Monday, 21 January 2013

Back to basic

Hari ni secara rasminye aku dah mula bekerja selepas 2 bulan cuti dok rumah. Poyo sungguh company aku ni cuti maternity 2 bulan je..company lain dah start 3 bulan dah. Bengong! Really think should standardized memenda camni untuk seluruh Malaysia. Semestinya menda yang paling susah nak adapt adelah, tak dapat tengok Baby Kiera the whole day macam hari-hari sebelum ni.. Baby Kiera is so adorable, mulut dia dah riuh satu rumah hokeh! Baru masuk 2 bulan on the 18th aritu.. Minah kepoh sungguh dia tu..
Skarang ni aku dok mengalami homesick yang melampaui batasan langit petala ke-7.. Huwaaa!!!!!!!!!!!!! Alangkah bestnya kalau ade Awan Guling leh bawak aku balik rumah skarang!
Hopefully thing will get better dan Baby Kiera will behave.. Mama rindu separuh gile!! MMMuah~~
Abah's darling
Angkat feel nak bersin!haha
My Gorgeous
 

Monday, 7 January 2013

Ini budak manyak lorat,hahahaha

Kiera's first experience pegi wedding..hoihhhh kecoh!
Maybe dia tak selesa dengan environment tempat tu kot..melekit-lekit badan,hahahaha...Lik dari kenduri tuko pakai tshirt terus tido..Memang sebijik la cam aku..Tshirt is the best!Hahahaha

Tuesday, 1 January 2013

1st post for 2013

Halliuuuu...
Hari ni dah masuk tahun baru..kebetulan aku pun dah habis tempoh berpantang 44hari..Terer tak aku bajet?Hahahahaha... Jadi sempena meraikan hari aku dah boleh jejak tanah ni (haha), aku, Ajad ngan Mama kuar bawak Baby Kiera pegi carik stroller yang bersesuaian, harga berpatutan dan selesa untuk Kiera.. Maklumlah, lepas-lepas ni banyak tempat nak dituju, nak lak kalau gi kenduri kawen, tak ke lenguh nak kendong berejam? So, kitorang pun pergi The Curve..(tempat jatuh lagi dikenang, ni pulak tempat berpoya-poya dari zaman bujang sampai dah sarat mengandung,hahaha).. Sampai je terus tuju kedai jual stroller sebab tak larat nak ngendong Kiera deknon sekelian... Alhamdulillah, tempat yang kitorang pegi tu, ade offer, last day pulak tu..langkah kanan sangat.. =) Beli skali set dengan car seat memang senang nak kehulu kehilir... Nasib baik Kiera macam tak brape meragam bile letak dalam carrier.. Memula muka dia sangatlah jakun,hahahaha.. Terbuntang mata dok pandang keliling bile letak dalam carrier tu..Cuma meragam time dia nak nyusu, ngan time dia BERRY BERRY..hihihi... Dan time stroller berhenti bergerak je, mula merengek..camtu jugaklah bile kereta berhenti kat traffic light je, mulalah merengek..bile gerak lik, diam terus tido..,macam-macam hal si gebob sorang ni..ngeee~~~
Sepanjang kuar hari ni, Kiera tak banyak ragam.. sangat bersyukur.. Maknanye leh la bawak kuar lagi lenkali hokeh.. Tapi, alkisahnye stroller tu tak muat la pulak dalam but kereta aku yang sememangnye kenit dan comel lote tu..hahahaha...bersempitlah Mama kat belakang sebab letak stroller kat seat belakang je.
Apepun.., lega sebab dah beli stroller untuk Kiera.., pastu barang-barang sampingan yang tetibe aku nampak terus berkenan terus nak beli..hahahaha... Biaselah dah lame kot tak dapat berpoya-poya..Cuma kali ni, sorang gendong beg bawak diaper ngan susu, sorang kelek anak..Sangatlah parenthood, hahaha...

