas settled appointment Shakira kat Klinik Kesihatan Cheras, terus pegi Giant and beli barang-barang.. Disebabkan aku dah 3 minggu berhenti makan nasik, so aku decided nak masak pasta je..hehehe.
Sebelum ni pasta yang selalu aku masak cuma bolognese spaghetti je..tapi semalam aku cuba masak Aglio Olio.. Sangat simple to the max...dan tak perlu banyak bahan-bahan pun... sebab ni adelah rancangan masak-masak cincai, simple dan nak cepat siap so leh cepat makan!

Bahan-bahan: (untuk setengah kotak spaghetti)
> Bawang putih (dalam 5 ulas kasik cincang)
> Minyak zaitun
> Butter
> Lada hitam
> Parsley flakes
> Oregano (yang ni aku menambah sendiri je)
> Chilli flakes (kalau takde,gune cili kering potong kekecik pun boleh)
> Garam
> Udang, sotong, kupang (aku tambah beef pastrami)
> Opkos la kena ade spaghetti

OK, ni cara-cara nak sediakan Aglio Olio, hah tergeliat lidah memasing,hahaha..
> Rebus spaghetti cam biase, taruk sket minyak ngan garam supaya tak melekat
> OK, ketepikan spaghetti
> Dengan sedikit minyak zaitun, goreng pastrami dulu,kalau korang ade letak la..sebenarnye tak payah pun..
> Tepikan pastrami, guna minyak yang sama, taruk sikit butter, then masukkan bawang putih
> Tumis jangan sampai hangit lak. Masukkan udang ngan kupang ngan sotong..jangan goreng sampai over- cooked.
> Masuk air sikitttt je
> Pastu masukkan lada hitam, oregano (kalau nak), chilli flakes dan parsley.Kekdahnye beria aku carik fresh parsley tapi tak jumpe..So aku beli parsley flakes je..
> Perasakan dengan garam..
> Dah agak-agak ok, masukkan spaghetti, gaul rata..
> Dah siap!!!!! leh la tabur sikit parsley flakes untuk garnish,cheh poyo aku!hahaha

Maka,inilah hasilnya..Aku pun tatau lah sedap ke tak.Kalau aku tanye Ajad, manjang dia kate sedap..sebab kalau kate tak sedap, ade yang tarik muncung 14 inci,hahahaha..
Kat bawah ni ade gegambo yang might helps..Kalau memenda basic macam udang sotong bagai tu tak payah la aku nak upload gambo..sume orang pun tau rupe bentuknya,ehehehe..
Black pepper,oregano,parsley ngan chilli flakes
extra virgin olive oil
Ni spaghetti
Nilah dia hasilnye..

P/S: jangan kedekut bawang putih..adh namenye pun kalau translate adelah MINYAK & BAWANG PUTIH,ehehehe




Friday 19 April 2013

5months old

Shakira is 5 months old yesterday and I almost forgot it..Actually memang aku dah terlupa hampir separuh hari, what a shame.. a mother who forgot her baby's special moment. Development Shakira memang sangat-sangat cepat, nak siapkan dia pas mandi, nak salin diaper memang macam nak berperang.. Lasak sungguh! And aku dah mula campur solid food dalam susu dia sebab macam tak cukup-cukup je kalau bagi susu je. Although solid food patutnya mula bagi starts from 6 months tapi aku kesian tengok dia macam tak kenyang.. so aku tibai je la, hahahaha!!!
Now Shakira dah mula buat kecoh satu rumah.. takde istilah sunyi lagi, riuh dengan suara dia je, huhuhu..asal kitorang makan je dia wat muke kesian.., gile terer! hahahaha!!! Pastu merengek nak suruh suap dia same..Macamkan dah ade gigi,padahal...She's j
ust growing so fast dan buatkan aku sangat risau aku akan terlepas moment-moment yang penting dalam hidup dia. Ye la baru 5 bulan aku dah start terlupa, bayangkan bile dia dah umur 5 - tahun nanti, mau aku terlupa terus birthday dia,hahahahaha!!!
Anyway, selamat berusia 5 bulan dear Shakira Alisya.. Jadi lah anak yang sentiasa comel dan perfect dihati mama and abah.. You're a bright girl!! Mama and Abah love you so much, there are no words to describe this feeling.


