Thursday 29 November 2012

Berpantang dan kisah si LITSWDku..

Masuk hari ni, dah DOBLAS hari aku berpantang dan tinggal 32 hari lagi untuk aku tempuh menjadi seorang yang busuk bangau, bersanggul Mak Bedah, berkain batik sopan santun, jalan terkepit-kepit, minum air akar kayu yang pergh!! sangatlah SEDAP, dan merenung kereta yang cantik bergaya kat depan rumah ni hah! So far, memang sangatlah mencabarnye keobsesian aku terhadap segala aktiviti luar rumah aku selama ni.. Memanglah orang kate jangan dok countdown tempoh berpantang ni..tapi aku memang tak tertahan nak mengountdown, hahaha.. So far, rutin harian aku, bangun pagi, siapkan mandian Shakira, mandikan dia, siap-siapkan dia, sambil tu rebus air akar kayu,breakfast sket, aku lak siap sedia mandi, bertunku, berparam pilis segala, then bermulalah aksi yang paling mencabar iaitu memakai bengkung.. Bengkung yang aku pakai ni stok lilit tocang kat perut punye..Dan tiap pagi lah Ajad jadik pelilit sebelum dia siap-siap gi opis..Tapi ada gak yang aku ngelat tak pakai bengkung tu, aku pakai korset time aku kawen dulu je,hahaha!! Setakat ni, aku still lom timbang lagi berapa berat badan aku sekarang..berbanding sebelum bersalin ni aku dah nak sampai 70kg ye adik-adik sekelian.. Jadik, nak dapatkan lik berat badan lama memang masih di awangan lagi, tapi aku tetap berusaha. Satu lagi rutin wajib aku ngan Ajad sejak ada Shakira ni ialah, berjaga tiap malam ke pagi sebab time-time tu la dia kerap bangun nak menyusu, nak berak, dan pastu susah nak tido lik.. Kekadang aku sua botol, sedar-sedar puting botol tu dah ade kat pipi dia,kesiannnnnlah kat Shakira mamanye terlena,huhuhu..!!~
Stress memang stress sebab kekdahnye aku dan Ajad banyak kene memandai sendiri.. Aku dah le takde pengalaman nak handle baby baru lahir ni..Sebab aku ni anak tunggal..So kitorang berdua buat-buat bijok je la...Sama-samalah menimba pengalaman..
Dikala perintah berkurung ni jugaklah, aku dah mula ternampak-nampak lambaian The Curve, IKEA, The Street dan Sunway Pyramid(yea, aku memang muka shopping complex).. Kemahen lagi derang melambai kat aku..Sabo je la kan..Kalau tak pikir effectnya di kendian hari, ntah-ntah kereta aku pun dah takde kat parking ni lagi dah,hahahaha!!~Lagipun orang kate bersalin anak sulung ni la yang kena jaga.. Aku pun memang nak jaga sebab banyak sungguh baju ngan suor yang aku kena muatkan lik..hohoho!! 
Alkisah Lucy In The Sky With Diamonds aku pulak (LITSWD), dah nampak progress dia dari hari 1st dia lahir.. OK, lahir-lahir je Kiera dah ada airmata, which is kinda weird to me, sebab selalunya babies perlukan masa untuk develop airmata.. Orang yang nengok pun pelik. Kiera dah mula tersengih sengih dari hari 1st lagi, dan tali pusatnye pun dah selamat gugur pada hari ke-5 dia dilahirkan.. Kata orang, kalau gugur awal tu, maksudnya tak degil..(kata orang dedulu laaaa).. Si Kiera ni jugak sangatlah penggeli. Jenis tak reti tunggu kejap bile dah berry-berry..So, kalau kate kol 2pagi dia berry, kol 2pagi la jugak dia akan start engine suh aku bangun tukar diaper dia.., boleh? Haiiii macam-macam hal, baru je brape hari..Tak menyabo nak tunggu dia membesar, sekarang pun dah start rasa kepadatan isinya..lenguh dah tangan bile pegang dia lelame.. Membesar dengan sihat okeh Sayang.. Nanti Mama ngan Abah bawak gi jenjalan shopping.. Kita gi beli stroller yang tak sempat nak beli tu hokeh..,hehehe..
OKlah, lain kali aku sambung lagi bila ada kelapangan.. Bye Bye!!~ =)

No comments:

Post a Comment