Wednesday 24 October 2012

I'm a FAT pregger

Haliuuu!!!~
I'm 36 weeks pregnant now and got few more weeks to count. *ERK!*
Ini adalah pengalaman pertama aku dan opkos la sangat neves cam nak gile,tapi pada mase yang same eksaited tak tertahan tahan,hahaha!!
Sejak mula tahu aku pregnant (that was like.... ermmmm 8 months ago), aku dah gained more than 12kilos dari berat asal aku.. TWELVE freaking KILOS ok adik adik sekelian!!!Berat asal aku sebelum pregnant adalah lebih kurang 56kg dan semalam pegi timbang, WALLLLAAAA!!!! dah 68.5kg. Ini adalah rekod paling berat,paling gemok,paling dahsyat disaster habis-habisan dalam hidup aku, BUT (a big but there,hehehe), it's all because of I'm carrying a baby inside me. (alasan paling munasabah untuk elak dari dikate gemok,sekian!) Dan aku masih boleh jalan lebih lenggok dari Rosmah,hehehe!!~
Disebabkan kegemokkan aku ni lah, tak banyak gambo time aku pregnant,haha.. Selera makan tak payahlah cite..Tiap kali aku lapor je, alasan BABY YANG NAK MAKAN... Sampai Ajad pun dah tau ape alasan aku nak bagi kat dia tiapkali aku mention "LAPAR",hehehe... And everytime aku bising kate aku dah gemok, dia keep on kate "Takpe...nanti u leh kurus lik...", "Nak makan,makan je..nanti perot masuk angin susah...", "Pas bersalin kita work out sesame" and "U tak gemok laaaa..ni semua sebab ada baby".. Thanks di atas sokongan yang sangat MEMBINA itu! hahaha!!! I eat like nobody's business, pastu sebok tengok baju ngan jeans kat dalam bilik yang dah tak muat nak pakai sambil berharap akan muat semula SATU MASA NANTI..
Semalam berat baby dah almost 2.5kg dan berada dalam keadaan yang sihat dengan jayanye. Cuma doktor kata waterbag aku ade terlebih sikit, so next week aku kena jugak minum AIR GULA yang sangat tak sedap tu..Aku fikir dah dekat nak deliver ni dapatlah aku escape terus minum air gula..Skali kena jugak, CHITT!!! Sebab doktor kate excessive water adalah petanda DIABETIS. Hopefully NOT! So dengan positive secara sendirinya aku berfikir berat aku ni kalau ditolak ngan berat Baby,berat Air, dan berat Uri, takde la gemok mane kan?wakakakaka!!!~ (taknak jugak ngaku memang dah gemok)
Whatever it is, lepas deliver memang aku kena work out like HELL sebab berkodi-kodi, berkoyan-koyan baju ngan suor yang aku kena muatkan semula, tu belum tambah dengan segala keinginan aku nak menyopping lagi.. Ajad sila jangan pening tengok stok baju I okeh, hehehe... Keinginan shopping selama 9 bulan yang tertangguh memang hal yang takleh wat main-main..,hihihi~Oleh yang demikian, to all preggers MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERAZAM UNTUK KURUS SELEPAS BERSALIN, HIYARGH!!!!!!

Baju yang sama,saiz perot yang berlainan,hahaha