Thursday 18 April 2013

Starbucks Mermaid

Aku memang fanatic kopi, well it's in the blood and veins sebab Abah adelah peminum kopi tegar, hari-hari mesti ade kopi kat rumah. So time break tadi pegi Starbucks sebab aku malas nak bancuh kopi o kat opis, boleh? Hahahaha..
Tetibe terfikir kenapa Starbucks gunakan gambar perempuan sebagai logo rasmi diorang..So, mintak bantuan Tuhan Google.. Inilah hasilnya :

Sumber dari http://wiki.answers.com/Q/Why_was_the_mermaid_used_as_the_Starbucks_logo

"It was the intention of the original Starbucks founders to use the mermaid/siren to represent the seduction of the sea going mariners. In continuing with the metaphor, they were simply replacing the sirens seductive songs with the their tasty irresistible berverages.
It is based off Moby Dick and the character Starbuck who was a sailor who loved coffee. And sirens were seductive to sailors they would jump out of boats once they heard the sirens' songs. So it basically means that it is irrestible."

Kalau nak versi lawak, ni dia :

"Ia adalah hasrat pengasas Starbucks asal menggunakan duyung / siren untuk mewakili godaan laut akan pelaut. Dalam meneruskan metafora, mereka hanya menggantikan siren lagu menggoda dengan minuman dilawan lazat mereka.
Ia berdasarkan dari Moby Dick dan Starbuck watak yang merupakan seorang pelayar yang suka kopi. Dan siren adalah menggoda untuk pelayar mereka akan melompat keluar dari bot apabila mereka mendengar lagu-lagu siren. Jadi pada dasarnya bermakna bahawa ia adalah sangat menarik." - google translate,hahahahaha

logo asal Starbucks





Tuesday 12 March 2013

yes I'm complaining

Entry kali ni memang aku rase ramai yang alami situasi yang sama, cuma antara amek peduli, rasa sakit hati, ataupun sentiasa berfikiran "KALAU TAK SUKA SILA KELUAR DARI MALAYSIA" which is so fucking typical and narrow-minded! Kebanyakan ataupun mungkin SEMUA pengguna jalanraya kat Malaysia ni memang mengalami situasi-situasi yang aku alami sejak bergelar pemegang lesen memandu sekaligus menjadi seorang pemandu di negara yang "paling aman damai patutnye kene bersyukur dengan nikmat yang diberi KATENYE!"
Maka, atas dasar kesedaran dan ketidakpuasan hati tahap gaban laut dengan sistem yang sedia ada di negara yang dicintai,berteraskan RUKUNEGARA dan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang ensem, bergaya, kacak, rupawan, suci, beriman, berdedikasi dan motto RAKYAT DIDAHULUKAN kekdahnye ni, izinkan aku senaraikan beberapa perkara yang aku rasekan tak sepatutnye berlaku dalam zaman yang serba canggih manggih, yang kononnye semua orang dah bertamadun dan hi-tech sangat ni kan..

