Wednesday 14 September 2011

memori RUMAH HIJAU ep. 1

Walaupun aku da masuk kategori SENJA NAN MERAH macam lagu Ziana Zain ngan Awie tu kan, tapi opkos lah kenang masa zaman kanak-kanak riang ria susah nak tinggalkan. Dan pasti semua pun macam tu jugak, rite? Tapi mungkin zaman aku tu tak semeriah zaman orang lain, sebab aku ni jatuh dalam kategori budak sunyi yang tidak suka bersosial dengan kanak-kanak seusianya. Bersosial maksudnya bukanlah gi lepak tak tentu arah kat Berjaya Times Square ataupun Pavilion macam bebudak sekarang ni. Maksud aku bersosial, jalan-jalan keliling kampung, mandi sungai pas balik mengaji gitu.. Sebabnya sungai yang ada belakang rumah kitorang dulu, hanyalah Sungai Hulu Kelang, yang dah jadik MRR2 ke Zoo Negara skarang ni..Kelas kan, dulu kat Highway tu la rumah kitorang semua..hehe.
Zaman tu dalam lingkungan hujung 80s ke awal 90s cenggitu, aku masih boleh ingat orang kampung (time tu nama tempat tu Kg. Selamat) panggil aku BUDAK TAK JEJAK TANAH. Agak cool jugak nama tu,hehe. Kg. Selamat ni memang kampung penempatan setinggan stail macam cite SETINGGAN tu jugaklah, jenis bekalan air pun kena gilir-gilir ikut time. Time tu, memang kitorang satu family dok area dekat-dekat. Aku ngan parents aku serumah ngan atok ngan opah. Makcik aku satu family jalan sket je kat blakang tu. Rumah makcik aku dekat sket ngan Rumah Bakti Hulu Kelang.  Opah aku memang takde sape panggil opah, dari anak-anak ke cucu-cucu semua panggil MAK. MAK pernah cite ada jiran-jiran time setinggan dulu berebut air sampai berparang-parang (dia pon join sekaki gamaknye).
Time tu, walaupun makcik aku satu family dok rumah asing, tapi aktiviti harian dia anak beranak memang berlekak je kat rumah Mak ngan atok. Rumah tu kitorang panggil RUMAH HIJAU. Memang best dok rumah tu, walaupun bile hujan lebat, banjirnya ada yang sampai cecah separuh rumah. Itupun rumah hijau tu agak tinggi tangganya dari tanah. Keliling rumah tu paling best, memang penuh pokok. Arwah atok memang hobi suka bercucuk tanam. Time tu arwah atok Bendahari Masjid Hulu Kelang, Imamnya Ustaz Hassan, merangkap bapak kepada Jalaluddin Hassan dan Musa Hassan.Atok memang takleh dok diam, ketuk ketik ketuk ketik je kejenya. Maklumlah, pencen PELEM NEGARA bak kata mak. Keliling rumah tu penuh pokok, ada pokok pinang, pokok puding, pokok mangga, pokok nanas, tembikai, perghhh memang banyak la.. Dan yang paling EPIC ialah pokok KACANG KELO..Korang tau kacang kelo?Ada orang panggil kacang Munggai, buat masak lemak takpun kari, memang menjilat sampai ke siku kanan dan kiri la dia punya sedap.
Lepas makan mengadap TV la memasing. Kat rumah tu ada TV Singer yang ada pintu tu.., kalau sekarang ramai yang dah convert TV tu jadik aquarium. Tapi selalunya aku memang takde chance la nak tengok TV, sebab sepupu-sepupu aku semuanya beza umur agak jauh, jadik derang da hijack dulu. Aku cuma jadik mangsa suruh tukar channel je, maklumlah, mane ade remote control lagi time tu Jah oii..
sumber dari Pak Google
Bye bye for now~ (sambung episod 2 pulak OK)

Sunday 11 September 2011

people are strange

Nothing much tapi aku sudah berjaya jumpa lagu yang dicarik carik sejak beberapa hari ni. Sumpah asyik carik The Clash.., akhirnya adalah lagu The Doors! Wakakaka!!! Google knows everything, memang cilake, akhirnya inilah lagu yang didambakan, woohoo!!!!!

