Tuesday 1 January 2013

1st post for 2013

Halliuuuu...
Hari ni dah masuk tahun baru..kebetulan aku pun dah habis tempoh berpantang 44hari..Terer tak aku bajet?Hahahahaha... Jadi sempena meraikan hari aku dah boleh jejak tanah ni (haha), aku, Ajad ngan Mama kuar bawak Baby Kiera pegi carik stroller yang bersesuaian, harga berpatutan dan selesa untuk Kiera.. Maklumlah, lepas-lepas ni banyak tempat nak dituju, nak lak kalau gi kenduri kawen, tak ke lenguh nak kendong berejam? So, kitorang pun pergi The Curve..(tempat jatuh lagi dikenang, ni pulak tempat berpoya-poya dari zaman bujang sampai dah sarat mengandung,hahaha).. Sampai je terus tuju kedai jual stroller sebab tak larat nak ngendong Kiera deknon sekelian... Alhamdulillah, tempat yang kitorang pegi tu, ade offer, last day pulak tu..langkah kanan sangat.. =) Beli skali set dengan car seat memang senang nak kehulu kehilir... Nasib baik Kiera macam tak brape meragam bile letak dalam carrier.. Memula muka dia sangatlah jakun,hahahaha.. Terbuntang mata dok pandang keliling bile letak dalam carrier tu..Cuma meragam time dia nak nyusu, ngan time dia BERRY BERRY..hihihi... Dan time stroller berhenti bergerak je, mula merengek..camtu jugaklah bile kereta berhenti kat traffic light je, mulalah merengek..bile gerak lik, diam terus tido..,macam-macam hal si gebob sorang ni..ngeee~~~
Sepanjang kuar hari ni, Kiera tak banyak ragam.. sangat bersyukur.. Maknanye leh la bawak kuar lagi lenkali hokeh.. Tapi, alkisahnye stroller tu tak muat la pulak dalam but kereta aku yang sememangnye kenit dan comel lote tu..hahahaha...bersempitlah Mama kat belakang sebab letak stroller kat seat belakang je.
Apepun.., lega sebab dah beli stroller untuk Kiera.., pastu barang-barang sampingan yang tetibe aku nampak terus berkenan terus nak beli..hahahaha... Biaselah dah lame kot tak dapat berpoya-poya..Cuma kali ni, sorang gendong beg bawak diaper ngan susu, sorang kelek anak..Sangatlah parenthood, hahaha...

No comments:

Post a Comment