1. Sistem perparitan yang paling haprit kat Malaysia ni. Connaught Highway dan jalan-jalan utama lain kat KL ni banjir teruk tiap kali hujan lebat. Highway boleh banjir ok..Thanks to PEMBANGUNAN TERANCANG bak kate First Lady kesayangan ramai, Rosmah Mansor.
2. Time jem macam neraka jahanam ni lah, ade je escort2 nak lalu,habih dihalaunye pengguna jalanraya yang lain suh ketepi pasal ade VVIP nak lalu, tatau lah dia tak tahan nak tercirit ke ape, asyik nak cepattttt manjang. Ini menyokong konsep RAKYAT DIDAHULUKAN sebab memang ape-ape kesulitan memang rakyat la menanggungnye dulu. Dan aku penah tak bagi si escort2 ni lalu, amboiiiiii dia ketuk bonet kete aku. Mana la aku tak panggil derang ni barua.
3. Jalan-jalanraya kat area rumah aku ni jugak semakin cantik dihias dengan bendera-bendera parti politik yang YOU KNOW WHAT and YOU KNOW WHO punye parti. Ape ke lahanatnye pasang kat pokok-pokok pakai masking tape.Benda tu berat kot, tak sampai setengah hari dah terkehel menyembah bumi, tak ke menyusahkan pengguna lalulintas? Dan sangatlah tak saujana mata aku ni memandangnye.
4. Pemandu teksi, lori dan bas yang suka suki tukar lane tapi kalau kite nak tukar lane, sampai kiamat la tak dapat...Aku kebetulan bekerja kat tetengah bandar, dan taxi drivers memang adelah asam garam aku time memandu. Amboiiiii kite hon dia, dia hon kite lik, siap maki aku bodoh la ape la..OK PAKCIK TEKSI, YOU ARE SO SMART AND THAT'S WHY YOU ARE WHO YOU ARE TODAY!
5. Golongan pemandu yang suka duduk lane kanan tapi bawak mngalahkan siput babi. Ini sangatlah menyakitkan hati aku sebab bile aku bagi high-beam haram deme heran...Silalah amek lane kiri kalau rase nak bawak slow.. You'll never know kalau orang yang dalam emergency atau dah lambat nak sampai opis macam aku ni ke...memang perlu speed up. PS: accidents is not 100% because of speeding ok..kalau yang lembab cam haram pun leh je accident..Yang penting adelah kecekapan memandu ye adik-adik sekelian.
6. Golongan yang pakai headlamp kaler putih menyala atau biru menyala. Ini sangatlah ANNOYING dan menyebabkan power silau aku bertambah. Diorang yang pasang lampu camni tak sedar ke derang buat mata pemandu kereta depan derang silau dan tak focus pada pemanduan? Kot ye minat lampu pun, ape kate korang praktikkan kat lampu rumah korang je.Takpun pasang lampu tu, berdiri bukak mata leluas depan lampu kete korang tu, tengok buta tak buta mata memasing.
7. Motorcyclists yang sangtlah tak toleransi.Yes I know, kalau driver kete mesti kata motorcyclists, kalau motorcyclists mesti kata pemandu kereta.Tapi pleaseeeeeeeeee lah, alert sket. Kereta ni ade blindspots,dan kami tak semestinya nampak korang yang malam-malam pakai baju gelap,lampu tak pasang dan bawak macam pelesit kota. Kalau kate korang ada ilmu kebal pun, sila jangan serah diri kat depan, tepi mahupun belakang kereta aku.Pi test kekebalan korang tu kat depan lori tanah ke, depan treler ke...
8. Jenis pemandu yang time hujan lebat tak pasang lampu untuk alert pemandu lain. Nak pulak yang kete kaler cecerah ni, ingat aku nampak ke korang?Pastu tuko lane tak bagi signal. Aku sangat-sangatlah benci golongan yang macam ni.Menyusahkan orang. Time hujan lebat silalah pasang headlamp, BUKAN pasang HAZARD! Bengong bengong bengong! Pastu tak bagi signal, ape guna signal kat kete korang tu? Wat hiasan ke atau nak tunggu kena pecah je, sebab bangang tak tau ape function signals?

YOU SEE, there are thousands of reason why I'm complaining tapi nak dimuatkan semua dalam ni, nanti ade lak GROUP KAT FB, KAMI BENCI ATIQAH ZAINAL.Ataupun LUCUT KEWARGANEGARAAN ATIQAH ZAINAL (ini kalau ade confirm dari Perkasa, hahahaha)..Tapi benda ni lah yang kita hadap hari-hari dan bila kite dah immune, kita jugak yang dapat sakit. Kerja dah penat, balik nak hadap semua benda ni..tak ke strok dibuatnye. Tensi AKAK hokeh!


