Friday, 19 April 2013

5months old

Shakira is 5 months old yesterday and I almost forgot it..Actually memang aku dah terlupa hampir separuh hari, what a shame.. a mother who forgot her baby's special moment. Development Shakira memang sangat-sangat cepat, nak siapkan dia pas mandi, nak salin diaper memang macam nak berperang.. Lasak sungguh! And aku dah mula campur solid food dalam susu dia sebab macam tak cukup-cukup je kalau bagi susu je. Although solid food patutnya mula bagi starts from 6 months tapi aku kesian tengok dia macam tak kenyang.. so aku tibai je la, hahahaha!!!
Now Shakira dah mula buat kecoh satu rumah.. takde istilah sunyi lagi, riuh dengan suara dia je, huhuhu..asal kitorang makan je dia wat muke kesian.., gile terer! hahahaha!!! Pastu merengek nak suruh suap dia same..Macamkan dah ade gigi,padahal...She's j
ust growing so fast dan buatkan aku sangat risau aku akan terlepas moment-moment yang penting dalam hidup dia. Ye la baru 5 bulan aku dah start terlupa, bayangkan bile dia dah umur 5 - tahun nanti, mau aku terlupa terus birthday dia,hahahahaha!!!
Anyway, selamat berusia 5 bulan dear Shakira Alisya.. Jadi lah anak yang sentiasa comel dan perfect dihati mama and abah.. You're a bright girl!! Mama and Abah love you so much, there are no words to describe this feeling.


Thursday, 18 April 2013

Starbucks Mermaid

Aku memang fanatic kopi, well it's in the blood and veins sebab Abah adelah peminum kopi tegar, hari-hari mesti ade kopi kat rumah. So time break tadi pegi Starbucks sebab aku malas nak bancuh kopi o kat opis, boleh? Hahahaha..
Tetibe terfikir kenapa Starbucks gunakan gambar perempuan sebagai logo rasmi diorang..So, mintak bantuan Tuhan Google.. Inilah hasilnya :

Sumber dari http://wiki.answers.com/Q/Why_was_the_mermaid_used_as_the_Starbucks_logo

"It was the intention of the original Starbucks founders to use the mermaid/siren to represent the seduction of the sea going mariners. In continuing with the metaphor, they were simply replacing the sirens seductive songs with the their tasty irresistible berverages.
It is based off Moby Dick and the character Starbuck who was a sailor who loved coffee. And sirens were seductive to sailors they would jump out of boats once they heard the sirens' songs. So it basically means that it is irrestible."

Kalau nak versi lawak, ni dia :

"Ia adalah hasrat pengasas Starbucks asal menggunakan duyung / siren untuk mewakili godaan laut akan pelaut. Dalam meneruskan metafora, mereka hanya menggantikan siren lagu menggoda dengan minuman dilawan lazat mereka.
Ia berdasarkan dari Moby Dick dan Starbuck watak yang merupakan seorang pelayar yang suka kopi. Dan siren adalah menggoda untuk pelayar mereka akan melompat keluar dari bot apabila mereka mendengar lagu-lagu siren. Jadi pada dasarnya bermakna bahawa ia adalah sangat menarik." - google translate,hahahahaha

logo asal Starbucks





Tuesday, 12 March 2013

yes I'm complaining

Entry kali ni memang aku rase ramai yang alami situasi yang sama, cuma antara amek peduli, rasa sakit hati, ataupun sentiasa berfikiran "KALAU TAK SUKA SILA KELUAR DARI MALAYSIA" which is so fucking typical and narrow-minded! Kebanyakan ataupun mungkin SEMUA pengguna jalanraya kat Malaysia ni memang mengalami situasi-situasi yang aku alami sejak bergelar pemegang lesen memandu sekaligus menjadi seorang pemandu di negara yang "paling aman damai patutnye kene bersyukur dengan nikmat yang diberi KATENYE!"
Maka, atas dasar kesedaran dan ketidakpuasan hati tahap gaban laut dengan sistem yang sedia ada di negara yang dicintai,berteraskan RUKUNEGARA dan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang ensem, bergaya, kacak, rupawan, suci, beriman, berdedikasi dan motto RAKYAT DIDAHULUKAN kekdahnye ni, izinkan aku senaraikan beberapa perkara yang aku rasekan tak sepatutnye berlaku dalam zaman yang serba canggih manggih, yang kononnye semua orang dah bertamadun dan hi-tech sangat ni kan..