Monday, 31 December 2012

here comes 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 pada semua..
Hari ni adalah hari last aku berpantang,huahuahuahua...
Dan hari ni pergi bawak Shakira cucuk Hepatitis B untuk umur sebulan kat Klinik Kesihatan Cheras.
Kesian gile tengok dia nangis bile kena cucuk, pujuk-pujuk terus tido lena,huhuhu..
Tapi paling fakap bila klinik kerajaan yang kononnya untuk rakyat Malaysia, penuh ngan pendatang Vietnam.
NICE!!! Ni lah namanye RAKYAT DIDAHULUKAN, tapi bukan rakyat Malaysia, RAKYAT ASING.
Aku dah rase macam ada kat Klinik Kesihatan 1Vietnam dah..haram sungguh!
Ape-apepun, tahun 2013, mari mulakan dengan pegi carik stroller untuk Shakira, sebab banyak sungguh plan nak menghabiskan cuti pada tahun 2013 ni..hehehehe...
Shakira dah bertambah berat..tadi timbang dah 3.9kg, dari mase mula lahir 2.65kg.. Hopefully dia akan membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang..
OTW gi Klinik

Abah mithali kate ko...




Monday, 17 December 2012

2013 in hands

Berapa hari lagi 2012 akan diganti dengan 2013..Fuh, what a life! Kejap je dah nak habis dah 2012 ni... Aku pun dengan eksaitednye nak menyambut kedatangan tahun baru sebab tepat 1 Januari 2013 tu aku dah habis pantang dah... Dan dengan bestnya aku dah berjaya turunkan dalam 10kg skarang..Ammak!! Kira pun dah makin cerdik..Dah kurang meragam malam dah..harap-harap berterusan lah camgitu (crossed-fingers)..
Asal nak masuk tahun baru je, memang orang dok sebok cite pasal AZAM. The truth is, aku tak pernah ada azam,wahahahaha..Kalau adepun, macam berjaya je aku nak mencapainye..Cuma untuk tahun 2013 ni, mungkin akan lebih focus pada my precious diamond - Kira..
Nak plan ape-ape vacation ngan outing pun kenalah fikir bersesuaian ke tak nak bawak dia skali.. Opkos tahun 2013 ni, plan ke Penang tetap ada..Aku pun tataulah aku kena ngan aku ni, tetiap tahun mesti pegi Penang,hahahaha!!! Tempat jatuh tergolek doq lagi dikenang, ini lak tempat aku menimba ilmu..Nasib aku belajo kat Penang je, buatnye blajo kat UK ke, Ostolia ke, Russia ke, tak ke jenuh nak bikin comeback?Hahahaha..
Dan memang aku plan nak gi Bandung tahun depan, tataulah ade peluang ke tak..Alkisah sebelum ni dah nak book tix pegi Bandung, tapi Kira lom lahir lagi...so,celah mane aku nak isi column tarikh lahir dia tu kan?Kehkehkeh..Sesungguhnya memang aku rindukan dunia luar.. Hari-hari keje aku mengadap sliding door ni, tengok Momel Momot aku yang baru tuko tayar ngan spotrim tu, tapi aku sempat merasa beberapa jam je..Sebab esoknya tu aku dah kene kuarantin 44 hari,hahaha... Takpe takpe, sabor ye..tinggal brape hari je lagi.. Pastu bolehlah aku bawak Kira jenjalan naik Momel Momot.. (betapa aku merindui dunia luarku,hahaha)..
2013 jugak adelah tahun yang penuh ngan wedding (again....) Jadik, harus terus maintain berat badan dan terus menerus kempiskan perut ni (perut aku lagi kempis dari sebelum preggy skarang hokeh,chewahhh!!!) Kalau tak, tak glamour la mak noks..hahahaha!!~~ Dan 2013 adalah tahun aku start lik bekerja setelah 2 bulan tersepuk kat rumah ni.. Honestly, aku tak rindu langsung opis aku,hahahaha!! Fake kot sesape yang kuar statement rindukan opis! But life must go on..rezeki harus dicari demi sesuap nasik (wah gitu).. Lainlah kalau laki aku ada dapat dana RM250juta buat bisnes Ada Lembu Nak Jaga kan..huhuhu..
Keseluruhannya, cycle tahun-tahun sebelum ni tetap akan berulang dalam 2013 ni, cuma ada tambah lagi sorang yang sangat sangat berharga dalam life aku, si Lucy In The Sky With Diamonds ni.. Sebab pe aku dok keep on panggil Kira ngan tajuk lagu The Beatles ni ialah...aku memang minat Dakota Fanning, and dalam I Am Sam, dia nye nama Lucy Diamond Dawson.., bersempena lagu The Beatles tu... Harap-harap Kira dah besar pun comel macam Dakota,wahahahaha!!!
OK la, ade mase aku sambung lagi merepek meraban dalam ni.. Finally, Selamat Menyambut Tahun 2013 yang bakal tiba..Dan, 2012 adalah bukan The End Of The World~~ Ngeeee!!!
"Walk On...Walk On..." kate Abahnye



Thursday, 29 November 2012

Berpantang dan kisah si LITSWDku..