Friday 1 March 2013

Aqiqah and Shakira went bald

Hai semua...,

Lame gile tak update blog ni, sampai rase macam nak biarkan terkubur camtu je bile difikirkan balik,hahahaha.. Aku memang bz gile dan susah nak dapatkan masa untuk blogging.
Cerita terbengkalai kali ni adelah Majlis Aqiqah Shakira on the 16th February aritu..Kitorang decided buat kat kampung je sebab sangat-sangat menjimatkan kos perbelanjaan..hehehehehe... Memula, aku nak wat tema pastel pink + pastel green..tapi malang sungguh, pastel green agak susah nak carik..So aku tukar pada kuning + purple.. Semangat aku beli halfmoon scarf untuk tema pink hijau, skali tak dapat pakai,hahahaha..Terperap je la kat rumah scarf tu..
dan on the next day, 17th February, Shakira dah selamat jadik Shakira O'Connor (Sinead O'Connor Jr.)hahahahaha.. Kesian menangis beria mase nak botakkan kepala dia tu..Tukang shave bagi botak adelah Mak Mertua aku,hahahaha... Bila tengok dia nangis beria tu, rase cam nak mintak mak mertua aku stop halfway..tapi, karang tak ke pelik bertobek tobek lak rambut dia..so terpaksa la teruskan sampai settle...
Sekarang, rambut dia dah start tumbuh balik..tajam-tajam je bile laga kat pipi gile geli,hahahaha..
Cepat tumbuh rambut ok Kira.. Till then, nanti bila ada masa, aku update pepanjang sket. Hahahahaha~~



Wednesday 6 February 2013

Kira dalam lensa kamera

Sejak preggie, memang aku nak wat maternity photoshoot, tapi tak sempat..dengan musim hujannye time-time hujung tahun tu kan.. So, aku decided nak wat photoshoot untuk Kiera saje..memandangkan aku pun dah tak berape rajin nak snap sendiri gambo, jadik mulalah mencarik sesiapa yang boleh shoot kami bertiga..Sejak Kiera lahir, rasenye macam takde gambo kami bertiga saje..hahahaha
Kebetulan ternampak junior sekolah aku kat MGS dulu ade hired sorang photographer ni untuk shoot baby dia..So aku pun terus tanye kat mamat photographer tu...deal deal deal,akhirnye Ahad lepas (3 Feb 2013), kitorang ada photoshoot untuk Kiera kat Taman Rekreasi Alam Damai..
Sebenarnye, aku memang tatau nak bawak ape untuk dijadikan props...So aku tibai je la ape yg nampak depan mata.., hahaha.. lagipun, rasenye nak gambar yang lebih focus on Kiera je kot, meaning,banyak dia je yang dalam gambo-gambo tu (memandai je la aku)..Nasib photographer (Syahmi) takde masalah nak carik mane Alam Damai ni,memandangkan dia dari Kuantan.. (haaaa keles ko Shakira, dari Kuantan dia datang nak shoot ko)hahahahaha!! Harga dia charge memang sangat berpatutan dan aku rase kitorang tak kekok nak posed, macam photoshoot aku lak kan cara citenye. Nak shoot baby memang aku rase agak susah,sebab dia bukannye boleh senyum dan ketawa setiap kali ko nak snap kan.. Jenuh la dok acan-acan Kiera suh dia senyum...Tapi, baby kalau tak senyum pun, hasilnya tetap comel. Dah namapun baby kan...
Time dia nangis pun kalau snap, nampak comelllll je..hihihihi!!~
Settle je photoshoot dalam lebih kurang 11.45am camtu, Kiera bantai tido sampailah dah lik rumah pun tak menguit sikitpun..Betul punye penat minah tu,hahahaha!!
Apepun, thanks pada Syahmi yang shoot gegambo kami bertiga aritu.. Sangat suka dan puas hati ngan hasilnya.. Oleh yang demikian, let's check ch-ch-ch-check it out, what wh-wh-wh-what it's all about!