People are strange When you're a stranger
Faces look ugly When you're alone

Women seem wicked when you're unwanted
Streets are uneven when you're down

When you're strange faces come out in the rain

When you're strange no one remembers your name

when you're strange when you're strangewhen you're strange 

All right yeah





Friday 9 September 2011

I'm officially 27

3 hari dah berlalu, dan dah 3 hari aku melangkah, menjejakkan dua belah kaki aku ni ke dalam CLUB 27. Tua da woi!!!! Ehemm, kedengaran tak best la pulak tua kan.., harus diganti dengan sudah dewasa.Ehehehe... Tarikh   6 September 1984, jam 11.45pm aku telah selamat melihat mukabumi ini (ayat puitis sket).. No wonder la aku gelap, pasal aku lahir tengah malam,ehehehe... Thanks pada yang wished kat FB, yeap aku tahu ramai yang tahu sebab ada notification birthday,haha!! Kalau tak, berapa kerat je la yang sudi wished kan.. It's ok, thanks a lot..
Malam tu, dinner treat oleh Ajad kat BUBBA GUMP SHRIMP, Sunway Pyramid. Dua-dua macam peghak dan jakun semacam sebab tak pernah masuk restoran tu.. Rupanya ia diadaptasi dari movie FORREST GUMP, filem lakonan Tom Hanks tu la. Harga makanan dia memang la agak ermm...MAHAL tapi sangatlah puas hati. SEDAP ok! Mulut aku confirm bau udang. Thanks to u, Ajad for the treat.. I suke, suke, suke... 
Tapi yang tak bestnya, diserang demam panas pulak malam tu. Sakit teruk on the day itself, memang buat aku rase down sangat..Nasib baik masa dinner treat tu, mulut masih ada deria rasa, sebab skarang ni semuapun dah jadik tak sedap..Payau je rasenye. Sampai sekarang still terbaring dalam bilik tak masuk opis.. (actually, YAY!! tak payah pergi keje~). Doktor kat Klinik TC tu kate demam sangatlah tinggi, no wonder la aku nak berjalan pun ketaq kepala lutut ni cheq oi...
Apepun, I'm getting better, cuma masih sedikit demam dan selemo non stop - hidung da bengkak macam jambu air ok.. Sape-sape nak merasa cendol, meh datang sini. Hehe.. By the way, birthday tahun ni aku telah diproposed oleh mak aku sendiri,haha.. Bangun tido tetibe ada beg Habib Jewels atas katil, kerlessss kan Jah!! Siap ada resit, ehemm, rega tak perlu dimentioned ye dak? Mama bagi surprise cincin berlian uolls..Haha, ingat Rosmah je ada cincin berlian? Bwek!!!
Ok, cukup entry peribadi. Masa untuk makan ubat dan sambung tido..That's what I've been doing these 3 days at home. Weehoo!!!~ Jangan lupa esok ada EPL..bersedia tukar player fantasy anda,hehe..
ok yang ni sedap

yang ni lagi sedap

hehe.., gedik kan aku

rupagaya sebelum demam teruk

Ajad dengan skinny jeansnya,auww mantap montot

Kak Mah, I pun ada cincin berlian ok
Bye Bye for now~

Monday 5 September 2011

pathetic LILO

LILO, I think it's better for you to look into the mirror and realise that you're so, so, so, so a FUGLY BIMBO. Just found out about this today and I really think you need counselling, or please find a psychiatrist to solve you mental disorder problem. Yes you are an attention seeker, and yes, you are pathetic.
The pictures shown below is two images of LILO, one is before the surgery, and another is after the surgery. Seriously MAKCIK TUA WANNABE, and fius otak kau da terbakar. Surgery yang paling gagal should I say..
I feel sorry for you AHSOH, you're rich but totally stupid to the max takleh nak nafikan lagi. I prefer ur freckles face rather than ur latest MAKCIK TUA face. 
Ni BAMBI bukan BIMBO

Freckles LILO
LILO and STITCH, or should I say, STITCH only?