Masuk hari ni, dah DOBLAS hari aku berpantang dan tinggal 32 hari lagi untuk aku tempuh menjadi seorang yang busuk bangau, bersanggul Mak Bedah, berkain batik sopan santun, jalan terkepit-kepit, minum air akar kayu yang pergh!! sangatlah SEDAP, dan merenung kereta yang cantik bergaya kat depan rumah ni hah! So far, memang sangatlah mencabarnye keobsesian aku terhadap segala aktiviti luar rumah aku selama ni.. Memanglah orang kate jangan dok countdown tempoh berpantang ni..tapi aku memang tak tertahan nak mengountdown, hahaha.. So far, rutin harian aku, bangun pagi, siapkan mandian Shakira, mandikan dia, siap-siapkan dia, sambil tu rebus air akar kayu,breakfast sket, aku lak siap sedia mandi, bertunku, berparam pilis segala, then bermulalah aksi yang paling mencabar iaitu memakai bengkung.. Bengkung yang aku pakai ni stok lilit tocang kat perut punye..Dan tiap pagi lah Ajad jadik pelilit sebelum dia siap-siap gi opis..Tapi ada gak yang aku ngelat tak pakai bengkung tu, aku pakai korset time aku kawen dulu je,hahaha!! Setakat ni, aku still lom timbang lagi berapa berat badan aku sekarang..berbanding sebelum bersalin ni aku dah nak sampai 70kg ye adik-adik sekelian.. Jadik, nak dapatkan lik berat badan lama memang masih di awangan lagi, tapi aku tetap berusaha. Satu lagi rutin wajib aku ngan Ajad sejak ada Shakira ni ialah, berjaga tiap malam ke pagi sebab time-time tu la dia kerap bangun nak menyusu, nak berak, dan pastu susah nak tido lik.. Kekadang aku sua botol, sedar-sedar puting botol tu dah ade kat pipi dia,kesiannnnnlah kat Shakira mamanye terlena,huhuhu..!!~
Stress memang stress sebab kekdahnye aku dan Ajad banyak kene memandai sendiri.. Aku dah le takde pengalaman nak handle baby baru lahir ni..Sebab aku ni anak tunggal..So kitorang berdua buat-buat bijok je la...Sama-samalah menimba pengalaman..
Dikala perintah berkurung ni jugaklah, aku dah mula ternampak-nampak lambaian The Curve, IKEA, The Street dan Sunway Pyramid(yea, aku memang muka shopping complex).. Kemahen lagi derang melambai kat aku..Sabo je la kan..Kalau tak pikir effectnya di kendian hari, ntah-ntah kereta aku pun dah takde kat parking ni lagi dah,hahahaha!!~Lagipun orang kate bersalin anak sulung ni la yang kena jaga.. Aku pun memang nak jaga sebab banyak sungguh baju ngan suor yang aku kena muatkan lik..hohoho!! 
Alkisah Lucy In The Sky With Diamonds aku pulak (LITSWD), dah nampak progress dia dari hari 1st dia lahir.. OK, lahir-lahir je Kiera dah ada airmata, which is kinda weird to me, sebab selalunya babies perlukan masa untuk develop airmata.. Orang yang nengok pun pelik. Kiera dah mula tersengih sengih dari hari 1st lagi, dan tali pusatnye pun dah selamat gugur pada hari ke-5 dia dilahirkan.. Kata orang, kalau gugur awal tu, maksudnya tak degil..(kata orang dedulu laaaa).. Si Kiera ni jugak sangatlah penggeli. Jenis tak reti tunggu kejap bile dah berry-berry..So, kalau kate kol 2pagi dia berry, kol 2pagi la jugak dia akan start engine suh aku bangun tukar diaper dia.., boleh? Haiiii macam-macam hal, baru je brape hari..Tak menyabo nak tunggu dia membesar, sekarang pun dah start rasa kepadatan isinya..lenguh dah tangan bile pegang dia lelame.. Membesar dengan sihat okeh Sayang.. Nanti Mama ngan Abah bawak gi jenjalan shopping.. Kita gi beli stroller yang tak sempat nak beli tu hokeh..,hehehe..
OKlah, lain kali aku sambung lagi bila ada kelapangan.. Bye Bye!!~ =)

