Halliuuuu...
Hari ni dah masuk tahun baru..kebetulan aku pun dah habis tempoh berpantang 44hari..Terer tak aku bajet?Hahahahaha... Jadi sempena meraikan hari aku dah boleh jejak tanah ni (haha), aku, Ajad ngan Mama kuar bawak Baby Kiera pegi carik stroller yang bersesuaian, harga berpatutan dan selesa untuk Kiera.. Maklumlah, lepas-lepas ni banyak tempat nak dituju, nak lak kalau gi kenduri kawen, tak ke lenguh nak kendong berejam? So, kitorang pun pergi The Curve..(tempat jatuh lagi dikenang, ni pulak tempat berpoya-poya dari zaman bujang sampai dah sarat mengandung,hahaha).. Sampai je terus tuju kedai jual stroller sebab tak larat nak ngendong Kiera deknon sekelian... Alhamdulillah, tempat yang kitorang pegi tu, ade offer, last day pulak tu..langkah kanan sangat.. =) Beli skali set dengan car seat memang senang nak kehulu kehilir... Nasib baik Kiera macam tak brape meragam bile letak dalam carrier.. Memula muka dia sangatlah jakun,hahahaha.. Terbuntang mata dok pandang keliling bile letak dalam carrier tu..Cuma meragam time dia nak nyusu, ngan time dia BERRY BERRY..hihihi... Dan time stroller berhenti bergerak je, mula merengek..camtu jugaklah bile kereta berhenti kat traffic light je, mulalah merengek..bile gerak lik, diam terus tido..,macam-macam hal si gebob sorang ni..ngeee~~~
Sepanjang kuar hari ni, Kiera tak banyak ragam.. sangat bersyukur.. Maknanye leh la bawak kuar lagi lenkali hokeh.. Tapi, alkisahnye stroller tu tak muat la pulak dalam but kereta aku yang sememangnye kenit dan comel lote tu..hahahaha...bersempitlah Mama kat belakang sebab letak stroller kat seat belakang je.
Apepun.., lega sebab dah beli stroller untuk Kiera.., pastu barang-barang sampingan yang tetibe aku nampak terus berkenan terus nak beli..hahahaha... Biaselah dah lame kot tak dapat berpoya-poya..Cuma kali ni, sorang gendong beg bawak diaper ngan susu, sorang kelek anak..Sangatlah parenthood, hahaha...
Showing posts with label bubba gump shrimp. Show all posts
Showing posts with label bubba gump shrimp. Show all posts
Tuesday, 1 January 2013
1st post for 2013
Labels:
1.1.2013,
bubba gump shrimp,
Shakira Alisya,
stroller,
the curve
Friday, 9 September 2011
I'm officially 27
3 hari dah berlalu, dan dah 3 hari aku melangkah, menjejakkan dua belah kaki aku ni ke dalam CLUB 27. Tua da woi!!!! Ehemm, kedengaran tak best la pulak tua kan.., harus diganti dengan sudah dewasa.Ehehehe... Tarikh 6 September 1984, jam 11.45pm aku telah selamat melihat mukabumi ini (ayat puitis sket).. No wonder la aku gelap, pasal aku lahir tengah malam,ehehehe... Thanks pada yang wished kat FB, yeap aku tahu ramai yang tahu sebab ada notification birthday,haha!! Kalau tak, berapa kerat je la yang sudi wished kan.. It's ok, thanks a lot..
Malam tu, dinner treat oleh Ajad kat BUBBA GUMP SHRIMP, Sunway Pyramid. Dua-dua macam peghak dan jakun semacam sebab tak pernah masuk restoran tu.. Rupanya ia diadaptasi dari movie FORREST GUMP, filem lakonan Tom Hanks tu la. Harga makanan dia memang la agak ermm...MAHAL tapi sangatlah puas hati. SEDAP ok! Mulut aku confirm bau udang. Thanks to u, Ajad for the treat.. I suke, suke, suke...
Tapi yang tak bestnya, diserang demam panas pulak malam tu. Sakit teruk on the day itself, memang buat aku rase down sangat..Nasib baik masa dinner treat tu, mulut masih ada deria rasa, sebab skarang ni semuapun dah jadik tak sedap..Payau je rasenye. Sampai sekarang still terbaring dalam bilik tak masuk opis.. (actually, YAY!! tak payah pergi keje~). Doktor kat Klinik TC tu kate demam sangatlah tinggi, no wonder la aku nak berjalan pun ketaq kepala lutut ni cheq oi...
Apepun, I'm getting better, cuma masih sedikit demam dan selemo non stop - hidung da bengkak macam jambu air ok.. Sape-sape nak merasa cendol, meh datang sini. Hehe.. By the way, birthday tahun ni aku telah diproposed oleh mak aku sendiri,haha.. Bangun tido tetibe ada beg Habib Jewels atas katil, kerlessss kan Jah!! Siap ada resit, ehemm, rega tak perlu dimentioned ye dak? Mama bagi surprise cincin berlian uolls..Haha, ingat Rosmah je ada cincin berlian? Bwek!!!
Ok, cukup entry peribadi. Masa untuk makan ubat dan sambung tido..That's what I've been doing these 3 days at home. Weehoo!!!~ Jangan lupa esok ada EPL..bersedia tukar player fantasy anda,hehe..
| ok yang ni sedap |
| yang ni lagi sedap |
| hehe.., gedik kan aku |
| rupagaya sebelum demam teruk |
| Ajad dengan skinny jeansnya,auww mantap montot |
| Kak Mah, I pun ada cincin berlian ok |
Bye Bye for now~
Labels:
27th birthday,
69,
bubba gump shrimp,
club 27,
rosmah
Subscribe to:
Posts (Atom)
