Tuesday 12 March 2013

yes I'm complaining

Entry kali ni memang aku rase ramai yang alami situasi yang sama, cuma antara amek peduli, rasa sakit hati, ataupun sentiasa berfikiran "KALAU TAK SUKA SILA KELUAR DARI MALAYSIA" which is so fucking typical and narrow-minded! Kebanyakan ataupun mungkin SEMUA pengguna jalanraya kat Malaysia ni memang mengalami situasi-situasi yang aku alami sejak bergelar pemegang lesen memandu sekaligus menjadi seorang pemandu di negara yang "paling aman damai patutnye kene bersyukur dengan nikmat yang diberi KATENYE!"
Maka, atas dasar kesedaran dan ketidakpuasan hati tahap gaban laut dengan sistem yang sedia ada di negara yang dicintai,berteraskan RUKUNEGARA dan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang ensem, bergaya, kacak, rupawan, suci, beriman, berdedikasi dan motto RAKYAT DIDAHULUKAN kekdahnye ni, izinkan aku senaraikan beberapa perkara yang aku rasekan tak sepatutnye berlaku dalam zaman yang serba canggih manggih, yang kononnye semua orang dah bertamadun dan hi-tech sangat ni kan..

1. Sistem perparitan yang paling haprit kat Malaysia ni. Connaught Highway dan jalan-jalan utama lain kat KL ni banjir teruk tiap kali hujan lebat. Highway boleh banjir ok..Thanks to PEMBANGUNAN TERANCANG bak kate First Lady kesayangan ramai, Rosmah Mansor.
2. Time jem macam neraka jahanam ni lah, ade je escort2 nak lalu,habih dihalaunye pengguna jalanraya yang lain suh ketepi pasal ade VVIP nak lalu, tatau lah dia tak tahan nak tercirit ke ape, asyik nak cepattttt manjang. Ini menyokong konsep RAKYAT DIDAHULUKAN sebab memang ape-ape kesulitan memang rakyat la menanggungnye dulu. Dan aku penah tak bagi si escort2 ni lalu, amboiiiiii dia ketuk bonet kete aku. Mana la aku tak panggil derang ni barua.
3. Jalan-jalanraya kat area rumah aku ni jugak semakin cantik dihias dengan bendera-bendera parti politik yang YOU KNOW WHAT and YOU KNOW WHO punye parti. Ape ke lahanatnye pasang kat pokok-pokok pakai masking tape.Benda tu berat kot, tak sampai setengah hari dah terkehel menyembah bumi, tak ke menyusahkan pengguna lalulintas? Dan sangatlah tak saujana mata aku ni memandangnye.
4. Pemandu teksi, lori dan bas yang suka suki tukar lane tapi kalau kite nak tukar lane, sampai kiamat la tak dapat...Aku kebetulan bekerja kat tetengah bandar, dan taxi drivers memang adelah asam garam aku time memandu. Amboiiiii kite hon dia, dia hon kite lik, siap maki aku bodoh la ape la..OK PAKCIK TEKSI, YOU ARE SO SMART AND THAT'S WHY YOU ARE WHO YOU ARE TODAY!
5. Golongan pemandu yang suka duduk lane kanan tapi bawak mngalahkan siput babi. Ini sangatlah menyakitkan hati aku sebab bile aku bagi high-beam haram deme heran...Silalah amek lane kiri kalau rase nak bawak slow.. You'll never know kalau orang yang dalam emergency atau dah lambat nak sampai opis macam aku ni ke...memang perlu speed up. PS: accidents is not 100% because of speeding ok..kalau yang lembab cam haram pun leh je accident..Yang penting adelah kecekapan memandu ye adik-adik sekelian.
6. Golongan yang pakai headlamp kaler putih menyala atau biru menyala. Ini sangatlah ANNOYING dan menyebabkan power silau aku bertambah. Diorang yang pasang lampu camni tak sedar ke derang buat mata pemandu kereta depan derang silau dan tak focus pada pemanduan? Kot ye minat lampu pun, ape kate korang praktikkan kat lampu rumah korang je.Takpun pasang lampu tu, berdiri bukak mata leluas depan lampu kete korang tu, tengok buta tak buta mata memasing.
7. Motorcyclists yang sangtlah tak toleransi.Yes I know, kalau driver kete mesti kata motorcyclists, kalau motorcyclists mesti kata pemandu kereta.Tapi pleaseeeeeeeeee lah, alert sket. Kereta ni ade blindspots,dan kami tak semestinya nampak korang yang malam-malam pakai baju gelap,lampu tak pasang dan bawak macam pelesit kota. Kalau kate korang ada ilmu kebal pun, sila jangan serah diri kat depan, tepi mahupun belakang kereta aku.Pi test kekebalan korang tu kat depan lori tanah ke, depan treler ke...
8. Jenis pemandu yang time hujan lebat tak pasang lampu untuk alert pemandu lain. Nak pulak yang kete kaler cecerah ni, ingat aku nampak ke korang?Pastu tuko lane tak bagi signal. Aku sangat-sangatlah benci golongan yang macam ni.Menyusahkan orang. Time hujan lebat silalah pasang headlamp, BUKAN pasang HAZARD! Bengong bengong bengong! Pastu tak bagi signal, ape guna signal kat kete korang tu? Wat hiasan ke atau nak tunggu kena pecah je, sebab bangang tak tau ape function signals?

YOU SEE, there are thousands of reason why I'm complaining tapi nak dimuatkan semua dalam ni, nanti ade lak GROUP KAT FB, KAMI BENCI ATIQAH ZAINAL.Ataupun LUCUT KEWARGANEGARAAN ATIQAH ZAINAL (ini kalau ade confirm dari Perkasa, hahahaha)..Tapi benda ni lah yang kita hadap hari-hari dan bila kite dah immune, kita jugak yang dapat sakit. Kerja dah penat, balik nak hadap semua benda ni..tak ke strok dibuatnye. Tensi AKAK hokeh!


Friday 1 March 2013

Aqiqah and Shakira went bald

Hai semua...,

Lame gile tak update blog ni, sampai rase macam nak biarkan terkubur camtu je bile difikirkan balik,hahahaha.. Aku memang bz gile dan susah nak dapatkan masa untuk blogging.
Cerita terbengkalai kali ni adelah Majlis Aqiqah Shakira on the 16th February aritu..Kitorang decided buat kat kampung je sebab sangat-sangat menjimatkan kos perbelanjaan..hehehehehe... Memula, aku nak wat tema pastel pink + pastel green..tapi malang sungguh, pastel green agak susah nak carik..So aku tukar pada kuning + purple.. Semangat aku beli halfmoon scarf untuk tema pink hijau, skali tak dapat pakai,hahahaha..Terperap je la kat rumah scarf tu..
dan on the next day, 17th February, Shakira dah selamat jadik Shakira O'Connor (Sinead O'Connor Jr.)hahahahaha.. Kesian menangis beria mase nak botakkan kepala dia tu..Tukang shave bagi botak adelah Mak Mertua aku,hahahaha... Bila tengok dia nangis beria tu, rase cam nak mintak mak mertua aku stop halfway..tapi, karang tak ke pelik bertobek tobek lak rambut dia..so terpaksa la teruskan sampai settle...
Sekarang, rambut dia dah start tumbuh balik..tajam-tajam je bile laga kat pipi gile geli,hahahaha..
Cepat tumbuh rambut ok Kira.. Till then, nanti bila ada masa, aku update pepanjang sket. Hahahahaha~~