Thursday, 22 November 2012

Lucy In The Sky With Diamonds

Hidup ini indah bila ada pelengkap dalam suatu perhubungan berkeluarga, and itu yang aku dan Ajad baru tempuhi few days ago.. Aku dah selamat melahirkan seorang BAYI PEREMPUAN yang sihat dan comel, hehehe.. (Opkos akan kata anak sendiri comel ok).. Ikutkan due date, sepatutnya aku bersalin 25.11.12, tapi disebabkan Ajad tak menyempat nak ada anak (hahaha), so sepanjang 17.11 tu dok keep on pujuk "KELUARLAH BABY...KELUARLAH BABY..".. Sekali hamek ko, petang 17hb tu Aku, Ajad, Mama and Abah pegi Rawang untuk tukar tayar dan spotrim kete, dan mase tu macam dah kerap rasa perut ni menegang, so aku anggap it was just braxton hicks. Malam tu, kat rumah tengah tengok match Liverpool vs. Wigan, contraction makin kerap, tapi aku relax lagi sebab kengkononnya dah kompiden akan ikut due date. Skali pegi toilet tengok dah ade blood spots. SUMPAH aku termenung masa tu. Pastu panggil Ajad, bitau dia dan muka dia masa tu.... hahahaha, kalau dapat rakam memang hari-hari aku replay. Ajad tanye nak gi hospital ke tak, sebab doktor memang ade pesan,once ade blood spots atau leakage je, terus gi sepital.. Aku buat-buat cool kate "takpe, tak payah, I nak naik atas rehat la..." So aku pun terus naik rehat, terus terbantut tengok bola,hahaha..
Dalam nak rehat tu, contraction yang relax relax dah bertukar jadik contraction sebenar.. Sakit-sakit dah datang, memula sejam sekali, tukar jadik setengah jam sekali, last skali dalam kol 7 pagi tu dah start 10 minit sekali... Kalau dalam buku Diari Hamil yang aku baca tu, katenye bila ade blood spots, dalam 2-3 hari tu bersalin lah.. Aku pun relax lagi. Bila mama dapat tau je, ape lagi, memekik la orang tua tu, hahaha... Dia bising kate aku leh relax lagi..terus paksa aku pergi bersiap gi hospital. So aku pun gerak la Ajad bangun, pegi Hospital Putrajaya. Sampai kat sane, terus derang suruh masuk bilik nak check.. Bermulalah upacara wajib seluk menyeluk saku, hahaha... Check-check, dah bukak 3cm kate doktor tu... Oh Tuhan!!! Dah nak bersalin rupanye aku...
Sepanjang baring dalam bilik tu, macam-macam yang aku dengar.. Dan mostly adalah JERITAN BATINKU yang memang sungguh NGERI, DRAMATIK, NGILU, dan opkos MENAKUTKANNN!!! Tapi aku awal-awal lagi mama dah warning, jangan sesekali menjerit, walau sakit cemane pun.. Dari kol 10 pagi sampai lah kol 4petang camtu aku dok melayan contractions, tetibe nurse datang masukkan ubat, dia kate nanti akan jadik lebih sakit..Memang gile punya sakit, aku dah meleleh airmata dok mengucap, istighfar non-stop.. Nasib Ajad ade kat sebelah dok keep on bagi dorongan. Bila doktor masuk pasang oksigen ngan bagi aku gas, sedut gas sampai stim...terus aku rasa macam nak meneran.
Automatically rasa meneran tu dok semakin kuat, so aku pun bitau nurse yang aku rasa macam dah ready nak push. Nurse terus panggil doktor, doktor datang checked, dah bukak 8cm! Maknenye memang bila-bila mase je aku akan bersalin.. Maka, bermulalah proses push mengepush aku. Masa tu, yang aku pikir cuma nak cepat berakhir dengan selamat, so aku push sekuat kuat hati.. Dan doktor keep on kata yang aku buat menda yang betul, meaning cara aku meneran tu betul.. Dan, atas kuasa Allah, dalam 5-6 kali push, maka terlahirlah Shakira Alisya ke dunia.. Dan tiada moment yang paling manis bila mendengar tangisan bayi dan Ajad yang bergenang airmata mase tu.. Syukur Alhamdulillah..Hanya perkataan tu je yang terucap di bibir dan dalam hati aku.. 
Huh! kalau nak cite memang satu novel tak cukup, pengalaman bersalin anak sulung memang pengalaman paling berharga dalam hidup aku... Terima Kasih Tuhan~~ *BLISS*
beberapa jam selepas dilahirkan...smilling Kira