1. Sistem perparitan yang paling haprit kat Malaysia ni. Connaught Highway dan jalan-jalan utama lain kat KL ni banjir teruk tiap kali hujan lebat. Highway boleh banjir ok..Thanks to PEMBANGUNAN TERANCANG bak kate First Lady kesayangan ramai, Rosmah Mansor.
2. Time jem macam neraka jahanam ni lah, ade je escort2 nak lalu,habih dihalaunye pengguna jalanraya yang lain suh ketepi pasal ade VVIP nak lalu, tatau lah dia tak tahan nak tercirit ke ape, asyik nak cepattttt manjang. Ini menyokong konsep RAKYAT DIDAHULUKAN sebab memang ape-ape kesulitan memang rakyat la menanggungnye dulu. Dan aku penah tak bagi si escort2 ni lalu, amboiiiiii dia ketuk bonet kete aku. Mana la aku tak panggil derang ni barua.
3. Jalan-jalanraya kat area rumah aku ni jugak semakin cantik dihias dengan bendera-bendera parti politik yang YOU KNOW WHAT and YOU KNOW WHO punye parti. Ape ke lahanatnye pasang kat pokok-pokok pakai masking tape.Benda tu berat kot, tak sampai setengah hari dah terkehel menyembah bumi, tak ke menyusahkan pengguna lalulintas? Dan sangatlah tak saujana mata aku ni memandangnye.
4. Pemandu teksi, lori dan bas yang suka suki tukar lane tapi kalau kite nak tukar lane, sampai kiamat la tak dapat...Aku kebetulan bekerja kat tetengah bandar, dan taxi drivers memang adelah asam garam aku time memandu. Amboiiiii kite hon dia, dia hon kite lik, siap maki aku bodoh la ape la..OK PAKCIK TEKSI, YOU ARE SO SMART AND THAT'S WHY YOU ARE WHO YOU ARE TODAY!
5. Golongan pemandu yang suka duduk lane kanan tapi bawak mngalahkan siput babi. Ini sangatlah menyakitkan hati aku sebab bile aku bagi high-beam haram deme heran...Silalah amek lane kiri kalau rase nak bawak slow.. You'll never know kalau orang yang dalam emergency atau dah lambat nak sampai opis macam aku ni ke...memang perlu speed up. PS: accidents is not 100% because of speeding ok..kalau yang lembab cam haram pun leh je accident..Yang penting adelah kecekapan memandu ye adik-adik sekelian.
6. Golongan yang pakai headlamp kaler putih menyala atau biru menyala. Ini sangatlah ANNOYING dan menyebabkan power silau aku bertambah. Diorang yang pasang lampu camni tak sedar ke derang buat mata pemandu kereta depan derang silau dan tak focus pada pemanduan? Kot ye minat lampu pun, ape kate korang praktikkan kat lampu rumah korang je.Takpun pasang lampu tu, berdiri bukak mata leluas depan lampu kete korang tu, tengok buta tak buta mata memasing.
7. Motorcyclists yang sangtlah tak toleransi.Yes I know, kalau driver kete mesti kata motorcyclists, kalau motorcyclists mesti kata pemandu kereta.Tapi pleaseeeeeeeeee lah, alert sket. Kereta ni ade blindspots,dan kami tak semestinya nampak korang yang malam-malam pakai baju gelap,lampu tak pasang dan bawak macam pelesit kota. Kalau kate korang ada ilmu kebal pun, sila jangan serah diri kat depan, tepi mahupun belakang kereta aku.Pi test kekebalan korang tu kat depan lori tanah ke, depan treler ke...
8. Jenis pemandu yang time hujan lebat tak pasang lampu untuk alert pemandu lain. Nak pulak yang kete kaler cecerah ni, ingat aku nampak ke korang?Pastu tuko lane tak bagi signal. Aku sangat-sangatlah benci golongan yang macam ni.Menyusahkan orang. Time hujan lebat silalah pasang headlamp, BUKAN pasang HAZARD! Bengong bengong bengong! Pastu tak bagi signal, ape guna signal kat kete korang tu? Wat hiasan ke atau nak tunggu kena pecah je, sebab bangang tak tau ape function signals?

