Wednesday 14 September 2011

memori RUMAH HIJAU ep. 1

Walaupun aku da masuk kategori SENJA NAN MERAH macam lagu Ziana Zain ngan Awie tu kan, tapi opkos lah kenang masa zaman kanak-kanak riang ria susah nak tinggalkan. Dan pasti semua pun macam tu jugak, rite? Tapi mungkin zaman aku tu tak semeriah zaman orang lain, sebab aku ni jatuh dalam kategori budak sunyi yang tidak suka bersosial dengan kanak-kanak seusianya. Bersosial maksudnya bukanlah gi lepak tak tentu arah kat Berjaya Times Square ataupun Pavilion macam bebudak sekarang ni. Maksud aku bersosial, jalan-jalan keliling kampung, mandi sungai pas balik mengaji gitu.. Sebabnya sungai yang ada belakang rumah kitorang dulu, hanyalah Sungai Hulu Kelang, yang dah jadik MRR2 ke Zoo Negara skarang ni..Kelas kan, dulu kat Highway tu la rumah kitorang semua..hehe.
Zaman tu dalam lingkungan hujung 80s ke awal 90s cenggitu, aku masih boleh ingat orang kampung (time tu nama tempat tu Kg. Selamat) panggil aku BUDAK TAK JEJAK TANAH. Agak cool jugak nama tu,hehe. Kg. Selamat ni memang kampung penempatan setinggan stail macam cite SETINGGAN tu jugaklah, jenis bekalan air pun kena gilir-gilir ikut time. Time tu, memang kitorang satu family dok area dekat-dekat. Aku ngan parents aku serumah ngan atok ngan opah. Makcik aku satu family jalan sket je kat blakang tu. Rumah makcik aku dekat sket ngan Rumah Bakti Hulu Kelang.  Opah aku memang takde sape panggil opah, dari anak-anak ke cucu-cucu semua panggil MAK. MAK pernah cite ada jiran-jiran time setinggan dulu berebut air sampai berparang-parang (dia pon join sekaki gamaknye).
Time tu, walaupun makcik aku satu family dok rumah asing, tapi aktiviti harian dia anak beranak memang berlekak je kat rumah Mak ngan atok. Rumah tu kitorang panggil RUMAH HIJAU. Memang best dok rumah tu, walaupun bile hujan lebat, banjirnya ada yang sampai cecah separuh rumah. Itupun rumah hijau tu agak tinggi tangganya dari tanah. Keliling rumah tu paling best, memang penuh pokok. Arwah atok memang hobi suka bercucuk tanam. Time tu arwah atok Bendahari Masjid Hulu Kelang, Imamnya Ustaz Hassan, merangkap bapak kepada Jalaluddin Hassan dan Musa Hassan.Atok memang takleh dok diam, ketuk ketik ketuk ketik je kejenya. Maklumlah, pencen PELEM NEGARA bak kata mak. Keliling rumah tu penuh pokok, ada pokok pinang, pokok puding, pokok mangga, pokok nanas, tembikai, perghhh memang banyak la.. Dan yang paling EPIC ialah pokok KACANG KELO..Korang tau kacang kelo?Ada orang panggil kacang Munggai, buat masak lemak takpun kari, memang menjilat sampai ke siku kanan dan kiri la dia punya sedap.
Lepas makan mengadap TV la memasing. Kat rumah tu ada TV Singer yang ada pintu tu.., kalau sekarang ramai yang dah convert TV tu jadik aquarium. Tapi selalunya aku memang takde chance la nak tengok TV, sebab sepupu-sepupu aku semuanya beza umur agak jauh, jadik derang da hijack dulu. Aku cuma jadik mangsa suruh tukar channel je, maklumlah, mane ade remote control lagi time tu Jah oii..
sumber dari Pak Google
Bye bye for now~ (sambung episod 2 pulak OK)

1 comment: