Thursday 12 January 2012

keinginan mengada-ngada

Ohohoiii...
Sejak bermenjak menjak ni selalu je mengada ngada nak makan itu, dan nak makan ini. Tet!!!!!!!!!!! Ini bukannya tujuan bercerita tentang mengandung, sebab aku masih BELUM PREGNANT (bold ngan underlined lagi kau). Aku rasa ni mesti effect dari sudah berkahwin, dan alasan untuk mengada ngada ngan Ajad,hehehe..Sorry dear... =)
Mula dari teringin nak makan ketam, ya rabbi...Sangatlah nak makan ketam sampai bangun tidor je sebut KETAM!KETAM!KETAM! dan KETAM! Ajad sangat baik hati bawak aku, Gary and Apit gi makan seafoods kat Jeram. Tuhan je yang tahu cemane rasa bestnye dapat makan ketam..(Tengah taip ni pun kecur air liuq).
Pastu few weeks back, mimpi makan Garrett Popcorn la pulak.. GEDIK KAN AKU. Sejak mimpi tu asyik teringan Garrett, Garrett, dan Garrett.. Hakikat Grrett Popcorn hanya leh dapat kat Suria KLCC (selain dari Chicago, Dubai, Hong Kong segala) dan aku ngan Ajad memang bukan muka melapok kat KLCC. Tapi tetibe semalam dapat peluang, TING TING TING TING TING!!!!!! Ajad ada job kat Putrajaya and aku dapat settled kerja on time.. hakikat aku MALAS dan MENYAMPAH untuk berlama-lamaan kat office ni, aku dengan gigih, tabah dan penuh iman di dada, berjalan kaki dari office ke KLCC. Hebat kan aku? Jadik berjalan lah aku yang kebetulan berbaju kurung poyo-poyo je dari Menara Taipan Jln P Ramlee ke KLCC.
Dapat makan Garrett Popcorn terus puas hati cam hape je.. Trust me CHEESECORN + CARAMEL POPCORN memang superb sedap cam heaven on earth (overrated). Pastu malam lak, mengada nak Carbonara Spaghetti, once again Ajad yang baik hati suami contoh bawak gi makan kat Murni Sunway.. Lantak lah aku sepinggan trak carbonara sampai muak! Hehehehe..!!!~
Sementara honeymoon mode masih ada ni, memang banyak benor keinginan mengada aku.. Nasib baik Ajad sentiasa sudi melayan kerenah aku kan?Hehehe...Thanks Ajad!!~~~ Hopefully suami baik hati ni akan jadik baik hati sampai bile-bile.. Uuuuhhhh.... By the way segala aktiviti makan cam nafsu shiton ni, takde gambonye sebab cepat sangat dah settled. Tak sempat nak kuarkan camera pun dah selamat dalam perut comel aku ni,hehehe..
Suami baik hati..hehe

No comments:

Post a Comment