YOU SEE, there are thousands of reason why I'm complaining tapi nak dimuatkan semua dalam ni, nanti ade lak GROUP KAT FB, KAMI BENCI ATIQAH ZAINAL.Ataupun LUCUT KEWARGANEGARAAN ATIQAH ZAINAL (ini kalau ade confirm dari Perkasa, hahahaha)..Tapi benda ni lah yang kita hadap hari-hari dan bila kite dah immune, kita jugak yang dapat sakit. Kerja dah penat, balik nak hadap semua benda ni..tak ke strok dibuatnye. Tensi AKAK hokeh!


Friday, 1 March 2013

Aqiqah and Shakira went bald

Hai semua...,

Lame gile tak update blog ni, sampai rase macam nak biarkan terkubur camtu je bile difikirkan balik,hahahaha.. Aku memang bz gile dan susah nak dapatkan masa untuk blogging.
Cerita terbengkalai kali ni adelah Majlis Aqiqah Shakira on the 16th February aritu..Kitorang decided buat kat kampung je sebab sangat-sangat menjimatkan kos perbelanjaan..hehehehehe... Memula, aku nak wat tema pastel pink + pastel green..tapi malang sungguh, pastel green agak susah nak carik..So aku tukar pada kuning + purple.. Semangat aku beli halfmoon scarf untuk tema pink hijau, skali tak dapat pakai,hahahaha..Terperap je la kat rumah scarf tu..
dan on the next day, 17th February, Shakira dah selamat jadik Shakira O'Connor (Sinead O'Connor Jr.)hahahahaha.. Kesian menangis beria mase nak botakkan kepala dia tu..Tukang shave bagi botak adelah Mak Mertua aku,hahahaha... Bila tengok dia nangis beria tu, rase cam nak mintak mak mertua aku stop halfway..tapi, karang tak ke pelik bertobek tobek lak rambut dia..so terpaksa la teruskan sampai settle...
Sekarang, rambut dia dah start tumbuh balik..tajam-tajam je bile laga kat pipi gile geli,hahahaha..
Cepat tumbuh rambut ok Kira.. Till then, nanti bila ada masa, aku update pepanjang sket. Hahahahaha~~



Wednesday, 6 February 2013

Kira dalam lensa kamera

Sejak preggie, memang aku nak wat maternity photoshoot, tapi tak sempat..dengan musim hujannye time-time hujung tahun tu kan.. So, aku decided nak wat photoshoot untuk Kiera saje..memandangkan aku pun dah tak berape rajin nak snap sendiri gambo, jadik mulalah mencarik sesiapa yang boleh shoot kami bertiga..Sejak Kiera lahir, rasenye macam takde gambo kami bertiga saje..hahahaha
Kebetulan ternampak junior sekolah aku kat MGS dulu ade hired sorang photographer ni untuk shoot baby dia..So aku pun terus tanye kat mamat photographer tu...deal deal deal,akhirnye Ahad lepas (3 Feb 2013), kitorang ada photoshoot untuk Kiera kat Taman Rekreasi Alam Damai..
Sebenarnye, aku memang tatau nak bawak ape untuk dijadikan props...So aku tibai je la ape yg nampak depan mata.., hahaha.. lagipun, rasenye nak gambar yang lebih focus on Kiera je kot, meaning,banyak dia je yang dalam gambo-gambo tu (memandai je la aku)..Nasib photographer (Syahmi) takde masalah nak carik mane Alam Damai ni,memandangkan dia dari Kuantan.. (haaaa keles ko Shakira, dari Kuantan dia datang nak shoot ko)hahahahaha!! Harga dia charge memang sangat berpatutan dan aku rase kitorang tak kekok nak posed, macam photoshoot aku lak kan cara citenye. Nak shoot baby memang aku rase agak susah,sebab dia bukannye boleh senyum dan ketawa setiap kali ko nak snap kan.. Jenuh la dok acan-acan Kiera suh dia senyum...Tapi, baby kalau tak senyum pun, hasilnya tetap comel. Dah namapun baby kan...
Time dia nangis pun kalau snap, nampak comelllll je..hihihihi!!~
Settle je photoshoot dalam lebih kurang 11.45am camtu, Kiera bantai tido sampailah dah lik rumah pun tak menguit sikitpun..Betul punye penat minah tu,hahahaha!!
Apepun, thanks pada Syahmi yang shoot gegambo kami bertiga aritu.. Sangat suka dan puas hati ngan hasilnya.. Oleh yang demikian, let's check ch-ch-ch-check it out, what wh-wh-wh-what it's all about!

