Thursday 22 November 2012

Lucy In The Sky With Diamonds

Hidup ini indah bila ada pelengkap dalam suatu perhubungan berkeluarga, and itu yang aku dan Ajad baru tempuhi few days ago.. Aku dah selamat melahirkan seorang BAYI PEREMPUAN yang sihat dan comel, hehehe.. (Opkos akan kata anak sendiri comel ok).. Ikutkan due date, sepatutnya aku bersalin 25.11.12, tapi disebabkan Ajad tak menyempat nak ada anak (hahaha), so sepanjang 17.11 tu dok keep on pujuk "KELUARLAH BABY...KELUARLAH BABY..".. Sekali hamek ko, petang 17hb tu Aku, Ajad, Mama and Abah pegi Rawang untuk tukar tayar dan spotrim kete, dan mase tu macam dah kerap rasa perut ni menegang, so aku anggap it was just braxton hicks. Malam tu, kat rumah tengah tengok match Liverpool vs. Wigan, contraction makin kerap, tapi aku relax lagi sebab kengkononnya dah kompiden akan ikut due date. Skali pegi toilet tengok dah ade blood spots. SUMPAH aku termenung masa tu. Pastu panggil Ajad, bitau dia dan muka dia masa tu.... hahahaha, kalau dapat rakam memang hari-hari aku replay. Ajad tanye nak gi hospital ke tak, sebab doktor memang ade pesan,once ade blood spots atau leakage je, terus gi sepital.. Aku buat-buat cool kate "takpe, tak payah, I nak naik atas rehat la..." So aku pun terus naik rehat, terus terbantut tengok bola,hahaha..
Dalam nak rehat tu, contraction yang relax relax dah bertukar jadik contraction sebenar.. Sakit-sakit dah datang, memula sejam sekali, tukar jadik setengah jam sekali, last skali dalam kol 7 pagi tu dah start 10 minit sekali... Kalau dalam buku Diari Hamil yang aku baca tu, katenye bila ade blood spots, dalam 2-3 hari tu bersalin lah.. Aku pun relax lagi. Bila mama dapat tau je, ape lagi, memekik la orang tua tu, hahaha... Dia bising kate aku leh relax lagi..terus paksa aku pergi bersiap gi hospital. So aku pun gerak la Ajad bangun, pegi Hospital Putrajaya. Sampai kat sane, terus derang suruh masuk bilik nak check.. Bermulalah upacara wajib seluk menyeluk saku, hahaha... Check-check, dah bukak 3cm kate doktor tu... Oh Tuhan!!! Dah nak bersalin rupanye aku...
Sepanjang baring dalam bilik tu, macam-macam yang aku dengar.. Dan mostly adalah JERITAN BATINKU yang memang sungguh NGERI, DRAMATIK, NGILU, dan opkos MENAKUTKANNN!!! Tapi aku awal-awal lagi mama dah warning, jangan sesekali menjerit, walau sakit cemane pun.. Dari kol 10 pagi sampai lah kol 4petang camtu aku dok melayan contractions, tetibe nurse datang masukkan ubat, dia kate nanti akan jadik lebih sakit..Memang gile punya sakit, aku dah meleleh airmata dok mengucap, istighfar non-stop.. Nasib Ajad ade kat sebelah dok keep on bagi dorongan. Bila doktor masuk pasang oksigen ngan bagi aku gas, sedut gas sampai stim...terus aku rasa macam nak meneran.
Automatically rasa meneran tu dok semakin kuat, so aku pun bitau nurse yang aku rasa macam dah ready nak push. Nurse terus panggil doktor, doktor datang checked, dah bukak 8cm! Maknenye memang bila-bila mase je aku akan bersalin.. Maka, bermulalah proses push mengepush aku. Masa tu, yang aku pikir cuma nak cepat berakhir dengan selamat, so aku push sekuat kuat hati.. Dan doktor keep on kata yang aku buat menda yang betul, meaning cara aku meneran tu betul.. Dan, atas kuasa Allah, dalam 5-6 kali push, maka terlahirlah Shakira Alisya ke dunia.. Dan tiada moment yang paling manis bila mendengar tangisan bayi dan Ajad yang bergenang airmata mase tu.. Syukur Alhamdulillah..Hanya perkataan tu je yang terucap di bibir dan dalam hati aku.. 
Huh! kalau nak cite memang satu novel tak cukup, pengalaman bersalin anak sulung memang pengalaman paling berharga dalam hidup aku... Terima Kasih Tuhan~~ *BLISS*
beberapa jam selepas dilahirkan...smilling Kira

2 comments:

  1. aku pon macam sayu je dgr experience kau....
    upload gambar banyak2 ek. congrats =)

    ReplyDelete