Bye bye for now~

Happy Birthday Farrokh Bulsara, the legend in our heart

Back in 1946, 5th of September, a brilliant and gifted musician, singer and song writer was born, carried a name of Farrokh Bulsara A.K.A FREDDIE MERCURY - lead vocalist of the band "QUEEN". Memang band zaman mak-mak dan bapak-bapak kite kan.. But, his songs are still close to our heart, as I'm still listening to "RADIO GAGA, I WANT TO BREAK FREE (sapa-sapa tatau lagu ni memang rugi hidup wey), ANOTHER ONE BITES THE DUST, WE ARE THE CHAMPION, WE WILL ROCK YOU, SOMEBODY TO LOVE, BOHEMIAN RHAPSODY, DON'T STOP ME NOW, KILLER QUEEN, LOVE OF MY LIFE, UNDER PRESSURE (yang telah dicedok oleh Vanilla Ice), MUSTAFA IBRAHIM, SCANDAL, CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE, etc. etc." Main piano sambil berdiri ok, gile hebat, cool dan sexy,hehehe...
FM is still a great performer for me and this entry is a special tribute for him, as his birthday is just A DAY away from me.. Aku terpromosi secara tak sengaja,haha.. He passed away in 24 Nov 1991, a day after he publicly announced he was suffering from AIDS - which was, and, still, a big lost to the world, even GOOGLE today pays tribute to him (go check their interface today). Jadik, mode music for me today will be QUEEN's songs.. terabur sangat English aku kan..
P.S. Orang di bawah zodiac VIRGO memang adalah bijaksana ok.
Freddie Mercury 5/9/46 - 24/11/91 (courtesy from Google)
Bye Bye for now~

Sunday 4 September 2011

Berdosa sangat aku hari ni

Alrite, I call this as super takde idea tapi masih mahu mengarang. (watdehel!). First of all, this is not my first entry as before this memang sudah ada satu blog yang dah berkubur camtu je. Please blame me for being so jakun, sebab delete semua gambo dalam google+ yang rupa rupanye adelah gambo2 dalam blogku. Jadi, blog tu da tak dapat diselamatkan sebab yang tinggal hanyalah penulisan tanpa imaji.
Let's REstart with mengarut merapik meraban tentang aktiviti sepanjang cuti Aidilfitri. Raya kali ni, aku banyak habiskan masa dengan bergulung kalah tenggiling atas katil. Yes, I'm the super malas punye version of anak dara. Dok rumah dan tapau tido separuh mati dan online sebaik saja bukak mata. Facebook has become boring and more boring from time to time, percayalah. Tapi tu jugak yang dibukaknye sebab da takde menda nak buat kan. Nak update player fantasy football, minggu ni takde game BPL, so have to hold until end of next week. Yes, aku peminat bola sepak.
Hari ni, Ajad balik dari kampung (YAY!LOMPAT BINTANG) and we went to The Curve, Damansara. Watched Final Destination 5 tanpa 3D dan ke akhirnya aku rase sangat bernasib baik tak menonton dalam 3D version. You know why? Dari rate 10, rasenye aku leh bagi rate 4 je kot. Totally bosan nak mati, predictable, well, it's FD number 5 for god's sake..,and mati katak macam FD-FD yang sebelum ni. Jalan cerita yang sangatlah senang nak jangka. Dikumpulkan kesemua filem FD, still aku rasa FD2 adalah hasil terbest. Perasaan terganggu bukan sebab scene-scene dalam movie, tapi mata ni automatically asyik terpandang couple seat hujung skali, which was just next to us, dok syok wat movie sendiri dalam cinema. BRAVO TO MELAYU BERTUDUNG.

Cite pasal minah tudung ni, aku bukan nak cop melayu bertudung ni semua sama, this might sounds judgemental, but hey, sape dapat sangkal, imej bertudung adalah more to fashion sekarang? Most of perempuan melayu skarang are so HANA TAJIMA wannabe. TAJIMA apenye, TAJI MENAJI? I'm one of Hana Tajima punya peminat, even tho aku tak bertudung or geng scarf terlilit belit should I say. But to see tonnes of her wannabes, seriously meluat dan sesak otak. You are so obses and wanna be like her so much, tapi sumpah tak jadi. Kiri kanan depan belakang penuh ngan scarf lilit lilit ok. Phenomenal and I'm sick of it. Too much! Hanging out with Ajad tadi memang fully loaded of dosa mengutuk orang lalu lalang. Mana nak tahan dengan geng gedik amek gambo beria padahal background ntah ape ape, dengan the jinjangs sebok bergambo background bunga taik ayam keliling air pancut kat The Streetnya, dengan geng beg silangnya, tambah lak yang jenis tak kenal siang malam dok pakai spek Rayban Downtown, dan of course, geng perempuan Hana Tajima wannabes. Adakah aku yang tak up to date, atau diorang ni yang dah jadik mangsa fesyen? Kengkadang aku sendiri confused. Shud I be in that group, or shud I stay and be myself, and just don't bother about them? Tapi cemane untuk aku tak amek kisah? Dah memang menyakitkan mata aku, terpaksalah aku kutuk jugak. Memang berdosa kan aku?


Nasib baik ada kerusi urut ni, hilang sket stress kami =)
Bye bye for now~