Wednesday, 22 May 2013

Kembalinya menunaikan janji

Dalam seronok-seronok dan hiruk pikuk hidup aku ni, terselit satu kisah paling menyedihkan dalam hidup aku, dan mungkin beberapa orang ahli keluarga terdekat.. Minggu lepas tanggal 14 May 2013, kembalinya sepupu tersayang ke Rahmatullah.. Benarlah seperti dikata..janji kita dengan Yang Maha Esa tak pernah mengenal erti lewat walau sesaatpun..Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seremban selepas almost 4 tahun bergelut dengan kanser pangkal rahim, meninggalkan seorang suami dan seorang anak berusia 6 tahun.. Dan aku sangat-sangat merasakan kehilangannya, sampai sekarang masih rase nak SMS dia, masih nak MMS gambar Shakira..tapi takde cara untuk aku lakukan.. Untuk Arwah, tenanglah kamu di sana... Sebelum arwah pergi, aku sempat bisik "Orang sayang ko sampai bila2..." dan memang sampai bilepun dia akan aku kenang dan sayang...
Mati itu pasti, akhirat itu pasti..Aku akan menyusulmu, nantikan aku di sana...Semoga kita dapat bertemu dan melepas rindu.. Al-Fatihah!~
27 April 1975 - 14 May 2013


No comments:

Post a Comment