Thursday, 31 January 2013

it's a whole new life

Hai semua orang..(amboi macam ramai je yang baca kan...hahahaha),
Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan lebih aku jadik seorang ibu.. A mom to the most adorable Shakira Alisya (harus puji anak sendiri,kahkahkah).. Honestly, it's a whole new process for me, and I'm currently adapting it bit by bit.. Jadik seorang ibu yang bekerja memang sumpah sangat letih.., lesu dan agak rushing here and there... Tiap hari have to leave home at 6am.. (sobs sobs), terpaksa bergelut ngan ke'home-sick'an aku sampai kol 3.30ptg.., balik tengok Kiera memang sangat membahagiakan walaupun mata ni bagai digam-gam... FYI, Kiera rajin bangun dalam kol 3am - 5am camtu.. Yay!!!! welcome Panda eyes! Selalunya mesti akan terjaga bila dengar bunyi dia isap tangan dia.. CROTTTT CROTTTT!!! gile enjoy macam tangan dia tu ada flavour Meatballs kat IKEA lak kan! Aku yang tengok ni pun cam terliur je bile dia wat camtu,hahahaha...
Skarang ni aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal dunia balik lewat malam, dunia tengok wayang, dan dunia bersukan, FOR TIME BEING ye...sementara Kiera is still very tiny.. Nak kuar makan pun kene consider tempat tu cemane... (iyolah tu,padahal tiap minggu pun kat Pojok,hahahahaha) dan semestinya jauh dari perokok! Sila take note ye Encik Ajad!
Apepun, watching her growing up day by day, memang wat aku rasa sangat sangat happy dan kalau leh tanak lepas pandang walau sikitpun progress dia.. ;) Tak kisahlah kalau kena bangun 2-3 kali dan mengantuk kat opis, everything is just for her.. Cheeeeewahhhhh!!! memang motherhood sangat statement aku ni kan! Hahahahaha~~~



Friday, 25 January 2013

Shakira's first 'TOFFY'

Halliu...
Just a short update on my beloved Gorgeous Shakira. (asal update je cite pasal Minah Lorat ni kan sekarang),hehehe.. Shakira dah ade 'TOFFY' dia sendiri.. That's a name both of us (Ajad & I) panggil untuk topi ala-ala snowcap tu,sebab macam telinga Goofy, so TOPI + GOOFY = TOFFY,hahaha!!
Si Kenit ni memang la susah nak digayakan..rimas je manjang, ntah ape ape jadiknye..kejap je dah jadik belacan Toffy tu..
Tapi bile tengok dia pakai, rase geram je..Boleh tak geram ngan anak sendiri?hahahaha!!
Baby memang comel bile pakai ape saje...Just put it on, and wallllah!! sangat comel.. By the way, U can get this toffy at H&M at a very reasonable price.. RM24.90 saje ye adik-adik sekelian..Sebab I'm so into H&M, dan turunkan kat anak di usia 2 bulan..Hahaha!!~